Sebenarnya untuk para pengguna Arch yang sudah cekap, entri ini tidak perlu lagi dibaca. Tapi oleh kerana saya yakin ramai lagi pembaca OMG! Hackers? yang baru hendak berjinak-jinak dengan Arch Linux, maka saya perlu juga nukilkan sedikit, kongsikan apa yang patut untuk pengetahuan bersama agar tidak lupa di kemudian hari. Buat mereka yang baru mencuba Arch, tidak mudah untuk melakukan sesuatu perkara meskipun ia mudah. Atas sebab itu biar ada perkara mudah sekalipun saya tetap akan kongsikan di sini.
Buat mereka yang masih belum pasangkan Ncmpcpp + MPD, anda boleh rujuk entri sebelumnya di sini : Memasang dan Memainkan Muzik Pada MPD + Ncmpcpp
Menurut ArchWiki, untuk menghidupkan visualization pada Ncmpcpp, apa yang perlu dilakukan ialah:
1. Gunakan mana-mana text editor yang anda suka, tak kiralah gedit, pluma, nano, vi atau apa juga asal kerjanya selesai. Buka fail .mpdconf yang telah anda buat pada entri INI. Saya gunakan nano sebagai contoh:
sudo nano ~/.mpdconf
Kemudian, tambahkan baris berikut (tak kisah pasa akhir baris atau di mana yang anda suka):
audio_output {
type “fifo”
name “my_fifo” <— Ikut suka anda
path “/tmp/mpd.fifo”
}
2. Seterusnya buka fail .ncmpcpp/config.
sudo nano ~/.ncmpcpp/config
Tambahkan baris berikut:
visualizer_fifo_path = “/tmp/mpd.fifo”
visualizer_output_name = “my_fifo” <— Ikut seperti tetapan .mpdconf
visualizer_sync_interval = “1”
#visualizer_type = “wave” (spectrum/wave)
visualizer_type = “spectrum” (spectrum/wave)
3. Kalau anda cuma mainkan lagu dan tekan 9 untuk melihat visualization, tampaknya ia kelihatan kosong. Kerana apa? Kerana mungkin ArchWiki lupa untuk menyatakan anda juga perlu menambah/uncomment baris ini untuk menghidupkan ia:
visualizer_look = “+|”
Anda boleh ubah suai paparan ikut kesesuaian atau senang cerita ikut suka hati andalah! Contohnya saya ubah ia kepada:
visualizer_look = “==”
Untuk tetapan-tetapan lain, anda boleh teroka atau cuba sendiri.
Contoh visualization yang saya gunakan:
Antara tetapan tambahan yang saya gunakan ialah:
display_bitrate = “yes”
dan
visualizer_in_stereo = “yes”