Seperti biasa, pencarian servis terbaik diteruskan. Bulan ini saya rasa seperti patut mencuba sesuatu yang baru, disebabkan BolehVPN nampaknya seakan tiada persaingan. Ketika sebelum artikel ini ditulis pun saya masih merasakan ia nombor satu di hati ini.
Namun setelah puas membaca reviu dari komen-komen di blog TorrentFreak, saya tergerak hati untuk mencuba TorGuard. Ternyata keputusan pada pemilihan ini amat tepat sekali dan berbaloi.
Jadi apa yang boleh saya katakan tentang TorGuard? Hanya perkataan ini sahaja mampu menggambarkan, iaitu saya terus jatuh cinta suka padanya dalam sekelip mata. Kenapa? Ini adalah antara sebab-sebabnya.
Kelajuan
Sebenarnya, bab kelajuan memang dah jadi prioriti nombor satu jika ingin melanggan mana-mana servis VPN. Namun, TorGuard tidak menghampakan dan buktinya, kelajuan penuh saya peroleh sewaktu menggunakannya.
Sistem Sokongan
Tidak dapat saya gambarkan betapa bagusnya khidmat sokongan dari TorGuard. Sewaktu membuka laman webnya, dengan serta-merta pengguna/bakal pengguna akan disambut dengan live chat. Ianya adalah dari ‘orang yang sebenar’, bukan bot chat atau AI.
Tidak lupa juga khidmat pembukaan tiket (isu berbangkit) melalui dashboard dan notifikasi kepada emel adalah amat-amat pantas sekali. Tidak perlu tunggu masa yang sangat lama untuk mendapatkan jawapan balas dari mereka.
Untuk sokongan saya boleh bagi 5/5 bintang.
Apa yang ingin saya sentuh adalah tentang protokol/cipher yang mereka gelar sebagai ‘Stealth‘. Mode Stealth ini adalah satu bentuk Anti-DPI seakan Raatile yang terdapat pada TheLan VPN, Chameleon Mode yang terdapat pada VyprVPN, dan Cloak (xCloakRouted) yang terdapat pada BolehVPN.
Dengan cipher Stealth ini, menurut TorGuard ia dapat melepasi sekatan firewall/perisian sekatan yang paling ‘berat’ sekalipun seperti yang diaplikasikan di negeri China (The Great Firewall of China).
Mereka juga dikatakan mempunyai sebanyak 1250 pelayan di 42 buah negara dengan lokasi di seluruh dunia, dan dijalankan oleh mereka sendiri tanpa pihak ketiga!
Kaedah Pembayaran
Menurut TorGuard lagi, mereka menyokong sebanyak 200 jenis kaedah pembayaran. Itu adalah suatu jumlah yang teramat banyak, dan saya pula gemarkan pembayaran melalui PayPal yang lebih cepat dan terjamin.
Untuk sebulan, bayaran yang dibuat hanyalah $4.99USD atau RM23.20, dengan menggunakan kod promosi – TGLifetime50 sewaktu checkout.
Penutup
Saya amat-amat mengesyorkan TorGuard kepada anda semua. Selain kelajuannya yang sangat memuaskan hati, Stealth mode yang boleh diharap, serta sokongan yang pantas dan jitu, TorGuard juga memberikan kepada anda kebebasan untuk mencuba mana-mana cipher yang sesuai dengan rangkaian.
Berikut ini adalah contoh dari aplikasi Android TorGuard.
Stail bukan?
Selain iu, anda juga diberikan tempoh selama 7 hari untuk mencubanya. Jika anda tidak berpuas hati dengan servis, anda boleh terminate dan bayaran yang telah dibuat akan dipulangkan semula kepada anda.
Baiklah, jika anda berminat untuk mencuba, silalah gunakan pautan di bawah ini untuk mendaftar ya.
Klik untuk daftar >>> TorGuard
**Pssttt, jangan lupa klik butang di bawah untuk kongsikan artikel ini dengan rakan ya.