Pixel 6: Yeay, or Nay?

Google gagal memperluas jajahan takluk bahagian telefon pintar mereka apabila Pixel hanya dibeli oleh golongan ‘tech nerds‘ sahaja. Mereka juga gagal dari segi reka bentuk dan pemilihan perkakasan, meskipun dari segi perisian, mereka sudah jauh ke hadapan.
Pemilihan perkakasan dan reka bentuk yang menarik haruslah seimbang bersama perisian, barulah peminat akan mula bertandang.

Iklan Google

Pixel 6 menjanjikan satu era baru untuk Google, apabila ia dikatakan akan hadir bersama pemproses yang dibangunkan sendiri oleh Google, dengan kod nama ‘Whitechapel‘. Tiada lagi pemproses Qualcomm menemani Pixel, dan ini menjadikan Pixel dirasakan lebih istimewa berbanding sebelumnya.

Berdasarkan kepada gambar bocor yang dimuat naik oleh Ars Technica dengan bersumberkan YouTuber Jon Prosser (jika ia benar), Pixel 6 bakal mendapat sentuhan reka bentuk baharu.

Mungkin reka bentuk kali ini juga masih lagi tidak akan dapat menarik minat semua pihak, dan semua golongan umur. Di bahagian kamera belakangnya, terdapat bentuk ‘bonggol’ yang memanjang dan melintang.

Iklan Google

Berkenaan pemproses Whitechapel, Google bekerjasama dengan Samsung bagi menghasilkan SoC khusus untuk Pixel. Tidak dapat dipastikan sama ada pemproses ini berkemampuan seperti pemproses mercu atau pertengahan. Begitu pun, hal ini suatu perkara yang baik kerana Google dapat mengawal perihal kernel serta kemas kini firmware peranti dengan lebih rapi.

Apa yang kelakar, walaupun Google sering menafi bahawa mereka tidak mengikut jejak langkah Apple, terbukti varian Pixel kali ini masih mengekori dengan rapat apabila Prosser mengatakan dua versinya dinamakan sebagai ‘Pixel 6‘ dan ‘Pixel 6 Pro‘.

Kita hanya perlu menanti sama ada Google ingin mengeluarkan varian ‘Pixel 6 Pro Max Plus Badum Badum Tas‘ sahaja.

Sumber: Ars Technica

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img