AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Dua Permainan EA Akhirnya Memasuki Ubuntu Software Center

Dua Permainan EA Akhirnya Memasuki Ubuntu Software Center

0
Mobile Ads

Beberapa hari sebelum ini, saya ada mengepos mengenai syarikat permainan video gergasi, Electronic Arts yang menghadiri Ubuntu Developer Summit. Pada hari ini, Ubuntu Software Center telah dimasukkan dua permainan ‘pengenalan’, iaitu Lord of Ultima dan Command & Conquer Tiberium Alliances yang boleh dimuat turun dan dipasang secara percuma. Keduanya dimainkan pada pelayar web lalai anda.

Adalah diakui ini merupakan satu permulaan yang bagus untuk Ubuntu dan EA dalam menjalin kerjasama serta hubungan dua hala. Walaupun dua permainan ini hanyalah berasaskan pelayar web dengan teknologi HTML5, tetapi dengan memasang ia melalui Ubuntu Software Center, kita akan dapat memberi kenyataan (statement) kepada EA apabila jumlah orang yang memasangnya meningkat.

Ia ternyata memberi faedah kepada para pengguna apabila EA mengeluarkan permainan yang lebih canggih, yang dapat dipasang pada komputer pula. Sekarang, jika anda mahu memasang dua permainan ini, anda cuma perlu buka Ubuntu Software Center. Ia sedang ‘menanti’ anda.

UPDATE:

Jalankan perintah ‘sudo apt-get update’ terlebih dahulu pada Terminal sebelum membuka Ubuntu Software Center. Kudos to Bro Fikri atas pertanyaan anda! 🙂

Klik >>> Lord of Ultima

Mobile Ads

Exit mobile version