Sudahkah anda selesai memasang Arch Linux pada PC anda? Apakah persekitaran desktop pilihan anda? Saya sudah pun selesai pasang dan telah memilih persekitaran desktop Mate, seperti yang dapat anda lihat pada gambar-gambar di bawah:
Perkara Perlu Dilakukan Selepas Selesai Pemasangan Arch Linux
Buntu? Jangan bimbang. Saya juga begitu pada waktu mula-mula selepas selesainya pemasangan. Berpandukan kepada apa yang saya lakukan pada Ubuntu dahulu, saya mulakan ‘perjalanan’ saya dalam menyiapkan dan mengkonfigurasi Arch Linux yang separa siap ini. Begitu pun, ‘perjalanan’ tersebut memang ternyata tidak mudah dan berliku. Sabar aje lah..
Mari kita mulakan..
Sebelum apa-apa, kita pasang dahulu packer untuk memudahkan kerja-buat kita pada hari ni. Rujuk entri Arch Baru & Install Packer.
Rujuk juga kaedah pemasangan perisian secara manual dari AUR. (Kudos to Hao Ren)
1. Extra Codecs
Seperti yang dinyatakan di Arch Wiki, memainkan kandungan multimedia memerlukan dua komponen iaitu pemain media yang baik dan juga codec yang sepatutnya. Jika anda sama seperti saya, iaitu mahu menggunakan Rhythmbox sebagai pemain muzik, maka anda perlukan codec ekstra. Saya memilih Gstreamer untuk melengkapkannya:
sudo pacman -S gstreamer0.10-plugins
2. Pelayar Web
Ini memang wajib. Kalau tiada ‘ini’ tak ‘jalan’ kerja kita.
sudo pacman -S chromium
atau
sudo pacman -S firefox
Pelayar web lain? Anda boleh cari lagi di sini. Tak suka Chromium? Boleh pasang Chrome ikut panduan di sini. Nak guna packer pun boleh, lebih senang (tapi tak faham la jalan kerjanya):
sudo packer -S google-chrome
sudo packer -S openssl098 <— optional dependency
Iklan Google
3. Pemain Media (Video/Audio)
Apa guna ada codec yang lengkap tanpa pemain video dan audio. Berikut adalah pilihan saya:
sudo pacman -S vlc
sudo pacman -S rhythmbox
sudo pacman -S audacious
sudo packer -S umplayer <— Pemain video kegemaran saya
sudo pacman -S deadbeef
4. Guake Terminal
Saya lebih gemarkan Terminal Guake untuk menjalankan kerja-kerja seharian. Tampak lebih ‘geeky’ dan style (heheh..).. Tampilannya boleh dilihat pada gambar 1 di atas.
sudo pacman -S guake
Iklan Google
5. Hidupkan Bunyi Pada Speaker
Kalau speaker anda tidak berbunyi, cuba cara ini:
sudo pacman -S alsa-utils alsa-oss alsa-plugins
Kemudian taipkan ‘alsamixer’ pada Terminal dan pastikan tiada satu channel pun yang mute seperti gambar ini:
Kalau ada yang bersimbol ‘MM’, anda halakan cursor pada channel tersebut dan tekan kekunci ‘M’, untuk unmute, seterusnya tinggikan volume mengikut kehendak anda.
6. Hidupkan Network Manager
Masalah inilah yang saya hadapi pada komputer di pejabat. Tiada masalah untuk sesetengah peranti seperti Netbook HP Mini saya di rumah ini untuk terus menghidupkan DHCP sewaktu boot. Tetapi untuk sesetengah lagi peranti, anda perlu hidupkan Network Manager sewaktu boot untuk memastikan sambungan internet berjalan secara automatik.
Kalau anda belum pasangkan Network Manager seperti dalam entri ini, sila pasang ia terlebih dahulu:
sudo pacman -S networkmanager network-manager-applet
Pasangkan pula wireless tools:
sudo pacman -S wireless_tools
Tambahkan nama pengguna anda pada network group:
sudo gpasswd -a drfreddy network <— Sila gantikan ‘drfreddy’ dengan nama pengguna anda
Hidupkan Network Manager sewaktu boot:
sudo systemctl enable NetworkManager.service
Mulakan Network Manager:
sudo systemctl start NetworkManager.service
7. Pasang Perisian Pemuat Turun Torrent
Saya memang gemarkan Transmission dan Deluge sejak menggunakan Ubuntu lagi. Jadi bila beralih kepada Arch, kedua-duanya saya pasang:
sudo pacman -S deluge
sudo pacman -S transmission-gtk
atau ‘transmission-cli’ atau ‘transmission-qt’. Boleh rujuk sini untuk melihat perbezaannya.
8. Tambahkan Shutdown Pada Mate Desktop
Kalau anda menggunakan Mate Desktop, anda PASTI tahu tiada menu untuk Shutdown, meskipun anda telah menekan butang Shutdown pada System —> Shut Down…
Ini adalah kerana Mate masih lagi bergantung kepada consolekit, sedangkan consolekit boleh dikatakan ‘deprecated’ dan telah digugurkan dari Arch Linux. Tetapi tak mengapa, masalah menu Shutdown ini bakal diselesaikan dalam Mate Desktop rilisan versi 1.6.
Sementara menunggu versi 1.6 dilepaskan, anda boleh mencuba jalan penyelesaian ini:
sudo packer -S consolekit-git
sudo systemctl enable console-kit-daemon.service
sudo pacman -S systemd-sysvcompat (reinstall)
sudo reboot
Tadaaa..siap sudah..
9. Pengurus Arkib
sudo pacman -S p7zip unrar zip unzip
sudo packer -S rar
10. Mount USB Drive Automatically
Saya tak pasti kenapa pada mulanya, tapi selepas pasang pengurus fail PCManFM, setiap USB Drive pasti akan mount secara automatik. Mungkin kerana ini?
Hahah, tak kisahlah, yang penting masalah selesai:
sudo pacman -S pcmanfm
11. Pasang Wine
Kalau anda merancang untuk menggunakan perisian Windows pada Arch Linux, sila pasangkannya dengan cara:
a) Hidupkan Multilib repository:
sudo nano /etc/pacman.conf
Uncomment (buangkan tanda #) pada:
[multilib]
SigLevel = PackageRequired
Include = /etc/pacman.d/mirrorlist
Ctrl + O + Enter, dan Ctrl + X untuk keluar dari nano.
Seterusnya:
sudo pacman -Sy
sudo pacman -S wine
Iklan Google
12. Pasang lxSplit
Jangan tanya kenapa, tapi saya lebih gemarkan lxSplit berbanding GUI seperti HJSplit:
sudo pacman -S lxsplit
13. Customize Terminal
Yang ini tak perlu sangat sebenarnya, tapi kalau mahukan Terminal anda kelihatan lebih ‘cun’, cuba cara ini:
sudo packer -S archey
sudo pacman -S python
sudo nano ~/.bashrc
PS1=”…..
Contoh:
archey PS1=”…..
Dan hasilnya…..
Siappp!! Selamat mencuba! Arch Linux all the way!
Mr.Hac @ Dr. Freddy: Sekarang sedang cari cara untuk pasang OpenVPN dan PPTP VPN. Hmmm..