Thursday, 25 September 2025
UtamaTips Dan TutorialTiba-Tiba Tak Boleh Taip Di Google Chrome? Ini Jalan Penyelesaiannya

Tiba-Tiba Tak Boleh Taip Di Google Chrome? Ini Jalan Penyelesaiannya

Views: 0

Google Chrome sememangnya pelayar web yang amat mengagumkan. Tidak kerana kepantasannya semata-mata, tetapi juga dek kerana ia salah satu dari ‘anak emas’ Google, maka boleh kata pelbagai kemudahan dari Google dimuatkan ke dalamnya.Tetapi terkadang apabila dah banyak ciri, banyak jugalah ‘kekacauan’ yang ada padanya. Salah satu bugs terbaru yang boleh dikatakan agak merunsingkan ialah apabila tiba-tiba pengguna tidak dapat menaip pada mana-mana tempat di Google Chrome.

Namun jangan bimbang, ia adalah masalah kecil yang dapat diselesaikan dengan mudah kalau tahu caranya. Anda hanya perlukan satu extension yang dipanggil sebagai Click&Clean. Anda cuma perlu pasangkan ia, dan kemudian klik pada ikon Click&Clean yang terdapat di atas Google Chrome tersebut. Anda boleh tweak tetapan extension ini mengikut kepada apa yang anda suka. Berikut adalah contoh paparan skrin Click&Clean:

Tweak ikut suka anda. Kalau saya, saya biarkan semua kotak ditanda kecuali ‘Delete cookies’.

 

Selepas itu, klik pada ‘Clear Private Data’.

 

Siap!

 

Yeahhh, dah boleh menaip!

Buat sementara waktu, ini saja cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah anda selain mengemaskini versi pelayar web kepada versi paling baru. Oh ya, jangan lupa share dan Tweet post ini ya! Terima kasih semua!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com
Artikel Berkaitan
- Advertisment -

Paling Popular