Penafian: Kami tidak menggalakkan cetak rompak, malah kami menggalakkan pembaca agar sentiasa membeli atau membayar untuk menikmati kandungan video yang dilindungi Akta Hak Cipta. Artikel adalah sekadar ulasan umum. Sebarang penggunaan kandungan laman adalah diluar tanggungan pihak omghackers.com.
Terdapat banyak laman yang cuba menyamai Netflix/iflix dari segi cara penyampaian kandungan, isi kandungan itu sendiri dan paparan antaramuka pengguna.
UniqueStream adalah laman baharu yang cuba menjengah masuk ke arena penstriman. Ya, ianya dibuat dengan asas ‘grabbing’, iaitu kesemua kandungan tidak dihos secara terus oleh penyedia, sebaliknya diambil dan distrim (embed) ke dalam laman tersebut dari sumber tertentu.
Isi kandungan laman ini terdiri daripada filem Melayu, Inggeris, Anime, Tamil, Hindi, Jepun, dan pelbagai lagi. Ia juga mempunyai pilihan dari senarai siri televisyen, drama-drama Korea, dan juga kandungan Telugu serta Hindi bagi peminat-peminatnya.
Menurut pembangun laman ini, hampir 65% kandungan mempunyai sarikata. Semestinya, anda hanya mempunyai toggle untuk mengaktifkan sarikata, atau menutupnya. Tiada pilihan untuk menukar ia kepada bahasa Melayu atau lain-lain bahasa.
Manakala 95% pula adalah rilisan dengan resolusi berdefinisi tinggi, dan 5% lagi adalah dari rilisan Web-DL dan seumpama dengannya.
Di pemain videonya, terdapat butang untuk menukar saiz video kepada mode pawagam, atau menukar saiznya kepada skrin penuh. Ada juga butang untuk menukar laman menjadi gelap secara keseluruhan, untuk memberikan lebih lagi ‘feel’ wayang tersebut.
Selain itu, 70% kandungan video boleh distrim dan cast ke Chromecast. Peminat Chromecast pasti akan menyukai ciri ini. Apa yang menarik, pengguna boleh membuat permintaan untuk mana-mana drama Korea, anime dari Crunchyroll dan AnimeLab, filem-filem Hindi dari Eros Now serta YuppFlix kepada pembangun laman. Mereka akan cuba memasukkan kandungan yang diminta oleh pengguna secepat mungkin.
Tidak lupa juga, jika anda menghadapi sebarang masalah dengan video yang sedang dimainkan, jangan lupa untuk klik pada butang ‘Report’ dan laporkan masalah anda. Team pembangun akan membantu apa yang dapat mereka selesaikan.
Setakat ini, kelajuan strim bagi setiap video yang dicuba sendiri oleh saya adalah memuaskan. Jika terdapat sedikit buffering, itu adalah biasa bagi laman baru seperti ini. Semestinya mereka bergantung kepada kelajuan pelayan untuk menyediakan video-video tersebut, dan tidak menggunakan sebarang codec ‘istimewa’ atau bantuan kecerdasan buatan seperti yang dibuat oleh Netflix. Jadi, sedikit buffering tidaklah terlalu menjengkelkan dan ianya adalah dapat difahami.
Ok, cukuplah ulasan saya setakat ini. Jika ditulis lebih panjang, bimbang ia akan melarut panjang pula. Jika anda ingin terus strim, anda boleh ke laman tersebut melalui pautan yang disediakan di bawah. Oh ya, anda tidak perlu mendaftar sebarang akaun sebelum dapat menggunakannya. Hanya perlu pilih mana-mana video yang anda mahu dan klik pada butang main.
Nota: Aplikasi Android mungkin akan dibuat jika laman ini mendapat sambutan.
Tuai padi antara masak. Esok jangan nasi pula tak masak2. Intai2 lah dengan bijak. Strim nanti jangan pula kata tak nampak. Terima Kasih Tuan … maklumatnya di bookmark …