Pasang OpenVPN Pada Arch Linux

Sudah jadi kemestian, setiap kali memasang sesuatu sistem operasi, OpenVPN wajib dimasukkan ke dalam senarai keperluan asasi. VPN sudah jadi seperti sebahagian dari hidup saya, dan kerana itu tertulisnya e-buku Anonymous Surfing. Ini adalah kerana minat saya yang mendalam terhadap bidang ini.

Apabila memasang Arch Linux, OpenVPN sudah pasti tidak terkecuali. Buat anda yang hendak tahu caranya secara menyeluruh, sila rujuk ArchWiki. Berikut saya senaraikan perkara penting untuk menghidupkan OpenVPN pada Arch Linux. Tetapan OpenVPN/VPN yang saya tunjukkan ini adalah yang paling mudah, yang mana sebahagiannya adalah dalam bentuk GUI.

Cara Pemasangan OpenVPN Dalam Arch Linux:

1. Pasang keperluan OpenVPN

Iklan Google

sudo pacman -S networkmanager-openvpn openvpn network-manager-applet

2. Pasang keperluan tambahan, sekiranya perlu

sudo pacman -S networkmanager-pptp networkmanager-vpnc (kalau anda hendak menggunakan PPTP VPN)

3. Aktifkan tun Mahathir

sudo modprobe tun

4. Mulai semula Network Manager

sudo systemctl restart NetworkManager

5. Muat turun fail config OpenVPN dari laman penyedia servis yang anda sukai, kemudian ekstrak ke dalam mana-mana folder.

Iklan Google

6. Kemudian, klik pada ikon Network Manager, pilih VPN Connections -> Configure VPN…

7. Satu tetingkap akan terbuka, klik Import:

8. Pilih fail .ovpn yang telah anda ekstrak tadi.

9. Sunting tetapan VPN mengikut konfigurasi dari servis masing-masing:

Iklan Google

10. Sekarang, cuba sambungkan kepada servis tersebut. Sekiranya terdapat popup yang menyuruh anda menetapkan kata laluan lalai (default) untuk keyring, hanya perlu klik ‘Ok’ atau ‘Save’ (dah lupa apa perkataan yang sebenar) dan teruskan dengan klik pada ‘Use Unsafe Storage.’.

11. Jika sambungan anda berjaya, akan keluar paparan popup seperti gambar di bawah:

12. Untuk troubleshooting masalah-masalah seperti ‘Invalid VPN secrets’ dan lain-lain lagi, sila ke GNOME Keyring, NetworkManager dan lain-lain lagi. Arch Linux bukan distro ‘spoonfeeding’, jadi kalau ada masalah jangan malas membaca. Selamat berjaya.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img