Selepas serangan demi serangan, dan selepas penggodam memuat naik mesej berbaur kecaman, akhirnya pelayan bagi permainan LittleBigPlanet ditutup.
Pelayan permainan tersebut telah bergelut dengan serangan sejak bulan Mac lalu, ketika diandaikan bahawa serangan DDoS merupakan penyebab penutupan berulang.
Namun, pelayan ditutup sekali lagi pada hujung minggu, apabila penggodam mendapat akses ke ciri komuniti permainan untuk menghantar mesej transphobik.
Sudah lebih dua bulan sejak pengguna mula-mula melaporkan waktu henti dan masalah dengan pelayan LittleBigPlanet, yang hanya ditangani oleh Sony dari perspektif teknikal.
Sony tidak memberikan penjelasan mengapa serangan itu berlaku atau apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan komuniti permainan berkenaan yang walaupun usianya sudah begitu lama, tetapi masih mempunyai sebahagian peminat yang cukup ramai.
Serangan dipercayai datang dari peminat yang tidak berpuas hati terhadap layanan Sony kepada francais permainan tersebut.