Baru-baru ini saya telah cuba dua lagi permainan TD, dan salah satunya ialah Tower Dwellers. Satu lagi biar saya tulis dan sebutkan dalam artikel yang berasingan.
Pada asalnya saya tidak yakin yang permainan ini boleh buat saya duduk berjam-jam bermain dengannya. Ini adalah kerana saya telah pun ‘melekat’ dengan Kingdom Rush Origins sebelum ini, dan berharap jika ada permainan lain yang menggantikan ia, eloklah jika ia lebih baik.
Perkara ini boleh dikatakan benar pada Tower Dwellers. Cuma pada saya ianya agak susah sedikit, walaupun dimainkan pada mode ‘Easy’. Ia tidak seperti Tower Defense yang lainnya, kerana ia agak mirip dengan Kingdom Rush, cuma bezanya adalah dari segi jalan cerita dan watak.
Jika Kingdom Rush memerlukan pemain untuk membina ‘tower’ yang ‘berbentuk’ pemanah, tukang sihir, mahupun askar pertahanan, Tower Dwellers pula bermula dengan watak ‘Farmer’, dan kemudian dinaik taraf kemahirannya berbeza-beza mengikut kepada bangunan sokongan yang anda pilih.
Berikut saya muat naik beberapa paparan skrin permainan Tower Dwellers ini:
Ya, ia memang menarik dan berbaloi sekali untuk dibeli seterusnya dimainkan. Tapi ingin saya ingatkan ianya tidak semudah yang anda sangkakan, walaupun grafiknya tampak seperti ‘kartun biasa’ saja. Paling penting sekali, ia tidak mengandungi sebarang In-App Purchases, dan bermakna anda bergantung sepenuhnya kepada kemahiran anda dalam permainan ini.
Ia berharga RM11.64 dan boleh dibeli secara terus melalui Google Play Store pada pautan di bawah: