Disebabkan namanya ‘mega’, maka senarai ini agak panjang dan boleh jadi akan ada lagi sambungan dari siri kedua ini. Buat masa ini saya aktif menggunakan Minus.com, Adrive, Google Drive dan Dropbox. Kesemuanya menawarkan satu perkara yang paling saya titik beratkan, iaitu ‘tidak akan memadam fail apabila tidak lagi aktif dimuat turun, dan hanya memadamkan fail apabila tuntutan DMCA dibuat’.
Tetapi bagaimana pula dengan servis yang lain? Ada atau tidak servis yang berbaloi untuk digunakan? Mari kita tinjau bersama.
1. Zippyshare
Saya dapat lihat pada kebanyakan laman Warez atau kata mudahnya laman-laman yang menyediakan pautan untuk muat turun sesuatu fail (tidak sah), kini aktif menggunakan laman pengehos fail Zippyshare. Zippyshare boleh dikatakan ‘Mediafire’ yang baru untuk para penggemar Mediafire yang ‘sakit kepala’ terpaksa berurusan dengan bots yang kerap memadamkan fail. Zippyshare menawarkan ciri yang hampir sama iaitu 100% percuma, ruang storan tanpa had, muat naik fail sehingga 200MB, kelajuan muat turun yang memuaskan serta anda boleh klik butang muat turun sebanyak mana yang anda mahu kerana tiada sebarang captcha, tiada sebarang masa menunggu atau tiada sebarang had muat turun yang dikenakan. Tetapi malangnya, Zippyshare mempunyai jangka hayat fail, di mana ia akan memadamkan fail anda selepas 30 hari ia tidak aktif dimuat turun.
2. Ultramegabit
Saya sudah pernah membuat ulasan mengenai Ultramegabit di sini. Tetapi itu sebelum Ultramegabit menjadi sebuah laman pengehos fail yang paling menjengkelkan seperti sekarang. Jika anda mahu tahu kenapa, kerana ia tidak seperti dahulu, yang mana kelajuan muat turun memuaskan, sekarang tidak lagi. Anda juga tidak dapat lagi muat turun tanpa had. Semuanya tersekat sekarang! Urghhh..
3. Mediafire
Sebelum ini Mediafire adalah laman pengehos fail, namun sekarang para pembangunnya mula menukar konsep kepada storan awan pula. Tidak pasti sejauh mana kebenarannya, tetapi bagi saya ia cuma jalan untuk mengaburi mata pihak berkuasa sahaja. Biasalah, pengehos Warez kenalah ‘cover’! Mediafire juga sudah jadi semakin menjengkelkan. Anda tidak percaya? Cuba lihat berapa peratus pautan muat turun melalui Mediafire yang masih ‘hidup’. Sangat banyak yang sudah dipadam bukan? Errr.. biasalah, fail tidak sah! Haha!
4. Sendspace
Ada sesetengah orang mengatakan ia lebih baik dari Mediafire. Namun saya tidak nampak mana ruang yang dikatakan lebih baik itu. Kalau tidak silap, Sendspace memang menawarkan ruang storan tanpa had, meskipun kepada pengguna yang menggunakan akaun percuma, namun polisi yang biasa, fail akan dipadam apabila tidak aktif selepas 30 hari. Hmm.. Boring.
5. Jumbofiles
Saya sukakan Jumbofiles. Ia menawarkan kelajuan muat turun yang ‘awesome’, ciri papan pemuka yang ringkas dan mudah difahami. Tetapi… sepeti biasa, cuba anda lihat pada carta di bawah:
How long will the file be stored?
Your files will never be deleted as long as it has at least 1 download in the last 30-180 days, please check for the filesize listed in the table below. These limits are not strictly enforced, in reality, sometimes it will take longer to delete if there is no need and there are lots of storage space available.
Filesize
|
Unregistered / Registered Free User
|
Premium User
|
25MB or less
|
180 days from date of last download
|
Never
|
25MB – 100MB
|
60 days from date of last download
|
Never
|
100MB – 600MB
|
45 days from date of last download
|
Never
|
600MB – 2000MB
|
30 days from date of last download
|
Never
|
Menjengkelkan juga? Jadi bagaimana? Adakah anda punyai cadangan pengehos fail mana yang lebih baik dari semua senarai di atas? Jika ada, tolonglah cadangkan pada ruangan komen! Komen anda itu amat dihargai.