XBMC Untuk Android!
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Android XBMC Untuk Android!

XBMC Untuk Android!

0
Mobile Ads

Seperti mana yang para pembaca ketahui (pembaca lama), saya memang sangat menyukai pemain media semua dalam satu, hub hiburan pada PC ini, iaitu XBMC. Kalau setiap kali pasang Ubuntu atau distro Linux terbitan darinya seperti Linux Mint, elementary OS dan lain-lain sepertinya, tidak sah kalau XBMC tidak bertapak di dalamnya.

Khabar gembira buat pengguna telefon bimbit pintar yang dikuasakan dengan Android, kini XBMC boleh didapati dan dipasang pada peranti anda! Lihat paparan skrin di bawah (HTC One X):

Buat mereka yang masih tidak tahu apa itu XBMC, ia adalah sebuah pemain media semua dalam satu yang merangkumi video, audio dan gambar. Anda boleh tukarkan PC anda kepada pemain media berfungsi penuh dengan menguasakan ia melalui pemasangan XBMC. Super duper cool!

Untuk Android, sila ke forum XDA Developers melalui pautan ini : XBMC For Android Nightlies

Sila ambil perhatian, ia masih belum stabil, jadi mungkin terdapat beberapa bugs dan sekiranya anda tidak mahu berdepan dengan bugs yang menjengkelkan, adalah disaran supaya anda menanti rilisan stabil. Namun buat yang tidak sabar atau penuh dengan keinginan untuk mencuba, silakan! Tambah nasik!

Mobile Ads

Exit mobile version