Sejak sekian lama saya menggunakan Neutron Music Player, sebab pada saya masih belum ada pemain muzik untuk Android yang benar-benar dapat menandinginya dari segi kualiti bunyi. Para audiophile pasti akan setuju apabila mereka mencubanya. Meskipun harganya sedikit mahal, tetapi apabila telah mengujinya melalui versi percuma, mereka tidak akan teragak lagi untuk membelinya. Cuma kalau ada satu ciri yang saya tidak beberapa suka pada Neutron ialah paparan antaramukanya.
Ada sesetengah orang berkata zaman mp3 sudah ‘habis’, kini tiba zaman penstriman muzik melalui Spotify. Namun pada saya, saya lebih gemar mendengar muzik secara offline, tambah pula dengan format FLAC, ianya memberikan lebih kepuasan yang tidak akan didapati melalui Spotify. Pemain muzik seperti PowerAmp akan memberikan lebih pilihan kuasa kepada penggunanya untuk mengubahsuai audio yang dihasilkan melalui equalizer terbina dalaman dan beberapa tetapan lain.
Kali ini PowerAmp sedang giat membangunkan versi 3.0, iaitu sebuah versi yang akan menggunakan enjin audio serta paparan antaramuka pengguna versi baru. Oleh itu mereka telah melepaskan versi alpha (build 700) untuk para penggunanya menguji cuba aplikasi tersebut bagi tujuan laporan bugs untuk penambahbaikan. Berikut saya senaraikan antara beberapa perubahan dalam versi alpha (ujian awal) ini:
– new audio engine
– Poweramp now uses 32-bit float sample representation
– Poweramp core DSP now uses 64-bit float internal math, helps a lot for accurate high amplification of basses
– Reverb with presets, improved StereoX effects
– Tempo control
– mp3, aac, ogg vorbis, opus and other lossy formats now decoded directly to 32-bit float representaion (no intermediate conversions)
– opus, tak, mka, dsf, dff formats support
– Poweramp now always properly fades in/out and ramps volume changes to avoid clicks and pops during any transitions (resume/pause/seek/etc.)
– Poweramp now applies gapless smoothing between gapless tracks
– Poweramp now always uses own resampler
– optional SoX very high quality resampler
– output Dithering options
– OpenSL optimized output
– support for 3rd party plugins (DSP/Decoder/Output)
– visualizations
– full support for milkdrop presets
– v1 and v2 (with shaders) presets supported. Support for v2 presets is best on OpenGL ES 3.0 enabled devices
– milkdrop presets can be loaded from sdcard and downloaded as APKs from Play
– support for 3rd party preset APKs
– spectrum visualizations
– main player right drawer for fast Equ/DSP/Visualizations access
– many other changes, more changes are planned
Dapat dilihat pada versi alpha ini, para pembangun sibuk memperbaiki paparan antaramuka, visualizer, dan paling penting sekali enjin audionya yang diperbaharui. Saya agak sedikit terperanjat kerana kali ini PowerAmp tidak lagi serasi (compatible) dengan Viper4Android (V4A). Pemacu (driver) V4A itu tidak berfungsi apabila lagu-lagu dimainkan pada PowerAmp, barangkali mungkin kerana enjin audio yang baru diimplementasikan tersebut. Namun, saya berani jamin, kualiti bunyi yang dihasilkan adalah amat baik sekali! Malah boleh dikatakan setanding dengan Neutron atau jetAudio meskipun tanpa bantuan peningkatan (enhancement) kualiti bunyi dari V4A.
Berikut saya pamerkan beberapa paparan skrin aplikasi PowerAmp versi alpha ini:
Muat turun : Poweramp alpha-build-700