Ikon muzik elektronik lagenda dunia, Daft Punk telah mengumumkan perpisahan mereka Isnin lalu menerusi video rasmi mereka di saluran Youtube rasmi mereka dengan tajuk ‘Epilogue‘. Kali ini, dua robot berjalan di tengah gurun dan diakhiri dengan salah satu daripadanya meminta supaya dirinya diletupkan. Bagi peminat Daft Punk, sudah tentu anda ingat dengan babak berjalan di gurun ini melalui album mereka, Human After All di mana dua robot telah datang ke bumi dan melalui pelbagai pengembaraan.
Bagi saya, ‘Epilogue‘ adalah penutup kepada album Human After All yang telah dilancarkan pada 2005 itu. Kini setelah 16 tahun, akhirnya album Human After All akhirnya lengkap dengan ‘Epilogue‘.
Daft Punk merupakan sebuah kumpulan muzik elektronik yang terdiri daripada dua pemuzik Thomas Bangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo. Terkenal dengan imej futuristik mereka yang sentiasa berpenampilan seperti robot.
Kumpulan tersebut telah diasaskan pada di Paris pada tahun 1993 dan telah memperkenalkan genre French Underground House ke seluruh dunia dengan lagu-lagu popular mereka seperti One More Time, Da Funk dan Around The World.
Walaupun telah mengumumkan perpisahan, bagi saya mereka tetap duo yang terbaik dan paling setia sepanjang zaman. Mereka telah melalui pelbagai zaman dan peralihan genre di mana korporat mengawal dunia muzik. Banyak kumpulan telah berpecah dan ramai penyanyi kugiran akhirnya bergerak solo serta kehilangan identiti kerana lebih mengejar wang dan permintaan rekod.
Bayangkan, sekiranya Daft Punk tidak kekal utuh bersama selama 3 dekad ini, mungkin kita tidak mampu untuk menikmati pelbagai genre dan lagu-lagu elektronik sekarang ini. Banyak filem-filem ikonik juga mungkin tidak akan jadi ikonik kerana tidak diiringi dengan muzik latar penuh bertenaga dan emosi daripada Daft Punk.
Selamat tinggal kepada lagenda. Muzik dan lagu-lagu mereka akan kekal segar sepanjang zaman. Obor telah dipindahkan kepada pemuzik lapisan baru. Buat Thomas Bangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo pula, kerjaya muzik mereka tidak berkakhir di sini. Tetapi bagi Daft Punk, ini adalah pengakhiran. Saya berharap agar suatu hari nanti Daft Punk akan kembali semula. Namun, mereka telah berhenti ketika mereka masih di puncak dan ia pengakhiran yang terhormat buat lagenda.
“It might not be the right time
I might not be the right one
But there’s something about us I want to say
‘Cause there’s something between us anywayI might not be the right one
It might not be the right time
But there’s something about us I’ve got to do
Some kind of secret I will share with youI need you more than anything in my life
I want you more than anything in my life
I’ll miss you more than anyone in my life
I love you more than anyone in my life”(Daft Punk – Something Between Us)