Tetapan Compiz Pada Ubuntu 11.10

Ubuntu 11.10 – Jika anda lihat pada waktu ia mula-mula selesai dipasangkan, memang nampak agak ‘hodoh’. Tetapi setelah anda mengubah tema, contohnya memasang ikon dan Tema Mac OS X, kemudian mengecilkan pula Bar Unity, wal-lah! Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot tampak anggun sekali.

Baiklah, untuk entri kali ini Mr.Hac ingin memberitahu bagaimana kita boleh melakukan beberapa kesan visual yang menarik pada Ubuntu 11.10 dengan menggunakan Compiz. Contohnya anda boleh tonton pada video di bawah:

Menarik? Mahu cuba?

1. Sila pasangkan Compiz Plugin Extra:

Iklan Google

sudo apt-get install compiz-plugins-extra compiz-fusion-plugins-extra

Atau ikut kaedah pemasangan di sini: Menghidupkan 3D Desktop Cube Pada Ubuntu 11.10

Iklan Google

2. Buka CompizConfig Settings Manager (CCSM) > Animations > Tweak tetapan animasi di sini mengikut kemahuan anda! Contoh boleh lihat di bawah:

Satu lagi, jangan lupa untuk tandakan pada kotak Animations Add-On untuk membolehkan anda bermain dengan kesan visual tambahan yang lain!

Mahukan Wobbly Windows?

1. Buka CCSM > Effects > Tandakan pada kotak Wobbly Windows

2. Klik pada Wobbly Windows > Map Effect > Shiver

Tukarkan juga > Focus Effect > Shiver

Iklan Google

Selesai! Semua tetapan kesan visual ada dalam CCSM dan Animations Plugin! Selamat mencuba!

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img