Pro Dan Kontra Ultrasurf

Salam semua..untuk entry ini, Hac ingin berkongsi maklumat sedikit sebanyak tentang perisian yang selalu Hac gunakan untuk bypass firewall & websense..tak lupa juga Hac selalu gunakan untuk melindungi sambungan internet dan melayari laman web secara anonymous..apakah nama perisian tersebut? ya..bagi yang dah kerap mengunjungi blog ini, rasanya mereka pasti tahu, bahawa perisian yang Hac maksudkan ialah Ultrasurf..

Sekarang (9/6/2011) Ultrasurf dah masuk versi 10.13..masih tiada apa yang baharu..paparan antaramuka, fungsi, pilihan (options) semuanya masih sama..yang berubah hanyalah proksi yang sedia ada..kelajuan masih kekal seperti dahulu, amat memuaskan hati..cuma setelah lama Hac MENGKAJI dan menganalisis ‘tabiat’ Ultrasurf, maka Hac ingin merumuskan beberapa Pro dan Kontra Ultrasurf..

PRO:

1. Percuma. (ini yang paling penting!)
2. Menyembunyikan alamat IP dengan berkesan sekali.
3. Paparan antaramuka yang sederhana, mudah digunakan walaupun untuk golongan pemula..klik dan terus boleh digunakan..
4. Boleh digunakan bersama aplikasi atau perisian yang lain, contohnya IDM..cuma set-kan tetapan localhost kepada 127.0.0.1 dan port 9666..
5. Terdapat add-on untuk para pengguna Firefox..
6. Menyertakan fungsi memadam history dan cookies setelah IE ditutup.
7. Tidak dapat dikesan oleh mana-mana firewall, websense, atau apa juga jenis sekatan internet.

Iklan Google

KONTRA:

1. Proksi hanya datang dari US, ia tidak boleh ditukar! (lokasi negara dan proksi tetap)
2. Hanya terdapat dalam paparan Bahasa Inggeris sahaja.
3. Kebanyakan antivirus melabel/mengklasifikasikannya sebagai malware..mengapa?? nanti Hac akan berikan jawapan..

PERHATIAN:

Iklan Google

Untuk melayari laman web secara anonymous, anda boleh menggunakan Ultrasurf..untuk bypass (melepasi) sekatan firewall, websense, ya..ia juga boleh digunakan..nak download?? lagi la boleh sebab sambungan internet tetap laju seperti biasa!
TETAPI, jangan sesekali menggunakannya untuk membuka laman yang menggunakan protokol keselamatan seperti e-mel, akaun bank, dan sebagainya KERANA…

Sila lihat laporan dari Wilder Security Forum:

Klik —> Ultrasurf is Malware

Klik —> Ultrasurf is Malware

Klik —> Ultrasurf Audit

Iklan Google

Ok..dah puas hati dengan penerangan Hac? sebenarnya Hac masih belum puas menulis mengenai Ultrasurf dan kaedah terbaik melayari laman web secara anonymous..cuma jari ni dah sakit la..keyboard keras sangat..ada sesiapa nak tolong Hac jadi penulis sambilan di sini?
heheheh..

P/S: Kalau nak juga melayari laman web secara anonymous, tetapi SELAMAT, sila gunakan servis VPN..kalau berbayar lagi bagus! atau boleh juga menggunakan kaedah SSH Tunneling..2 kaedah ini memang terbaik untuk mengenkripsi data dan sambungan internet serta melindungi privasi anda dari diceroboh oleh pihak yang tidak sepatutnya!

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img