Hackim Si Penggodam – Episod 1 (Introduction)

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Bermula pada hari ini, Abg Saki akan buat entri dengan menggunakan jalan cerita. Suka tak? Kalau tak suka, jangan baca. Hehe. Okay tajuk ceritanya adalah “Hackim Si Penggodam”. Ianya berepisod. Hackim akan menggunakan BackTrack untuk menjalankan misinya. Cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa sama ada hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jalan ceritanya hanyalah rekaan sahaja. Boleh Abg Saki mulakan?

Hackim merupakan seorang budak biasa yang hanya pandai bermain komputer tetapi tidak mahir menggunakannya dan dia ni masih bersekolah. Tetapi ada seorang hacker yang merupakan bekas ejen perisik, Arif, melihat potensi yang dimiliki oleh Hackim untuk menjadi seorang hacker yang beretika semasa mengendalikan kelas komputer di sekolah Hackim. Selepas sesi persekolahan, Hackim telah dipanggil oleh Arif dan mengajaknya ke kedai berhampiran untuk berborak. Arif pun tidak mahu berselindung dengan tujuannya yang ingin menjadikan Hackim seorang hacker atau dengan kata lainnya pakar IT. Hackim pun lantas bersetuju dengan pelawaan Arif itu. Tetapi disebabkan Hackim ini tidak mahir menggunakan komputer, Arif memberitahunya :

“Sebelum aku mengajar teknik-teknik dan cara-cara untuk menjadi Hacker. Aku nak kau mahirkan diri dengan sistem operasi Linux iaitu BackTrack 5. Selain itu mahirkan diri menggunakan google untuk mencari maklumat yang di ingini. “Berdikari” perlu ada dalam prinsip seorang HACKER! Aku tahu kau boleh. Di samping itu, kehidupan sebagai budak sekolah perlu dikekalkan, jangan disebabkan kau mempelajari semua ni, pelajaran dilupakan.”

Hackim membalas dengan mukanya yang semangat :

“Baik cik. Saya akan cuba buat seperti yang disuruh oleh cik Arif. Mengenai pelajaran, saya tidak kisah kerana semuanya dah ada dalam otak. Hehe. Tetapi saya nak tanya apa itu Linux, apa itu BackTrack 5?”

Arif membalas :

“Linux adalah sistem operasi seperti Windows dan Mac OS. Kalau nak terang lebih lanjut pun takde guna sebab kau tak akan faham jadi kau cuba google la nanti. BackTrack 5 pula merupakan sistem operasi berasaskan Linux tetapi ianya di gunakan untuk penetration testing. Kiranya untuk menguji sesuatu sistem la. Ianya amat membantu untuk pemula macam kau ni. Walaupun aku tahu, dengan mengajar orang baru hanya akan melahirkan Black-hat Hacker tapi aku percaya kau bukan jenis orang yang akan menjadi seperti itu.”

Hackim membalas :

“Black-hat Hacker? Macam orang jahat je. Saya bukan orang yang macam tu. Jika cik Arif melatih saya dengan cara yang betul, insya-Allah saya akan menjadi hacker yang beretika.”

Arif membalas :

“Oh kau tak tahu eh jenis-jenis hacker ni? Baiklah aku cuba terang kan seringkas mungkin. Terdapat tiga jenis Hacker kat dunia ini. Pertama white-hat hacker, black-hat hacker dan grey-hat hacker. White-hat hacker ni orang yang menggodam untuk kebaikkan. Black-hat hacker pula menggodam untuk kejahatan. Grey-hat hacker pula mempunyai kedua-dua sikap yang dimiliki oleh white-hat hacker dan black-hat hacker. Jadi aku nak melatih kau menjadi white-hat hacker. Supaya kau dapat membantu sekolah kau dan orang-orang disekeliling kau.”

Hackim membalas :

“Oh. Okay semakin berminat pula saya untuk menjadi hacker. Cik Arif ni hacker ke?”

Arif membalas :


“Dahulunya aku seorang ejen perisik yang ditugas untuk menggodam apa sahaja untuk mendapatkan maklumat. Kerja aku ni berisiko tinggi kerana aku boleh ditangkap bila-bila masa saja jika salah perancangan.”

Mereka pun berborak selama lebih sejam. Selepas itu Arif pun memberitahu misi yang pertama yang perlu dilakukan oleh Hackim untuk menjadi hacker adalah godam wifi. Tak kisah la di mana tempatnya. Dia mahu Hackim menggodam wifi yang menggunakan sekuriti WEP dan WPA dengan menggunakan BackTrack 5. Hackim bersetuju dengan misi itu.

Setelah Hackim pulang ke rumah, Hackim buatlah aktiviti yang selalu dibuatnya iaitu makan, mandi, solat dan buat kerja rumah. Setelah siap kesemua itu, Hackim pun buka komputernya dan terus mencari dan memuat turun sistem operasi BackTrack 5 untuk memulakan zaman hidupnya sebagai hacker.

Gambar Hiasan

Setelah membuat research dengan menggunakan google mengenai BackTrack ini. Barulah dia tahu akan kelebihan BackTrack ni. Begitu banyak tool yang boleh digunakan untuk melakukan penetration testing ini. Tetapi Hackim perlu fokus kepada misinya iaitu menggodam wifi. Jadi dia pun mencari la maklumat mengenai wifi ini. Barulah dia tahu apa yang dimaksudkan WEP dan WPA yang dikatakan oleh Arif.

“Wired Equivalent Privacy (WEP) is a security algorithm for IEEE 802.11 wireless networks.”

“Wi-Fi Protected Access (WPA) and Wi-Fi Protected Access II (WPA2) are two security protocols and security certification programs developed by the Wi-Fi Alliance to secure wireless computer networks. The Alliance defined these in response to serious weaknesses researchers had found in the previous system, WEP (Wired Equivalent Privacy).”

Selepas lebih kurang 5 jam memuat turun operating tersebut. Dia terus mencubanya dengan menggunakan Live CD. Apabila membukanya, dia rasa buntu bagaimana untuk menggunakan BackTrack 5 ini. Berbekal maklumat yang dia dapat dari research-nya dia cuba untuk godek-godek dulu dalam BackTrack tu supaya mahir dalam menggunakan perintah-perintahnya. Setelah begitu lama dia menggodek, dia cuba menyambungkan connection-nya ke wifi nya sendiri dahulu. Dan berjaya disambungkan. Dari situ, bermulalah kisah hidup Hackim sebagai penggodam…

p/s: Saya cuba untuk tampilkan kelainan dalam blog ini. Jadi kepada yang tidak suka entri seperti ini, anda boleh menukar kepada entri lain. Hee. Kepada yang suka, saya ucapkan terima kasih. Jika ada kelapangan masa kita akan ke episod kedua pula. 🙂

Sekian.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 Comment

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
putra

Nice entri n story bro….

spot_imgspot_img