Ubah Laman Utama Tab Baru Pada Firefox

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sejak diwujudkan fungsi ‘speed dial’ pada firefox,fungsi ini sedikit sebanyak telah memudahkan kita untuk mengunjungi laman yang biasa dikunjungi. Tapi,saya memang kurang gemar menggunakan fungsi ini. Mungkin kerana,saya gemar menaip sendiri di halaman Google Malaysia. Jadi,saya hilangkan fungsi ini pada pelayar web Firefox dengan menggantikan antaramuka kosong atau lebih dikenali sebagai “about:newtab”.

Sedang saya asyik belayar di alam maya saya tertarik dengan fungsi yang lama sudah tidak digunakan iaitu menetapkan laman utama pada tab baharu. Saya memang gemar menggunakan Google Malaysia. Jarang sekali saya menggunakan enjin carian lain seperti Yahoo,Bing dan sebagainya. Perkara utama setelah selesai memasang pelayar web pasti saya akan menetapkan Google Malaysia sebagai enjin carian utama. Memang tangan saya dicipta apabila membuka tab baharu pasti saya akan klik butang/ikon rumah (home button). Jadi untuk mengurangkan penggunaan tangan alangkah baiknya jika saya tetapkan terus Google Malaysia apabila selesai membukan sebuah tab baharu. Tanpa membuang masa,kita teruskan kepada tujuan kita.

Iklan Google

1. Buka pelayar Firefox dan taipkan about:config pada ruangan carian (navigation bar).

Iklan Google

2. Klik I’ll be careful, I promise! untuk membenarkan tugasan menetap sebarang tetapan.

3. Pada ruangan carian yang disediakan. Taipkan sahaja “newtab“.

4. Akan terdapat beberapa kekunci. Pilih kekunci browser.newtab.url.

5. Ubahkan perkataan about:newtab kepada enjin carian pilihan anda. Contoh:-

https://www.google.com.my/

6. Buka tab baru dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba. Sekian.
Assalamualaikum.

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img