Apakah ini suatu pemangkin perubahan yang selama ini kita nantikan? Apakah ini satu petanda kita akan mendapat pelan data tanpa had yang sebenar?
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SKMM, beberapa tindakan yang patut telah pun diambil bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna.
SKMM telah mengeluarkan notis arahan terhadap empat telco iaitu Celcom, Maxis, Tune Talk, dan Webe, atas ketidakpatuhan syarikat berkenaan kepada peruntukan berkaitan pengiklanan. Notis tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Dalam masa yang sama, keempat-empat telco itu diarahkan untuk membuat tindakan pembetulan ke atas promosi mereka yang mengelirukan.
SKMM juga turut melaksanakan tindakan pemantauan terhadap promosi atau iklan yang ditawarkan oleh semua telco agar maklumat berkaitan promosi adalah jelas, mudah difahami dan tidak mengelirukan.
Namun, hasil pemantauan menunjukkan bahawa masih terdapat telco yang membuat promosi mengelirukan dan tidak menyatakan secara jelas terma dan syarat bagi perkhidmatan yang ditawarkan termasuk mengenai Fair Usage Policy (FUP).
Mana-mana telco yang ingkar boleh didenda di bawah Seksyen 242 AKM 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau dua (2) tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Ya, benar seperti yang dijelaskan oleh SKMM, bahawa FUP adalah pendekatan untuk memberi pengalaman setara untuk semua pengguna dan membendung penggunaan keterlaluan yang akan menjejas pengalaman pengguna amnya.
Tetapi telco di Malaysia ini sering menyalahgunakan terma berkenaan untuk mengelirukan pengguna sekaligus mengaut keuntungan dari langganan pengguna yang terpedaya dengan ‘janji‘ data tanpa had.
Data mungkin diberikan ‘tanpa had‘, tetapi disertakan bersama kelajuan 64kbps selepas habis 5GB penggunaan (contoh). 64kbps nak buat apa? Hantar gambar di WhatsApp pun hampir berdarah air mata.
I’m looking at you, Maxis. ‘Unlimited’ 300GB.
Hotlink, ‘unlimited’ 50GB.
redONE, ‘unlimited’ 100GB.
TuneTalk, ‘unlimited’ 100GB.
ONEXOX, ‘unlimited’ 500MB (patuh syariah).
Digi, ‘unlimited’ 1TB (ok lah, banyak juga data tu berbanding yang lain).
Ada lagi telco penipu? Abam pun dah tak ingat sebab dah bertahun menulis pasal benda ni. Korang pulak tambah dekat komen.