Sudah lama saya ingin berkongsi tentang extension apakah yang saya gunakan dengan tegar di pelayar web
Untuk pengetahuan, pelayar web utama saya buat masa ini adalah Vivaldi, dan pelayar kedua adalah Chrome. Manakala pelayar web sandaran (backup) pula semestinya Firefox.
Tidak banyak extension yang saya pasang, cukup sekadar apa yang perlu bagi menambah baik pengalaman ketika melayari laman sesawang mahupun ketika sedang strim video.
Berikut adalah antara extension yang saya gunakan di pelayar web Vivaldi.
Senarai yang sama boleh diguna pakai sama ada pada Chrome, Brave, Opera, dan lain-lain pelayar yang berasaskan Chromium/Chrome.
Sebelum ini saya menggunakan uBlock Origin untuk menyekat iklan-iklan yang melampau (intrusive ads). Tetapi kini saya telah menggantikan ia dengan Nano Adblocker, kerana extension ini serasi dengan tutorial Cara Menangani Anti AdBlocker yang pernah saya tulis beberapa bulan lalu.
Nano Defender adalah extension yang berfungsi sebagai ‘pelindung’ kepada Nano Adblocker. Ia akan bertindak membantu Nano Adblocker melepasi sekatan dari laman-laman yang menyekat extension/addon adblocker.
Extension ini sangat berguna jika anda adalah penstrim tegar di YouTube. Ia dapat mengubah bagaimana cara anda ‘berkomunikasi’ dengan laman YouTube, contohnya anda boleh ubah kelantangan suara hanya dengan menggunakan roda tengah tetikus. Selain dari extension ini, Enhancer For YouTube juga boleh digunakan sebagai alternatif.
4. No Coin
Di era cryptocurrency sedang berleluasa digali, sudah semestinya extension seperti ini amat diperlukan. Saiznya sangatlah kecil, tetapi ia juga sangat berkuasa dalam menyekat skrip mining yang ada pada laman-laman popular, mahupun yang tidak dikenali ramai.
5. Pushbullet
Tidak mungkin dapat menggunakan pelayar web dengan tenang tanpanya. Pushbullet banyak membantu dalam perkongsian maklumat, pautan, gambar, dan juga fail-fail dari telefon pintar kepada PC, mahupun sebaliknya.
6. Stylish
Mungkin extension ini tidak begitu penting, tetapi jika anda berminat untuk melihat laman Facebook (contohnya) ‘berwajah’ berbeza, anda boleh ubah tema atau warna latar menggunakan Stylish dan gabungan tema di laman Userstyles.
7. View Image
Google telah pun membuang ciri ini pada laman carian gambar mereka, atas sebab isu hak cipta dan sebagainya. Betul, kita masih boleh muat turun gambar yang terpapar, tetapi lebih mudah untuk melihat gambar penuh dengan pilihan ‘view image’ berbanding perlu klik kanan terlebih dahulu dan kemudian klik pula pada ‘Open Image in New Tab’.
Stylish boleh memberikan paparan dengan tema gelap pada laman-laman seperti Facebook, YouTube, dan sebagainya lagi. Tetapi bukan semua laman dapat anda aplikasikan tema gelap. Untuk itu, extension Super Dark Mode yang ringkas ini mampu memberikan anda pilihan tersebut. Apa jua laman yang ada dalam internet dapat ditukarkan paparannya kepada warna hitam.
Let the darkness crawl.
9. Tampermonkey
Bagi menggunakan pelbagai skrip yang berguna terutamanya pada adblocker, Tampermonkey adalah suatu alternatif kepada Greasemonkey (Firefox).
10. LastPass
Ada 10 buah laman sesawang (contoh) dengan 10 kata laluan berbeza. Memang sakit kepala hendak mengingatinya. Benar, pengurusan kata laluan pada pelayar Chrome/Vivaldi ini sudah semakin baik, namun jika anda mahukan paparan antaramuka dan pelbagai ciri lain yang lebih menarik, LastPass adalah jawapannya.
Jadi, ini adalah 10 extension yang mesti saya pasang setiap kali selesai pemasangan pelayar web. Tidak kiralah jika anda menggunakan Chrome, Vivaldi, Brave, kesemua senarai extension ini boleh digunakan. Ini hanyalah 10 extension yang ‘asas’. Bagi pengguna yang jatuh kepada kategori ‘power users’, anda boleh ambil senarai ini sebagai ilmu tambahan.
Pisang emas dibawa berlayar. Masak berbiji2 dah puas di dengar. Dah berjenis pelayar. Fungsi RSS feed Firefox juga tak tercabar. Satu2 nya pelayar dengan live bookmarks yang segar. Lalu … jadilah aku Firefox’s tegar …
10 ext sumbat confirm bleh view jer..hehe