10 Laman Sesawang Terbaik Bagi Menggantikan Aplikasi Desktop

Sama ada aplikasi web atau laman sesawang yang mempunyai pelbagai ciri seakan pada aplikasi asal, keduanya memberikan peluang kepada pengguna komputer untuk menyiapkan kerja atau memainkan media tanpa perlu memasang aplikasinya.

Oleh itu tanpa melengahkan masa lagi berikut disenaraikan 10 laman sesawang berguna yang dapat diguna pakai bagi menggantikan aplikasi desktop.

1. Online-Convert

Penukaran format fail media dari satu format kepada jenis lainnya dapat dilakukan hanya dengan menggunakan Online Convert. Tidak perlu bersusah payah lagi mencari aplikasi, di mana laman ini dapat melakukan semuanya dalam satu.

Iklan Google

Lawati: Online Convert

2. Clipchamp (Web App)

Kadang-kadang kita nak sunting dengan cepat, terutamanya video. Laman Clipchamp Create adalah salah satu dari pelbagai laman yang menawarkan kemudahan ini. Ia sudah semestinya ringkas, tidak membebankan pelayar web, sistem operasi serta peranti, dan ia percuma.

Hala ke sini: Clipchamp

3. Aconvert

Aconvert ialah satu lagi laman penukaran format fail. Ini adalah laman kegemaran saya sendiri, di mana saya selalu gunakan ia untuk menukar format fail gambar webp kepada jpg. Nampak seperti ‘biasa’ sahaja, tetapi laman ini punyai pelbagai lagi jenis media untuk ditukarkan formatnya.

Klik: Aconvert

4. Spotify Web

Iklan Google

Seriuslah, ada lagi yang tak tahu apa itu Spotify ke? Baiklah. Jika masih ada yang belum kenal, Spotify adalah aplikasi atau servis penstriman muzik paling popular, setara dengan Google Play Music, TIDAL, Deezer dan sebagainya lagi.

Saya selalu menggunakan Spotify versi web ini pada PC-PC tua milik kerajaan yang masih belum ditukar kerana alasan ‘kerajaan tiada peruntukan’. Tak mengapalah, selagi PC tua ini bernyawa, ia akan diguna untuk memberikan faedah kepada semua orang.

Strim di: Spotify Web Player

5. Photopea

Iklan Google

Saya telah pun mengulas sedikit sebanyak mengenai Photopea di sini. Ia adalah penyunting gambar versi web yang mampu membantu para penggunanya menyelesaikan tugas di mana-mana sahaja, asalkan peranti tersebut berhubung dengan internet.

Sunting gambar anda di: Photopea

6. DesignCap

DesignCap adalah sebuah laman yang membolehkan anda untuk mencipta poster sendiri tanpa perlukan kepada bantuan pakar, melainkan anda memang sangat-sangat noob. Laman ini ada ratusan templat yang boleh dipilih berdasarkan kepada kategorinya. Hanya tinggal sunting sedikit, dan simpan (save) poster tersebut ke peranti anda.

Iklan Google

Cipta poster di: DesignCap

7. Budget Tracker

Menguruskan kewangan tidaklah mudah, terutamanya apabila bil sudah mula bertambah, tanggungan pula bersusun paku. Tetapi itu semua cerita lama, kerana laman Budget Tracker ini boleh menyusun sumber kewangan anda hinggalah kepada bil-bilnya.

Macam cerita sedih pula.

Kunjungi penjejak kewangan anda di sini: Budget Tracker

8. Prezi

Dalam senarai ini, Prezi adalah satu-satunya laman yang paling menarik bagi saya. Ia adalah laman pembuat tayangan slaid percuma, dengan animasi dari templat-templatnya yang penuh kreatif. Akaun percumanya seperti biasa tidaklah menawarkan sesuatu yang sangat menawan hati, tetapi cukuplah untuk menyiapkan projek terbengkalai dengan idea yang pasti akan datang dengan sendirinya saat anda memilih salah satu dari templat tersedia.

Cipta tayangan slaid anda di: Prezi

9. VirusTotal:

Iklan Google

VirusTotal sangat terkenal sebagai laman pengimbas virus percuma yang akan menggunakan kuasa imbasan dari 72 jenis antivirus terkenal. Ia tidak dapat menggantikan sepenuhnya aplikasi natif desktop, namun untuk tugasan ‘ringan’ bagi mengimbas fail-fail yang mencurigakan, VirusTotal tidak akan menghampakan anda.

Imbas fail anda di: VirusTotal

10. LastPass

‘Last but not least’, laman LastPass adalah laman pengurus kata laluan paling popular di mana ia dikombinasikan dengan extension/addon untuk menyimpan, menjana, serta memasukkan kembali kata laluan anda di mana-mana laman sesawang yang sudah anda simpan datanya.

Tidak perlu lagi pening kepala untuk menghafal, apatah lagi orang zaman sekarang terlalu kuat makan semut.

Oleh itu tiada isu terlupa, kerana betapa kompleks sekalipun kata laluan anda, ia tersimpan rapi dan dapat diguna semula apabila anda memerlukannya.

Jana, simpan, dan jaga kata laluan anda di: LastPass

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img