Bagi sesetengah pengguna perkhidmatan pengehos fail (File Hosting) atau Servis Simpanan Awan (Cloud Storage Service), ia menjadi satu kewajipan yang tidak dapat ditinggalkan di mana-mana jua mereka berada. Kerana itu servis penyimpanan awan seperti Dropbox muncul dan sehingga kini ia begitu popular dan dapat digunakan pada telefon bimbit pintar.
Berikut disenaraikan beberapa perkhidmatan pengehos fail dan penyimpanan awan yang popular serta beberapa cirinya yang mungkin dapat serba-sedikit dapat membantu anda memilih perkhidmatan yang terbaik:
1. Minus.com
Bagi saya, setakat ini, Minus.com adalah servis penyimpanan awan yang terbaik saya pernah gunakan. Kenapa? Ini adalah kerana sebaik saja anda selesai mendaftar, anda akan terus mendapat 10GB ruang simpanan, dan ia merupakan antara yang terbesar dalam senarai servis ini. Ruang itu juga boleh dibesarkan lagi sehingga 50GB secara percuma dengan menjemput rakan-rakan anda melalui pautan khas. Bagi saya, apa yang penting ialah servis ini tidak memandai-mandai untuk memadam fail anda sebaik ia tidak lagi aktfi dimuat turun! Itu adalah ciri yang paling penting sekali. Fail akan kekal tersimpan selagi mana ia tidak dipadam oleh anda, atau selagi ia tidak dilapor melanggar akta Hak Cipta. Dengan Minus.com, anda dapat memuat naik fail bersaiz sehingga 1GB. Selain itu anda dapat berkongsi fail dengan mudah, pautan tidak akan berubah, dan kelajuan muat turun juga agak bagus.
2. ADrive
Merupakan antara servis yang sangat mementingkan keselamatan kerana ia mempunyai kaedah log masuk seakan akaun Google, iaitu ‘2-step verification’, dengan memasukkan kata laluan terlebih dahulu dan kemudian perlu mengesahkan captcha pula. Selain itu, kata laluan anda juga perlu menggabungkan huruf besar, huruf kecil, simbol, dan nombor, barulah akaun anda boleh disahkan. Apa yang menarik mengenai Adrive ialah ia memberikan ruang storan sebanyak 50GB! Anda tidak perlu berbuat apa-apa untuk mendapatkannya. Cukup sekadar mendaftar. Cuma yang tidak bagusnya, agak sukar untuk berkongsi fail dalam jangka masa yang lama kerana pautan yang dikongsikan cuma bertahan sehingga 14 hari sahaja. Selepas itu, anda perlu ‘reshare’ semula dengan pautan berbeza.
3. Skydrive
Salah satu dari kegemaran saya juga. Selain ruang storan sebanyak 7GB yang diberikan secara percuma, kelajuan muat turun juga jangan cakaplah, memang terbaik! Dari pelayan Microsoftlah katakan! Meskipun Microsoft agak tegas dalam hal piracy, tetapi servis ini juga membolehkan anda berkongsi fail anda dengan mudah.
4. Google Drive
Yeah! Tak tahulah kenapa tetapi saya sejak-dua menjak ini saya agak fanatik dengan Google. Ruang storan yang diberikan tidaklah begitu banyak, cuma 5GB sahaja. Tetapi saya sukakan kesemua integrasi dengan servis Google sedia ada, tambahan pula ia kini dapat diintegrasikan pada Ubuntu. Bab kelajuan muat naik dan muat turun, kalau pelayan dari Google yang sediakan, perlukah saya komen panjang? Memang tak la!
5. Dropbox
Dropbox telah menjadi begitu popular sehingga kebanyakan peranti Android pasti akan menyertakan ia sebagai pakej untuk melengkapkan lagi Android itu sendiri. Dropbox memberikan ruang storan percuma sebanyak 2GB sahaja. Ya, agak menghampakan, namun anda boleh naik taraf saiz ruang storan dengan menjemput rakan-rakan anda untuk mendaftar dan memasang Dropbox pada PC masing-masing melalui pautan yang disediakan. Anda boleh juga melanggan Dropbox Pro sehingga 50GB. Tetapi, jika anda tidak mahu membeli, cepat-cepatlah jemput semua rakan anda sama ada melalui Facebook, Tweeter, mahupun blog!
6. Box.com
Ok. Jangan tersilap. Memang ia mempunyai perkataan ‘box’ seperti ‘Dropbox’, tetapi kedua-duanya ‘tidak beberapa sama’. Dropbox berevolusi dengan integrasi platform semua-dalam-satu, yang mana apabila anda muat naik ia ke dalam akaun, ia akan terdapat di mana-mana saja anda berada, baik di PC mahupun pada peranti telefon bimbit pintar. Tetapi Box.com tidak begitu. Ia lebih kepada urusan melalui laman web, atau kata mudahnya dalam talian. Apapun pendek kata, ia masih bagus dan ruang storan yang diberikan ialah 5GB. Anda boleh naik taraf dengan membeli akaun Business atau Enterprise.
7. Ubuntu One
Ok. Diakui Ubuntu One bukan trend setter untuk servis seperti ini. Apa yang dilakukannya hampir sama saja dengan yang lain seperti memberikan ruang storan percuma sebanyak 5GB yang boleh dinaik taraf bila gaji anda sudah masuk ke dalam akaun. Namun ia satu langkah yang baik dan boleh dipuji kerana pada waktu ini integrasi Ubuntu dengan servis Ubuntu One adalah sangat bagus. Kliennya yang dibuat berasaskan QT, memudahkan ia untuk menjadi serasi (compatible) dengan sistem operasi yang lain. Kudos Ubuntu!
Baiklah! Kita akan sambung lagi entri ini dengan beberapa lagi servis pengehos fail/storan awan bersama pro dan kontranya. Jumpa lagi! (Mode : Jari dan Tangan Lenguh)
Mr.Hac : “Never argue with stupid people, they will drag you down to their level and then beat you with experience..”