Tutorial Bergambar Pemasangan Mod Audio ARISE Sound System™

Hai. Bertemu lagi kita di sini. Buat apa kat sini? Pening baca instruction dekat forum XDA ke? Hahaha… ok, jangan takut jangan khawatir, itu kentut bukan petir. Ohoi! Hahaha…

Ok, tanpa membuang masa lagi, terima lah tutorial daripada saya untuk memasang mod audio pada peranti android anda. Jangan risau, saya akan cuba memudahkan dan ringkaskan tutorial ini sebaik mungkin untuk anda. Jadi, tak perlulah anda pening-pening lagi.

Nota penting : Mod ini memerlukan root, busybox dan TWRP dipasang pada peranti android anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akses root, maaf, anda tidak dapat menggunakan mod ini. Admin tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda tertumpah kopi, terlepas jam loceng, atau perang nuklear selepas anda memasang mod ini. Segala permasalahan sila kemukan di forum XDA milik pembangun mod ini.

Sekiranya Tanpa Menggunakan PC :

Iklan Google

1) Download pakej Magnum Opus™ di forum XDA. Admin tidak akan meletakkan link download kerana itu menyalahi etika antara pembangun. Sila lawati thread asal dan klik dari sana.

2) Copy .zip Magnum Opus™ yang telah anda download ke internal storage anda. Buka .zip anda dan pergi ke folder “getting_started”.

3) Kemudian, buka folder “your_system” sekiranya anda ingin memilih sendiri modul audio yang anda inginkan. Di dalam folder ini, terdapat file “arise_customize.prop” yang anda perlu edit untuk langkah pemasangan melalui TWRP. Atau anda boleh memilih “arise_customize.prop” daripada folder “OUR_SYSTEM” yang mengandungi preset yang telah dibuat khas oleh para pembangun yang berlainan untuk memenuhi citarasa mereka.

preset yang telah siap diedit

4) Extract/copy file “arise_customize.prop” ke internal storage anda. Sekiranya anda memilih dari preset di dalam folder “OUR_SYSTEM” tadi, langkau ke langkah terakhir. Sekiranya anda ingin mengedit sendiri .prop mengikut citarasa anda, teruskan ke langkah seterusnya.

Iklan Google

5) Buka file “arise_customize.prop” menggunakan text editor pilihan anda. Masukkan nilai “true” pada mana-mana modul yang anda kehendaki. Tapi INGAT! “install.core=” hendaklah sentiasa “true” untuk pemasangan kali pertama. Sekiranya anda ingin menukar atau manambah modul lain selepas pemasangan kali pertama, “install.core=” hendaklah dibiarkan kosong bagi mengelakkan percanggahan pemasangan. Akhir sekali save edit anda.

edit pada modul yang anda inginkan

6) Selepas itu, reboot ke TWRP, dan flash .zip Magnum Opus™ yang telah anda download mula-mula tadi. Jangan lupa disable atau freeze aplikasi AudioFX atau MusicFX pada peranti anda sekiranya ada kerana ia akan bercanggah dengan mod audio ini. Bagi modul ViPER4Arise pula, tick dan untick pada “Master Power” sehingga anda lihat semua status normal pada “Driver Status”.

jangan risau untuk bahagian Processing ni. Processing hanya akan bermula bila anda memainkan audio.

Sekiranya Menggunakan PC :


1) Sekiranya menggunakan PC, langkahnya tidak banyak berbeza. Anda tetap perlu copy .zip Magnum Opus ke dalam internal storage anda. Bezanya, anda boleh extract dahulu “arise_customize.prop” ke PC anda kemudian edit menggunakan text editor pilihan anda menggunakan skrin monitor yang lebih besar berbanding peranti mudah alih anda. Admin menggunakan Notepad++.

lebih selesa edit dengan skrin besar kan? :D

2) Setelah selesai mengedit, save, dan copy “arise_customize.prop” anda ke internal storage. Teruskan ke TWRP dan flash .zip Magnum Opus™ anda.

Iklan Google

Atau boleh tonton video pemasangan :

Sekian sahaja dari saya, selamat mencuba!

Sumber: ARISE Sound System

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img