VyprVPN Review : Servis VPN Terbaik Dalam Kelasnya! Dapatkan Akaun 3-Day Free Trial Di Dalam Pos Ini

Sudah lama saya tercari-cari akan pengganti kepada FinchVPN. Kenapa ingin mencari pengganti? Takde apa, saja nak tukar selera. Hehe. FinchVPN terbaik untuk servis VPN dalam Malaya yang termurah dan terunggul, tetapi saya ingin mencari dan mencuba servis baru. Mungkin akan ada pengalaman baru di situ.Jadi cari punya cari, rupa-rupanya diri saya yang telah ‘dicari dan dijumpai’ oleh pembangun dan penyedia servis VPN/OpenVPN VyprVPN. Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh pembangun VyprVPN iaitu Sam Khoury. Beliau telah menawarkan kepada saya untuk mencuba servis dan aplikasi VyprVPN dek kerana katanya ‘VyprVPN tiada dalam senarai promosi di laman OMG! Hackers?’.

Terharu dengan penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan, maka saya bersetuju untuk mencuba dan menguji aplikasi VyprVPN. Anda boleh lihat paparan skrin di bawah, paparan antaramuka penggunanya yang ringkas, tetapi menarik, adalah ciri utama aplikasi. Buat pemula yang baru menyelami selok-belok dunia IT, aplikasi ini adalah sangat mesra pengguna.

Menurut Sam, VyprVPN mempunyai 700 pelayan (server), dan mereka tidak menggunakan khidmat pelayan dari pihak ke-3 (3rd party server). Apa yang penting, kesemua pelayan adalah pelayan semua-dalam-satu (AIO). Bermakna tidak wujud hanya pelayan tertentu untuk Torrent, Gaming, dan sebagainya. Anda boleh rujuk pautan ini untuk melihat senarai pelayan : VyprVPN Server Locations

Berikut pula adalah beberapa paparan skrin bagi tetapan-tetapan yang ada dalam aplikasi:

Chameleon : Anti-DPI. Lihat maklumat lebih lanjut di sini : VyprVPN Proprietary Chameleon Technology

Iklan Google

Oh wow, VyprDNS! Jom cuba! Tak lupa juga ada perlindungan secara lalai (default) untuk kebocoran DNS. Ini adalah sangat-sangat-sangat penting jika anda mementingkan pelayaran internet tanpa nama (anonymous).

Baca juga : Apa Itu Deep Packet Inspection?

Klik di sini jika anda menggunakan Ubuntu : VyprVPN OpenVPN Setup for Linux (Ubuntu)

Apakah ciri-ciri pada VyprVPN ini yang sangat saya suka?

1. Chameleon! Chameleon ialah mode Anti-DPI yang sangat membantu dari segi sambungan ke luar dari dalam rangkaian yang sangat terhad (restricted). Mode Chameleon akan ‘boost’ kelajuan internet anda berbanding sambungan OpenVPN TCP atau UDP.

2. Pemilihan port secara automatik. Yup, anda hanya cuma perlu klik ‘Connect’ sahaja, dan aplikasi VyprVPN akan memilih mana-mana port yang terbuka (unblocked) secara automatik untuk anda. Tak perlu pening kepala nak cari port apa yang terbuka di pejabat (contohnya laaa.. Hehe..).

3. 700 pelayan, universal, semua boleh digunakan untuk Torrent, Gaming, ‘heavy downloading’. Ohoiii, heaven! Hari ini guna US, esok guna Singapura, esok pula guna Jepun. Memang sangat ohsem!

4. Harga yang sangat berpatutan untuk sebuah servis yang berkualiti premium. Bermula dari 5 USD sebulan. Rujuk pada gambar di bawah:

Iklan Google

5. Tidak menggunakan pelayan dari pihak ke-3. Semuanya pelayan peribadi. Maklumat/data anda lebih selamat. Ini salah satu sebab utama kenapa saya pilih VyprVPN. Pelayan adalah dari mereka sendiri. Barulah 1st class bro!

6. Sistem sokongan 24 jam. Tak perlu bimbang. Staf akan sentiasa ada untuk anda. Mereka ibarat Panadol Actifast yang sentiasa ada di 7-Eleven.

Iklan Google

7. Multi-platform. Semua sistem operasi ada aplikasi atau cara untuk menggunakan VyprVPN. Tiada lagi kebimbangan terutamanya kepada pengguna Linux (khususnya Ubuntu). Psssttt, Android dan iOS pun ada beb.

8. VyprDNS! Hahahah.. tak cukup dengan tambahan perlindungan dari Chameleon, anda juga akan dapat menikmati VyprDNS. Lebih privasi, lebih privasi, lebih privasi. Bukankah ini yang kita mahu?

Iklan Google

9. NAT Firewall! Woahhh, apa itu NAT Firewall? Baca di sini : What is NAT Firewall?
Lebih perlindungan kawan-kawan sekalian. Prestasi dapat, Privasi dapat, Perlindungan pun dapat. Huh, simply ohsemmm.

10. Kelajuan dan prestasi yang terbaik. Ini tidak dapat saya nafikan. Internet di dalam rangkaian yang disekat terasa lebih laju dan lebih berprestasi. Nanti saya cuba buat speed test bila dah dapat akaun Premier. Hehehe. Sabarrr.

11. Kaedah bayaran global. Menerima semua kad kredit yang major seperti Visa, Mastercard, AMEX, Discover, JCB dan juga bayaran melalui PayPal. Sonang kojo den.

Bagaimana? Berminat? Kalau minat, anda boleh mendaftarkan satu akaun percubaan selama 3 hari melalui pautan di bawah. Ingat, hanya melalui pautan di bawah sahaja tau, khas untuk anda pembaca OMG! Hackers?.

Iklan Google

Klik —> VyprVPN 3-Day Free Trial

Akhir kata dari saya, “Don’t let the Internet browse you!”

 

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img