Yeah, you read it right. Sesapa yang single tu bolehlah scroll laju-laju ke bawah ya.
Tuned merupakan aplikasi dari pasukan New Product Experiments (NPE) di Facebook. Sama ada produk dihasilkan itu terbaik, atau berguna untuk anda, itu cerita kedua.
Tuned dicipta khusus untuk pasangan-pasangan yang sedang mabuk di alam percintaan. Aplikasi ini menjadi satu ruang peribadi untuk mengeratkan hubungan dengan beberapa ciri ditala kepada pasangan yang bercinta.
Antara ciri dimaksudkan ialah seperti kata-kata dorongan, perkongsian kalendar/tarikh, nota cinta, kemas kini status, berkongsi mood semasa, lagu, foto, pelekat, dan GIF.
Di kalendar, anda boleh tetapkan tarikh-tarikh penting, seperti ulang tahun tertentu agar tidak lagi dilupakan seperti tahun-tahun sebelumnya (lelaki biasanya gini kan). Di tarikh tersebut juga boleh diletakkan gambar-gambar berkaitan, dan akan diingatkan mengenainya dari semasa ke semasa.
Buat sementara waktu ini, aplikasi Tuned hanya terdapat di Apple App Store: Klik Di Sini
Manakala di Google Play Store pula, URL aplikasi masih wujud, tetapi aplikasinya sudah ghaib. Mungkin pihak Tuned merasakan masih belum sesuai untuk melepaskan aplikasi ini kepada pengguna Android. Entah.
Kalau nak bookmark dan simpan harapan, bolehlah buka pautan ini: Klik Di Sini