The Call: Apabila Kematian Datang Dari Masa Lalu
Korang yang dah lama follow, mesti tahu yang abam ni ‘addicted’ dengan filem² thriller dan horror. Rasa berdebar bagai dipam-pam jantung, merancakkan lagi tontonan sampai terasa nak baling TV dengan batu.
Itulah dia perasaannya bila menonton The Call, sebuah filem thriller dari Korea Selatan.
Filem ini menceritakan tentang Seo-yeon, seorang perempuan yang hidup di tahun 2019. Dia melawat ibunya yang kurang sihat di sebuah rumah lama mereka.
Apa yang menjadi permulaan kepada satu perjalanan getir yang perlu ditempuh oleh Seo-yeon ialah sebuah telefon lama. Masih ingat tak telefon sebesar tapak kaki siap antena? Haa, itulah telefonnya.
Pada suatu hari yang nyaman, Seo-yeon menerima panggilan daripada telefon tersebut. Apa yang peliknya? Ianya datang dari seorang perempuan yang hidup di rumah yang sama, 20 tahun sebelumnya.
Pada awalnya, semua kelihatan seperti tidak ada apa², semuanya membahagiakan. Berdasarkan maklumat diberi oleh Seo-yeon, Young-sook keluar dari rumahnya secara senyap² untuk mencegah sebuah kebakaran yang membunuh ayah Seo-yeon.
Dengan serta-merta realiti hidup Seo-yeon berubah.
Ayahnya masih hidup, dan Seo-yeon dapat meneruskan kehidupan dengan rasa bahagia, sementara Young-sook masih terseksa.