Ada sebab mengapa WhatsApp masih menduduki carta nombor satu sebagai medium komunikasi pada peranti mudah alih. Meskipun buat sesetengah ‘so called power users‘ lebih menggemari Telegram, namun kekuatan ciri-cirinya masih belum mampu menambat hati kesemua pengguna telefon pintar.
WhatsApp mempunyai ciri ‘asas’ yang mencukupi bagi sebuah ‘alat’ untuk komunikasi. Namun tahukah anda, kita masih boleh memaksimakan ciri WhatsApp sedia ada kepada beberapa trik menarik? Jom kita lihat apa yang boleh kita buat dengan WhatsApp.
Tips Dan Trik Menarik WhatsApp
1. Memaksimakan Penggunaan WhatsApp Web
WhatsApp web sepertimana yang kita tahu memudahkan penggunaan WhatsApp pada komputer. Ia menyelaraskan perbualan di WhatsApp kepada versi web di pelayar web.
Tapi dengan adanya versi web ini, ia bererti anda tak perlukan lagi aplikasi atau extension seperti Pushbullet. Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Anda simpan (save) nombor anda sendiri terlebih dahulu.
Kemudian, ‘pm’ nombor anda sendiri. Hantarkan apa sahaja (mengikut limitasi semestinya) dari video, lokasi, gambar, dan lain-lain lagi. Mudah bukan?
Boleh juga anda hantarkan kepada diri sendiri dari telefon kepada komputer, contohnya hantar video, jadi anda boleh mainkan video tersebut di PC. Lebih ‘convenient‘.
2. Penanda Buku (Bookmark)
Terkadang ada mesej yang lebih penting perlu diingati, namun disebabkan terlalu banyak mesej masuk serentak, kita terlupa dan terlepas mesej penting tersebut. Satu cara untuk mengelakkan dari terlepas ialah dengan menandakannya.
Caranya juga mudah, tekan sahaja pada ‘Star Message’. Selepas itu, melalui menu utama, anda boleh carinya semula di ‘Starred messages’ (Android) atau ‘Starred’ (PC).
3. DirectChat
Dengan aplikasi DirectChat, anda boleh tambahkan ciri kepada mana-mana aplikasi permesejan supaya mempunyai ‘chathead’ seperti Facebook Messenger.
Muat turun ia di sini: DirectChat (ChatHeads for All)
4. Hantar Gambar Tanpa Pemadatan
Anda ada dua pilihan, sama ada gunakan aplikasi SendAnyFile (baca artikel tu), atau boleh sahaja melalui pilihan lampiran ‘Documents’.
Cara ini juga sebenarnya membolehkan anda menghantar fail-fail lain dari format pdf, hinggalah kepada apk.
5. Membuat Pintasan
Kita pasti mempunyai kawan baik dan/atau isteri serta kumpulan (group) yang lebih kerap dihubungi berbanding dengan yang lain. Jadi, adalah lebih mudah jika kita letakkan pintasan (shortcut) pada desktop di launcher.
Caranya, tekan pada nama orang atau kumpulan yang kita ingin buat pintasan selama beberapa saat, akan muncul menu tiga titik bertindih. Tekan pada menu tersebut dan pilih ‘Add chat shortcut’.
Iklan Google