Pasang XBMC 11.0 Pada Ubuntu 12.04
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Pasang XBMC 11.0 Pada Ubuntu 12.04

Pasang XBMC 11.0 Pada Ubuntu 12.04

0
Mobile Ads

XBMC 11.0 telah pun lama dirilis dan Ubuntu 12.04 juga tampak seperti kurang bermaya tanpa XBMC versi terbaru ini. Apa yang pasti, XBMC kini lebih matang dalam membina perisian hub hiburan yang canggih dan bergaya untuk melengkapkan lagi dunia teknologi khususnya dalam sistem operasi Linux.

Untuk pengetahuan anda, XBMC bakal mengeluarkan rilisan stabil dalam kitaran bulanan. Ini bererti setiap bulan, satu versi baru bakal dikeluarkan dan kita akan dapat melihat perkembangan pesat Hub Hiburan Digital ini.

Meskipun tersedia dalam pelbagai platform, XBMC lebih popular dalam sistem operasi Linux, khususnya Ubuntu. Dengan rilisnya Ubuntu 12.04, XBMC 11.0 adalah pemain media yang signifikan dengannya.

Anda boleh membaca lagi apa yang terbaru pada XBMC 11.0 di sini.

Untuk memasang XBMC Dharma 11.0 PRE (Unstable):

sudo add-apt-repository ppa:alexandr-surkov/xbmc-pvr
sudo apt-get update
sudo apt-get install xbmc tvheadend

Ini pula adalah untuk XBMC Eden 11.0 (Stable):

sudo apt-add-repository ppa:nathan-renniewaldock/xbmc-stable
sudo apt-get update
sudo apt-get install xbmc

PPA ini adalah untuk  XBMC Dharma 10.1, ohne PVR (Old-Stable)

sudo apt-add-repository ppa:nathan-renniewaldock/xbmc-old-stable

Mobile Ads

Exit mobile version