Kemudian, apabila sudah ada idea untuk menonton, agak malang apabila filem tersebut tidak dapat ditonton dek kerana senarai katalog yang tidak sama untuk negara yang berbeza. Apabila saya telah mempunyai hasrat untuk menonton sesuatu, saya akan cuba cari maklumat mengenainya di laman web FlixSearch.
Sebagai contoh, saya ingin menonton filem The Raid, maka carian dilakukan di FlixSearch. Laman ini akan memaparkan kesemua maklumat terperinci mengenai filem tersebut, dan paling penting sekali negara apakah yang ada dalam katalog.
Selepas mengetahui negaranya, saya menggunakan VyprVPN untuk mengubah alamat IP kepada negara tersebut. Apabila telah berjaya, saya klik pada perkataan ‘NETFLIX’ dan wal-lah! Filem The Raid sudah boleh ditonton dengan jayanya!
Begitulah serba-sedikit tips yang dapat saya kongsikan pada hari ini. Amat menyeronokkan sebenarnya kalau kita dapat menonton apa sahaja yang kita mahu jika kita tahu caranya.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini, hujung minggu akan menjadi bermakna buat anda. Jangan lupa kongsikan tips dan tutorial ini kepada orang lain dan sama-sama kita berkongsi manfaatnya.
Kipidap dondebab!