Syukur tak terhingga dirafakkan kepada Allah S.W.T kerana kita tiba jua di penghujung Ramadhan. Bagi mukmin sejati, ini adalah waktu yang paling sedih, pabila tak pasti lagi akan bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan. Namun, apapun jua kita perlu tempuh. Sudah masuk tahun kedua Mr.Hac mengucapkan Salam Idulfitri ini kepada anda semua.
Cuba lihat gambar di bawah, sumber dari FB Majalah Seni Beladiri, oleh Guru Azlan Ghanie:
Jangan lupakan blog ini biar hari raya, hari guru, hari bapa, malah hari-hari pun jangan lupa! Kerana anda blog ini masih belum ‘bungkus’, kerana anda kami masih menyusun jari-jemari di atas keyboard. Heh, lebih-lebih pula..
Mungkin Mr.Hac tidak akan terbitkan entri esok kerana akan pulang berhari raya di kampung, jadi entri ini menyusul lebih awal, sebab tak kan pagi raya pun nak buka blog OMG! Hackers? lagi kan?
Eh, dah nak raya ni, duk depan PC apa ke-jadah-nya?
Jom cari lemang! Cari rendang! Cari jodoh! Hoi, nak cari gaduh? (dengan bini).
Ollleeeyyy! Selamat Hari Raya, Maaf Tenaga Zahir dan Tenaga Batin! Tenaga Nasional! Berhad! (sudah..sudah..entri ini tamat di sini ya..).