Review SonicGear SonicBar 5300BT: Lebih Kecil, Kekal Bertenaga. RM299?!

Saya sudah cuba selama seminggu dan gantikan SoundBar asal saya iaitu SonicBar BT6500. Pandangan pertama saya, “Power jugak!”. SonicBar 5300BT hadir dalam pakej yang lebih kecil berbanding BT6500 dengan rekaan yang lebih moden. Ia kini hadir dalam satu kotak sahaja lengkap 1 set bersama-sama dengan subwoofer. Dengan tanda harga RM299 sahaja, sememangnya anda tidak boleh mengenepikan model ini dalam radar anda sekiranya anda mahu mencari soundbar yang baru.

Apa Yang Best?

Design yang menarik. Saiznya yang kecil jadikannya sesuai untuk digunakan di TV atau PC anda. Berbanding dengan BT6500, saiznya dua kali ganda lebih kecil. Soundbar direka dengan lebih pendek tetapi lebar ke depan. Subwoofer juga ketara lebih kecil. Kemasan krom di sisi buatkan ia nampak lebih garang dan moden. Ia masih lagi ada lubang skru sekiranya anda ingin menggantungnya di dinding.

Dari segi bunyi, soundbar kedengaran lebih kuat dengan lebih bass. Mungkin kerana perubahan rekabentuk dan lubang angin di belakangnya. Kadangkala saya tidak perasan terlupa memasang suis subwoofer kerana bunyi dari soundbar sudah cukup kuat dengan bass yang memadai untuk kegunaan harian menonton TV.

5300BT juga sudah dikemaskini dengan firmware baru dari SonicGear. Ia kini boleh mengesan input dengan automatik. Dengan BT6500, setiap kali saya pasang soundbar saya perlu set input kepada AUX kerana ia akan berada dalam mode Bluetooth secara default. Dengan 5300BT, ia akan mengesan ada input dari bicu 3.5mm dan terus bertukar kepada mode AUX.

Iklan Google
Iklan Google

Kawalan EQ juga diperbaharui. Pada remotenya kini butang preset lebih jelas. Anda boleh memilih sama ada inginkan bunyi untuk TV, Music atau Movie. Tambahan lagi, anda juga boleh mengubah sendiri kekuatan Treble dan Bass yang anda inginkan. Kalau saya, kawalan begini lebih mudah dan lebih senang untuk mencari bunyi yang diingini.

Apa Yang Tak Best?

Kerana subwoofer kini lebih nipis, ia kurang berkuasa berbanding abangnya. Lubang bass kini dihalakan ke depan namun kerana kotaknya yang lebih kecil, bass agak lemah dengan abangnya. Mungkin pada kali ini, SonicGear hanya meletakkan subwoofer sebagai peneman kepada SoundBar ini kerana soundbarnya sahaja sudahpun ada julat bass dan mid yang agak bagus.

5300BT kini tidak lagi boleh berfungsi sebagai radio. Jadi, pada bulan Ramadhan kelak, anda tidak boleh gunakan sistem pembesar suara TV anda sebagai radio. Jika anda gunakan radio pada TV, tiada masalah. Tapi jika anda mahu mendengar stesen radio FM, 5300BT tiada kemampuan itu.

Rumusan Saya

Kesimpulannya, 5300BT adalah kemaskini kepada abangnya BT6500 dengan sedikit perubahan. Dari segi rekabentuk dan kejelasan suara soundbar, ia ada peningkatan ketara. Saiznya yang lebih kecil jadikan ia sesuai digunakan bersama PC di atas meja anda. Walaubagaimanapun, pengecilan subwoofer mungkin tidak digemari sesetengah pendengar yang gilakan bass.

Beli di gedung rasmi SonicGear

5300BT hanya berharga RM299 untuk 1 set!

Shopee: https://shope.ee/8UbqEkZA1R

Lazada: https://s.lazada.com.my/s.UlHFu?cc

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img