Pasang XBMC Pada Ubuntu/Linux Mint

Serius Mr.Hac rasa teruja tahap dewa ke 19 tak hingat punya! Baru tadi (pukul 12.30 malam) mencuba media player terhebat seluruh alam semesta terasa tak mahu berganjak dari depan netbook. Ah! Tak guna cakap banyak. XBMC sememangnya mampu buat sesiapa saja tak mahu meninggalkan komputer biarpun dimaki oleh kawan-kawan. Kenapa? Kerana tampilannya yang super-moden, cantik, bergaya, hebat, wal-lah! Cukup!

Apa itu XBMC? Macam mana cara nak install XBMC pada Ubuntu atau Linux Mint? Ubuntu 11.10 pula bagaimana?? Sabar. Biar Mr.Hac terangkan satu persatu. Tak lari gunung dikejar, tak lari Mr.Hac depan netbook. Hahah!

Iklan Google

XBMC ialah sebuah hab hiburan, pemain media moden cross platform untuk kesemua sistem operasi! Dan yang lebih hebat ialah ianya percuma serta bersumber terbuka!! Arghhh! Hebat sekali!

Maaf. Imej sempat sambar dari Google je. Nak ambil dari netbook sendiri tak tahu pula nak minimize macam mana. Sedang teruja ni! Ok. Apa yang hebat sangat? Susah nak cakap kalau anda sendiri belum mencubanya! Jom kita lihat bagaimana cara untuk memasang (install) pada Ubuntu (11.04) dan Linux Mint (11).

Iklan Google

Buka Terminal dan masukkan (salin dan tampal) baris perintah berikut (latest PPA):

sudo add-apt-repository ppa:team-xbmc/unstable
sudo apt-get update
sudo apt-get install xbmc

Untuk Ubuntu 11.10 pula, sila muat turun fail dari laman berikut : Skydrive

Buka Terminal dan masukkan baris perintah berikut:

./Downloads/medibuntu-restricted-extras-xbmc-installer.sh


Mr.Hac:
Pastikan fail yang dimuat turun itu berada dalam folder ‘Downloads’. Selesai!! Selamat mencuba! Hahah! (Masih teruja)

Untuk sistem operasi lain, sila muat turun XBMC di sini -> http://xbmc.org/download/

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img