Media Creation Tool adalah aplikasi kecil yang digunakan untuk memuat turun ISO Windows 10 dengan pilihan varian yang diingini.
Ianya boleh didapatkan melalui laman rasmi Microsoft di sini. Pautan tersebut akan menghala dan memaksa anda supaya memuat turun fail ISO Windows 10 menggunakan Media Creation Tool. Cuma, ada sesetengah pengguna lebih gemar memuat turun secara terus kerana sebagai contoh, muat turun melalui Internet Download Manager (IDM) semestinya lebih pantas berbanding melalui Media Creation Tool tersebut.
Ada cara mudah bagaimana kita boleh melakukannya. Dalam tutorial kali ini, saya menggunakan pelayar Chrome.
Kemudian, buka laman Download Windows 10 Disc Image (ISO File).
Apa yang anda perlukan ialah pasang extension User Agent Switcher melalui Chrome Web Store terlebih dahulu.
Pasang – User-Agent Switcher for Chrome
Kenapa kita perlu menukar user agent? Supaya kita pula dapat ‘memaksa’ laman Microsoft memberikan pautan terus muat turun setelah ia ‘mengesan’ kita menggunakan peranti selain dari Windows. Untuk tutorial kali ini, anda boleh menukar user agent kepada iPad atau Android (KitKat).
Kemudian, laman akan dimuat semula dan akan bertukar, memberikan anda pilihan seperti di bawah.
Pilih Windows 10.
Klik ‘Confirm’, dan laman akan mengesahkan permintaan anda.
Pilih pula bahasa yang anda mahu dan sekali lagi klik ‘Confirm’.
Ini adalah pilihan terakhir yang diberikan. Anda boleh pilih untuk muat turun sama ada versi 64-bit atau 32-bit.
Jika anda menggunakan IDM, pautan tersebut akan dapat terus ‘ditangkap’ dan dimuat turun.
Sekian tutorial untuk hari ini. Selamat mencuba.
Nota: Laman sesawang menjadi hitam, adalah disebabkan penggunaan extension Super Dark Mode.