Saturday, 27 September 2025
UtamaBeritaTerlalu Rajin Bersihkan Rumah akan Merosakkan Paru-Paru!

Terlalu Rajin Bersihkan Rumah akan Merosakkan Paru-Paru!

Views: 1

Orang Yang Selalu Bersihkan Rumah akan Alami Kerosakan Paru-Paru Sama Seperti Perokok Tegar 20 Tahun!

Satu kajian mengejutkan mendedahkan bahawa individu yang sangat rajin membersihkan rumah sebenarnya merosakkan badan mereka sendiri tanpa disedari. Kajian oleh University of Bergen itu telah diterbitkan dalam American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine.

Seramai lebih daripada 6,000 orang wanita Norway berusia sekitar 34 telah menyertai kajian ini dan diikuti perkembangan kesihatan paru-paru mereka selama 20 tahun lamanya sehingga usia mereka mencecah 50-an. Mereka yang selalu membersihkan rumah mereka dengan produk pencuci mengalami kemerosotan kesihatan paru-paru sama seperti perokok tegar dalam tempoh 20 tahun yang sama.

University of Bergen

Puncanya?

Bahan kimia dalam cairan pencuci yang mengeluarkan wap dan bau merbahaya. Wap ini menyebabkan iritasi kronik kepada salur pernafasan yang kemudiannya menyebabkan masalah pernafasan jangka panjang.

Kajian menggunakan metrik kesihatan paru-paru seperti ‘forced expiratory volume’ (FEV1) dan ‘forced vital capacity’ (FVC) yang lebih teruk terjejas di kalangan mereka yang kerap mencuci rumah berbanding mereka yang tidak mencuci rumah mereka. Golongan wanita juga dilihat lebih tinggi kadar penghidap asma. Walau bagaimanapun, golongan lelaki yang rajin mencuci rumah juga dilihat mempunyai kadar risiko yang sama.

Penyelidik mencadangkan agar kita semua tidak menggunakan bahan pencuci ketika mencuci rumah. Sebaliknya, pilih pilihan lain seperti menggunakan air dan kain mikrofiber sahaja bagi mengelakkan terdedah dan terhidu bahan kimia dalam bahan pencuci.

Penyelidik juga menggesa peraturan yang kawalan yang lebih ketat untuk bahan pencuci rumah bagi mengurangkan risiko kesihatan kepada para pengguna. Bahan kimia yang berbahaya sepatutnya tidak diluluskan untuk kegunaan domestik atau setidaknya perlu dilabel dengan tanda amaran.

Macam mana? Nampaknya memiliki rumah yang tidak berkilat mungkin tidaklah seburuk yang disangkakan. Mungkin lepas ini kita akan lebih yakin dan ada alasan kukuh kenapa lantai rumah dan bilik air kusam bila tetamu datang.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttps://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com
Artikel Berkaitan
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Paling Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x