Satu-satunya pemuat turun yang boleh dikatakan sebagai ‘setara’ dengan IDM untuk Linux, iaitu uGet telah melepaskan versi stabil (1.10.3).
Sebelum ini telah pun saya tuliskan beberapa reviu mengenainya iaitu:
1. IDM Untuk Ubuntu : uGet [1.8.0]
2. IDM Untuk Ubuntu : uGet 1.10.2 Dilepaskan!
01. Add new download option – “mirrors”.
02. Change hotkey, Shift+Delete to delete data, Ctrl+Delete to delete file and data.
03. Changed logo, app icon and tray icons*.
04. Rearrange menu items for better organization.
05. Added & updated translation files.
Harus diingatkan jika anda mahu uGet dapat memuat turun dengan lebih pantas, maka adalah lebih baik jika anda integrasikan ia dengan aria2:
Untuk memasangnya pada Arch Linux, anda cuma perlu gunakan baris perintah ini:
sudo pacman -S uget aria2
Untuk Ubuntu pula, hanya perlu gunakan PPA dan baris perintah berikut:
sudo add-apt-repository ppa:plushuang-tw/uget-stable
sudo apt-get update
sudo apt-get install uget aria2
uGet akan menggunakan Ubuntu AppIndicator secara lalai (default). Jika anda tidak mahukan ia, anda boleh menyahaktifkannya dengan perintah:
sed -i “s/AppIndicator value=’1’/AppIndicator value=’0’/g” ~/.config/uGet/Setting.xml