Sebelum ini saya menggunakan Internet Speed Meter Pro (DynamicApps) untuk memantau kelajuan internet pada telefon pintar ini. Ianya amat bagus sekali, tepat, dan mempunyai tetapan tema yang boleh diubahsuai mengikut citarasa sendiri.
Namun tak salah untuk kita mencuba benda baru. Saya diperkenalkan pula kepada aplikasi Network Speed – Monitoring yang telah dibangunkan oleh Evozi.
Gambar di atas menunjukkan perbandingan ikon notifikasi antara Internet Speed Meter Pro dengan Network Speed – Monitoring. Disebabkan ianya amat serupa antara satu dengan yang lain, maka saya sendiri keliru tidak pasti mana satu yang mana satu (which one is which).
Ia bukan perkara yang buruk, kerana ini bererti buat mereka yang inginkan alternatif yang menyamai Internet Speed Meter, maka kini mereka sudah mempunyai pilihan tersebut.
Lihat pula gambar di bawah, perbezaan antara keduanya. Kelihatan aplikasi dari Evozi memaparkan informasi rangkaian dengan lebih terperinci lagi.
Ia juga mempunyai kiraan penggunaan data untuk setiap aplikasi yang menggunakan bandwidth anda.
Paparan-paparan berikut pula adalah tetapan-tetapan yang ada pada aplikasi Network Speed – Monitoring ini.
Kalaupun ada ciri yang saya agak ‘rindui’ dalam Internet Speed Meter adalah kebolehannya untuk mengubahsuai paparan tema di dalam aplikasi. Saya boleh ubah ia kepada gelap, putih, biru, dan apa sahaja warna mengikut mood ketika itu.
Harapnya nanti pembangun dari Evozi akan memasukkan ciri tersebut, sekurang-kurangnya tema gelap, kerana warna putih – urghhh.
Sekian sahaja untuk kali ini. Anda boleh muat turun aplikasi tersebut di Google Play Store.
Muat turun : Network Speed – Monitoring (Unreleased)