Sunday, 26 October 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
UtamaPilihan OMGArtikelTuntut Kad SIM 5G Anda Melalui Yes - Ya, Ianya Percuma Sahaja

Tuntut Kad SIM 5G Anda Melalui Yes – Ya, Ianya Percuma Sahaja

Views: 0

Kami sudah pun mengulas serba sedikit mengenai kelajuan 5G oleh DNB yang diuji menerusi kad SIM Yes. Anda boleh baca ulasan tersebut di sini: Kelajuan 5G DNB Melalui Kad SIM Prabayar YES.

Setakat ini, kelajuan 5G maksimum yang pernah saya sendiri dapat ialah 2.1Gbps di sekitar kawasan Cyberjaya. Dapatan tersebut saya telah kongsikan di halaman kami iaitu di: 5G Cyberjaya.

Buat masa ini hanya telco Yes sahaja yang menawarkan 5G pada pelan prabayar dan pascabayar mereka. Telco seperti unifi yang dikatakan telah menandatangani persetujuan untuk turut sama memanfaatkan 5G DNB, nampaknya masih belum aktif mempromosikannnya. Masih belum ada tanda-tanda bahawa unifi akan menawarkan 5G dalam tempoh terdekat ini.

Begitupun, anda sudah boleh menuntut kad SIM prabayar 5G secara percuma di laman rasmi Yes. Anda hanya perlu ke pautan ini: YES | First to 5G – Registration.

Anda tidak perlu membayar untuk tawaran ini, tidak seperti sewaktu saya hendak mendapatkannya, yang mana saya perlu membayar sebanyak RM30 terlebih dahulu (emoji-sedih.jpg).

Anda hanya perlu mengisi maklumat diri pada ruangan borang yang disediakan di pautan, dan kad SIM tersebut akan terus dihantar ke rumah. Untuk mengaktifkan kad SIM, anda perlu muat turun aplikasi MyYes dan daftarkan ia menerusi aplikasi tersebut.

5G kini hanya berada di kawasan terpilih di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, dan Kuala Lumpur. Buat anda yang berada dalam kawasan, maka sambar peluang ini untuk mencubanya. Tidak rugi kerana ia percuma sahaja.

Kelajuan 4G yang ditawarkan hanyalah 7Mbps sahaja. Sememangnya tidak begitu memuaskan, tetapi kelajuan 5G boleh mencecah antara 300Mbps hingga 1Gbps di kawasan yang berada dalam liputan. Tambahan pula penggunaan rangkaian 5G adalah percuma sehingga bulan Mac ini.

Jangan lepaskan peluang untuk merasa teknologi terbaru. Pastikan peranti anda menyokong 5G, dan kawasan kediaman serta tempat kerja anda masih berada dalam liputan rangkaiannya.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com
Artikel Berkaitan
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Paling Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x