Tiada Android 11 Untuk Nokia 9 Pureview, HMD Minta Anda Beli Nokia Yang
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Tiada Android 11 Untuk Nokia 9 Pureview, HMD Minta Anda Beli Nokia...

Tiada Android 11 Untuk Nokia 9 Pureview, HMD Minta Anda Beli Nokia Yang Baru

0
Mobile Ads

Nokia 9 adalah produk daripada HMD yang paling hampir dengan peranti mercu mereka. Setelah sekian lama ketinggalan dalam perlumbaan Android, Nokia akhirnya dihidupkan semula ke dalam dunia telefon pintar oleh HMD dengan beberapa model Nokia Android bajet.

Nokia 9 Pureview juga ada peminat mereka yang tersendiri. Terutama sekali bagi mereka yang masih lagi menanti hari kebangkitan sistem Nokia Pureview ke dalam perlumbaan kamera telefon pintar.

Terkini, eksekutif daripada HMD Global mengesahkan bahawa Nokia 9 Pureview tidak akan menerima kemaskini Android 11. Ini bermakna, Nokia 9 Pureview akan berada pada Android 10 selama-lamanya.

Namun begitu, ia bukanlah kesalahan HMD semata-mata. Nokia 9 Pureview mempunyai sistem kamera penta yang unik dan menurut HMD, kos dan masa yang diperlukan untuk menyeleraskan sistem kamera tersebut dengan Android 11 terlalu tinggi dan tidak berbaloi untuk dilakukan. Tambahan  pula, syarikat yang terlibat dalam pembuatan sistem kamera tersebut tidak lagi terlibat dalam pembuatan telefon pintar.

Untuk meredakan kemarahan peminat, HMD Global menawarkan diskaun sebanyak 50% kepada pemilik Nokia 9 Pureview untuk membeli Nokia XR20 yang baru. Nokia 9 dan Nokia XR20 adalah peranti yang sangat berbeza dan tidak dapat dipastikan sama ada peminat Nokia 9 akan turut menyukai Nokia XR20 sebagai peranti naik taraf mereka.

Apa pun, apa jaminan HMD Global masalah sama tidak akan terjadi kepada kemaskini Android Nokia XR20 kelak?

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version