Ramai agaknya yang nak mencuba Linux tapi tak habis-habis dimomokkan dengan susahlah, tak support games lah, tak banyak apps lah — pada hal yang cakap tu pun bukannya pernah pakai. Dia sejenis netizen yang bila orang nak bercakap tentang sesuatu, dia pun nak bercakap jugak.
Microsoft akan menamatkan sokongan untuk Windows 10 pada 14 Oktober 2025. Bagi pengguna yang tidak dapat menaik taraf ke Windows 11, ada satu alternatif menarik iaitu WINUX, distro Linux berinspirasikan Windows yang menawarkan pengalaman mirip Windows 10 dan Windows 11 tanpa kerenah birokrasi Microsoft.
WINUX, dibangunkan oleh Linuxfx, adalah sistem operasi Linux yang meniru rupa dan rasa Windows 10/11 — daripada menu Mula hingga ikon desktop.
Ia:
– Ringan: Tiada keperluan perkakasan ketat, hanya memerlukan CPU dwi-teras 64-bit dan 2GB RAM (4GB disyorkan).
– Mesra Peranti Lama: Berfungsi lancar pada PC lama, membolehkan pengguna mengekalkan aliran kerja dan permainan sedia ada.
– Kemas Kini Terbaru: Versi terkini menambah kelajuan, tema baharu ‘Redsand’ untuk gaya Windows 10/11, kernel 6.14.0-29 dengan sokongan perkakasan lama dan moden, serta asas Ubuntu 24.04.3 LTS yang menerima kemas kini percuma sehingga lima tahun.
Dengan sumbangan (donation), pengguna boleh membuka ciri premium seperti:
– Integrasi OneDrive dengan antara muka grafik.
– Sokongan Active Directory asli.
– Alat AI yang dipertingkatkan.
Muat turun di: https://winuxos.org/