Tutorial: Bagaimana untuk membuang Ubuntu OS (dual boot bersama Windows)

Ramai juga yang bertanya macam mana nak buang ubuntu. Jadi aku buatkan tutorial
ni. Harap dapat membantu =)

Software yang akan digunakan easy bcd. Software ni akan menukar MBR kepada windows 7 balik.
Kalau tak buat nanti tak boleh boot windows 7. Boleh download di sini.

Jadi, langkah pertama menuju kejayaan adalah merelakan ketentuan tuhan.
Right-click pada computer dan pilih manage.

Lihat pada bahagian kiri dan klik pada Disk Management.

Right-click pada volume yang tidak mempunyai nama (HDD yang tak ada dalam my computer)
dan pilih delete volume.

Anda akan dapati volume di bawah akan bertukar menjadi hijau. Right-click pada volume yang berwarna hijau dan pilih delete partition. Volume tersebut akan menjadi hitam. Untuk mengunakan kembali volume space yang telah dibuang, right-click pada volume D: dan pilih extend volume. (Tekan next-next je lepas tu)

Ini sebelum delete partition

Yang ini selepas Volume D: di”extend”kan

Ok, sekarang space yang digunakan untuk menyimpan Ubuntu sudah dibuang dan volume space tersebut ditambah ke HDD D:

Langkah seterusnya, buka applikasi EasyBCD (run as administrator)
Klik pada Bootloader Setup dan pilih Install the Windows Vista/7 bootloader to the MBR dan tekan butang Write MBR.

Dah siap. Untuk lihat keberkesanannya, reboot semula pc anda. Semoga berjaya =)

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img