Utama Blog Laman 321

Tukar Unity Desktop Kepada Gnome Classic

0

Perkara yang paling saya suka mengenai sistem operasi Linux ialah jika kita tidak suka ciri-ciri yang ada pada sistem tersebut, maka kita boleh mengubahnya sesuka hati tanpa bimbangkan apa-apa. Sejak menggunakan Ubuntu versi Natty, memang tak beberapa minat sangat dengan paparan Unity Desktop. Mujurlah ada pilihan untuk menukar kepada paparan Classic Desktop.

Namun bila versi Oneiric dilepaskan kepada pengguna, Classic Dekstop sudah tiada lagi sebagai alternatif. Cari punya cari, jumpalah dengan video di bawah. Jom sama-sama kita tengok macam mana nak tukar Unity Dekstop kepada Gnome Classic.

Anda juga boleh melihat entri melayubuntu
di sini untuk maklumat lanjut -> Ubuntu 11.10 : Unity, Gnome-Shell Atau Gnome2 Classic?

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Channel Youtube Microsoft Digodam

0

Channel Youtube Microsoft, syarikat gergasi yang mengeluarkan sistem operasi Windows telah digodam, dan channel yang mempunyai sebanyak 24 ribu pelanggan (subscribers) itu telah dibuang (remove) kesemua video-video rasmi yang berada di dalamnya. ‘Channel Description’ telah ditukar kepada
I DID NOTHING WRONG I SIMPLY SIGNED INTO MY ACCOUNT THAT I MADE IN 2006 :/.“.

Setakat ini masih tidak dapat diketahui method sebenar atau kaedah yang tepat, yang telah digunakan oleh penggodam untuk mendapatkan akses kepada channel video Microsoft. Harapnya anda semua pun patut lebih berhati-hati dalam mengendalikan komputer anda. Meskipun anda menggunakan sistem operasi Linux, ia masih tidak kebal dari penceroboh yang memasuki melalui teknik Phishing, Cookies Stealing, Session Hijacking, Zero Day Attack, Cookies Tracking, IP Tracking, Click Jacking dan lain-lain lagi!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

The Kick Jeeja Yanin Full Trailer 2011

0

Malam ni bukan Mr.Hac nak cerita pasal ‘awek’ ni. Tapi Mr.Hac nak beritahu betapa tak sabarnya nak menanti tarikh bila filem ini nak keluar wayang sebab tak sabar rasanya nak tengok gerak gaya lakonan Yanin “Jeeja” Vismitananda atau nama komersialnya ‘Jeeja Yanin‘. Ni awek bukan sebarang awek ok. Ni awek kalau kacau boleh cari nahas namanya.

Dalam konteks IT, memang la takde kena mengena dengan blog ni. Tapi saja je Mr.Hac nak share bila alang-alang dah jumpa.

Quote dari Wikipedia:

Moon is a Taekwondo master running an old Taekwondo gym in Bangkok. All five members of his family are also the masters of Taekwondo in different styles: his wife Yoon in cooking style, son Taeju in dancing style, daughter Taemi in soccer style, and the youngest Typhoon can break anything with his strong forehead.

Moon wants his children to be Taekwondo coaches to take over his gym in future. However, regardless of their father’s will, Taeju wants to be a famous pop singer and Taemi is only interested in her secret crush at school.

One day, Taekwon family encounters treasure robbers on the street by accident and happens to get caught into fight with them. With surprising martial art skills, TK family knocks down the robbers and takes back the stolen treasures. The head of the robbers Pom, who is notorious for many crimes, escapes alone and trembles with rage.

TK family becomes famous in public. But, They do not know that Pom is planning to get his revenge.

Mr.Hac sangat mengagumi beliau (Jeeja Yanin) selain dari sifu besar Mr.Hac seni beladiri di Thailand iaitu Tony Jaa, Prachya Pinkaew, dan Panna Rittikrai.

Di bawah ni adalah trailer penuh filem The Kick yang bakal ditayangkan pada bulan November 2011. Sama-sama kita tunggu.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Lyrics of The Day #2

0

Langsuyr – Bedal

Panas terik kilauan mentari
Menambahkan sakit di hati
Berpinar muka menahan geram
Dek si bebal yang seorang

Nak dikatakan bebal
Rupa wajah segak sekali
Membawa mulut kesana kemari
Menjaja fitnah sampai ke luar negeri

* Merisik berbaurkan RM
Sengihan yang bertambah dajal
Mengekek, menempek, berlumpur…

Selidiknya entah?
Yang panas terkini?
Dijaja berita yang entah siapa
Paku, hammer, steamroll, roller coaster!

Hantam…. Bedal… Balun… Bebal…!
Bedal… Balun… Bebal…Hantam…!
Balun… Bebal…Hantam … Bedal…!
Bebal…Hantam … Bedal… Balun…!

Solo: Azmaniac

Jalan-jalan ditengah kota
Ditanya kamu siapa?
Kenapa kamu begini?
Kamukah yang di dalam paper?

Nak dikatakan bebal
Rupa wajah segak sekali
Membawa mulut kesana kemari
Menjaja fitnah sampai ke luar negeri (Repeat*)

Patutnya kepalamu diseligi
Di starlight, dihantuk ke dinding
Sampah yang disensasikan
Dua-dua sama kebiolannya

Solo: Bentara

Hantam…. Bedal… Balun… Bebal…!
Bedal… Balun… Bebal…Hantam…!
Balun… Bebal…Hantam … Bedal…!
Bebal…Hantam … Bedal… Balun…!

Sakei!!!!

A video of this song. Enjoy guys..

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Lindungi Pelayar Web Dengan Kata Laluan

0

Anda mungkin seorang geek yang tidak mahu sesiapa ‘mencerobohi’ privasi anda. Mungkin juga anda tidak mahu sesiapa melihat laman-laman web yang anda kunjungi oleh itu setiap kali anda ingin menutup pelayar web (web browser), anda padam kesemua History, Cookies dan Cache.

Namun bukankah lebih baik anda lindunginya dengan kata laluan (Password) supaya anda boleh berasa sedikit aman tanpa perlu hiraukan History?

Perlindungan Kata Laluan Untuk Google Chrome:

Anda boleh gunakan extension khas untuk melindungi pelayar Google Chrome iaitu Simple Startup Password. Cara menggunakannya pula amat mudah. Pasangkan terlebih dahulu extension tersebut,
Pergi kepada Settings > Tools > Extensions
Cari Simple Startup Password dan klik pada Options
Setkan kata laluan untuk pelayar web anda.

Perlindungan Kata Laluan Untuk Firefox:

Untuk Firefox, anda boleh gunakan Addon Profile Password.
Anda hanya perlu pasang Addon ini, restart Firefox dan setkan kata laluan melalui bahagian
Tools -> Add-ons

Mungkin ada cara untuk bypass extension dan Addon ini. Tetapi adalah lebih baik anda mempunyai langkah berjaga-jaga dari biarkan privasi anda lesap begitu sahaja.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot : Rilisan Yang Semakin Canggih

0

Tidak dapat dinafikan lagi. Tidak dapat disangkal lagi. Siri keluarga Ubuntu rilisan stabil versi terbaru iaitu Ubuntu 11.10 dengan kod nama Oneiric Ocelot sudah semakin canggih. Masih mengekalkan Unity Desktop sebagai ciri utama, beberapa perubahan menarik dapat dilihat pada beberapa perisian yang sedia ada padanya dari versi yang terdahulu.

Mr.Hac hanya sempat mencubanya melalui Live DVD. Meskipun begitu, masih dapat dirasakan akan kepantasannya menguruskan setiap tetingkap baru yang dibuka, biarpun RAM komputer ini cuma 1GB sahaja. Ya. Mr.Hac semakin puas dalam menerokai sistem operasi sumber terbuka Linux ini kerana sudahlah percuma, semakin lama semakin canggih pula. Jom kita lihat beberapa paparan skrin yang sempat Mr.Hac tangkap semasa mencuba.

1. Firefox 7.0.1 sebagai pelayar web lalai (default web browser)

2. Ubuntu One sebagai ruang storan awan. Diberikan ruang sebanyak 5GB secara percuma kepada para pengguna Ubuntu mahupun Windows!

3. Ubuntu Software Center tampil dengan paparan antaramuka baharu. Lebih cantik, lebih canggih, lebih kemas. Merupakan ‘gudang’ simpanan kesemua perisian yang berguna untuk melengkapkan lagi Ubuntu.

4. Workspace Switcher. Pengurusan tetingkap yang lebih efisyen dengan ‘membahagikan’ desktop kepada 4 bahagian. Setiap satunya boleh diuruskan dengan tetingkap berbeza.

5. System Settings : Bahagian yang menempatkan tetapan-tetapan untuk Ubuntu. Kini lebih ‘segar’ dan ringkas, mudah untuk difahami meskipun oleh pemula.

6. Nautilus 3.2.0. Pengurusan fail kini menjadi lebih kemas.

7. Libre Office 3.4.3. Perisian kerja-kerja pejabat percuma yang hampir menyamai taraf dengan Microsoft Office. Harapannya agar pada versi-versi yang akan datang, perisian ini menjadi setanding dengan Microsoft Office supaya anda tida lagi perlu dual boot.

8. Dash Home : Anda boleh mencari kesemua program dan perisian di sini. Ibaratkan ia sebagai ‘Start’ Menu pada Windows.

9. Ambil paparan skrin (screenshot)? Sekarang jika anda ambil paparan skrin, sudah ada bunyi klik kamera. Ini menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Sekurang-kurangnya ada ‘perasaan’ anda sedang mengambil gambar.

10. Mengekalkan Banshee sebagai pemain muzik. Pemain kegemaran Mr.Hac selain Clementine dan Amarok.

11. Mengekalkan Totem Movie Player sebagai pemain video. Ianya adalah terpantas dan pelbagai ciri setakat ini, merupakan pemain video lalai dalam OS Linux Mint yang digunakan oleh Mr.Hac dan UM Player di tempat kedua.

Sekarang bagaimana? Tergerak hati mahu mencuba Ubuntu? Muat turun versi 11.10 rilisan stabil sekarang dan rasai perbezaannya!

Anda boleh tengok pelbagai lagi ciri menarik pada Ubuntu 11.10 di sini -> Webupd8

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

IT & Hacking Quotes of The Day #2

0

1. The first thing we’re gonna need is a lot of pictures. Unfortunately, Harvord doesn’t keep a public centralized facebook so I’m going to have get all the images from the individual houses that people are in. Let the hacking begin – Mark Zuckerberg

2. As a young boy, I was taught in high school that hacking was cool – Kevin Mitnick

3. Failure is not an option — it comes bundled with Windows – junauza.com

4. Artificial Intelligence usually beats natural stupidity – junauza.com

5. If at first you don’t succeed; call it version 1.0 – junauza.com

6. Programming is like sex, one mistake and you have to support it for the rest of your life – Unknown Programmer

7. I’m not anti-social; I’m just not user friendly – Unknown Hacker

8. Hacking is like sex. You get in, you get out, and hope that you didn’t leave something that can be traced back to you – junauza.com

9. Helpdesk: There is an icon on your computer labeled “My Computer”. Double click on it.
User: What’s your computer doing on mine? – Funny IT Jokes

10. You know you’re a geek when… You try to shoo a fly away from the monitor with your cursor. That just happened to me. It was scary – Funny IT Jokes

Ok guys. Thats all for tonight. Nanti kita sambung lagi dengan entri yang lebih menarik esok.
Selamat malam..zzZ ZZzzz..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Wifislax : Wireless Hacking Live CD

0

Seperti biasa Mr.Hac rajin berjalan-jalan di dunia siber dan pada masa berjalan-jalan itulah Mr.Hac akan selalu berjumpa dengan benda-benda yang menarik untuk dikongsikan bersama dengan para pembaca semua. Boring nak dengar intro? Haha! Ok-ok..Jom kita teruskan dengan isi entri..

Apa Itu Wifislax?

Perkara pertama yang Mr.Hac nak anda tahu, Mr.Hac bukanlah peminat distro Linux yang bernama Slax, kerana bagi Mr.Hac, itulah distro yang paling tak boleh ‘blah’ sekali. A lot of epic phail!
Tapi lepas kenal dengan Wifislax, Mr.Hac mula suka dengan sistem operasi Linux yang boleh dimasukkan ke dalam poket ni. Err.. Ye lah.. poket! Teruskan membaca..
Wifislax ialah sebuah sistem operasi Linux (Linux Operating System) berasaskan Slax, sebuah sistem operasi Linux yang digelar ‘sistem operasi poket‘ kerana saiznya yang kecil dan boleh dibuat Live Boot dari USB Pendrive atau CD sahaja. Cuma Wifislax dibuat dengan tujuan untuk melakukan ujian-ujian penembusan (penetration distribution distro) dan penggodaman WEP Wireless.

Beberapa paparan skrin yang diperolehi dari wifislax.com:

Cara menggunakannya amat senang.

1. Anda hanya perlu rakam (burn) imej ISO yang telah dimuat turun melalui laman web rasmi distro ini dengan menggunakan Unetbootin ke dalam Pendrive.

2. Tukarkan Boot Order yang pertama melalui BIOS Settings kepada USB

3. Reboot

4. Sebelum keluar lambang Windows (atau GRUB Linux, jika anda menggunakan Linux), tekan kekunci esc, atau F12, F10, atau mana-mana kekunci yang akan membawa anda kepada pilihan tetapan boot.

5. Pilih Pendrive anda (Kingston ke, Winston ke, Dunhill ke..Haha! Jenama Pendrive sendiri, sendiri mau ingat la!)

6. Anda akan di bawa ke dalam alam barzakh sistem operasi Wifislax.

7. Tahniah. Anda sudah boleh mula menggunakannya. Terdapat banyak WiFi Hacking Tools di dalam yang boleh dicuba satu demi satu. Kalau dah berjaya menggodam kata laluan WEP yang anda kehendaki, sila reboot semula ke dalam sistem operasi lalai (default) anda sama ada Windows, Linux, Mac OS X..ahhh..tak kisah lah.. Dah reboot apa lagi..Guna la WEP key tu! Pastikan salin dulu ok!

Untuk pengetahuan anda, distro ini telah dibuat oleh para penulis-penulis distro dari Sepanyol, oleh itu bahasa dalam tu memang tunggang dengan cermat langgang dengan bahasa Sepanyol. Jika anda mahu menukarkannya kepada bahasa Inggeris, silalah terokai sendiri. Sebab Mr.Hac sendiri pun tak sempat nak teroka habis! Hahah! Maaflah ya!

Apapun Mr.Hac boleh mengesyorkan kepada anda untuk mencuba Wifislax. Tak rugi sebab boleh bawa ke mana-mana dalam pendrive bersaiz minima 1GB kalau tak silap, dan yang paling penting ianya bersifat ‘ringan’ dan pantas. Tidak banyak menggunakan RAM, menjimatkan bateri…ahhh..Cuba sendiri la! Cakap banyak tak guna kan?
Blaze it bro! Blaze it up and good luck!

Anda boleh muat turun dan membaca mengenai Wifislax
melalui laman web rasminya di sini -> Wifislax

Versi terjemahan Google -> Wifislax Translated to English

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Melihat Kata Laluan Di Sebalik Asterisk (2)

0

Entri ini adalah entri copy paste dari re-post dalam blog Fikri.my, so credit goes to him.

Cara melihat kata laluan di sebalik asterisk? Macam menarik dan ramai yang dah tahu bagaimana untuk buat benda ini menggunakan tool ataupun script yang dicopy-paste. Post ini adalah untuk menyambung artikel dari Mr Hac yang korang boleh lihat di SINI.

Mengikut penulisan Mr Hac, untuk pengguna Chrome, anda boleh menggunakan Show Password dan Show Password On Focus.Dan anda juga boleh menggunakan javascript yang Mr Hac postkan pada blog beliau (bukak blog beliau untuk dapatkan javascript ini). Namun begitu, adakah anda terasa tidak best untuk guna tools ataupun kena copy javascript yang panjang berjela yang anda telah save dalam komputer? Ataupun anda ingin mencuri password orang lain Like A Boss? Kini Fikri.my akan menunjukkan caranya yang sangat mudah. Apa yang diperlukan adalah mengingat satu javascript yang pendek dan boleh digunakan dari mana-mana form yang mempunyai Asterisk.

1. View source dari laman yang anda dapati ada kata laluan yang dilindungi asterisk. Contohnya login page Facebook.com dan view source utnuk page tersebut dengan menekan Ctrl + U ataupun right-klik dan view source. Jika dilihat dari laman Login Facebook, terdapat beberapa perkataan yang ada berhampiran dengan login form seperti Email, Password, Log In, Keep Me Log In dan Forgot Your Password? Contohnya boleh dilihat di bawah.

Sekarang buka source untuk page tersebut dan cari mana-mana perkataan yang korang nampak yang berhampiran dengan form tadi. Untuk contoh ini, aku akan menggunakan perkataan Password. Korang boleh cari apa-apa sahaja perkataan asalkan berhampiran dengan kotak password itu tadi.

Okey. Apa yang kita tertarik di sini adalah perkataan <input type class=”inputtext” name=”pass” id=”pass” sebab ianya menunjukkan form untuk isi password. Dan lebih spesifik lagi, kita perlukan perkataan id=”pass” itu. Okey, sekarang anda dah tahu, login page Facebook.com menggunakan id=”pass” dan sekarang kita proceed ke next step.
2. Ingat javascript ini sebab sangat pendek dan senang ingat. Aku dapat benda ni waktu belajar Web Programming semester lepas. Tak sangka pulak bila manipulate sikit apa kita belajar, boleh guna untuk benda-benda best.
javascript:alert(document.getElementById(“pass”).value)
javascript: untuk beritahu browser kita ingin gunakan javascript untuk laman ini
alert: untuk keluarkan popup
document: merujuk kepada page tersebut
getElementById(“ID”).value: mengeluarkan value yang ada pada id yang kita pilih
Lepas dah tulis macam di atas, tekan sahaja enter dan password akan keluar secara tiba-tiba Like A Boss.

Yeah dah dapat password dengan cara haram. Jika mangsa anda menggunakan Chrome, anda boleh inspect element dari page tersebut dengan mengunakan tools yang sememangnya ada dalam Chrome untuk melihat id.
Jadi apa yang penting di sini adalah untuk mengingat javascript yang pendek tersebut dan cari id untuk kotak password. Ya, sekarang anda tidak lagi perlu copy-paste javascript yang panjang dari laman web lain untuk melihat password mangsa anda ataupun install tool dan extension.

Mr.Hac: Bro Fikri ni memang rajin explore. So korang rajin-rajin la explore blog dia pulak eh! Thanks bro!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Minitunes : Pemain Muzik Ringkas Dan Terbaik

0

Pemain muzik menjadi ciri utama yang selalu dititikberatkan oleh para pengguna komputer tidak kirala desktop, notebook, netbook, mahupun tablet PC sekalipun. Mr.Hac ingin memperkenalkan kepada anda pemain muzik yang telah dibuat oleh pencipta yang sama dengan perisian Minitube, iaitu pemain muzik Minitunes versi 1.0.

Antara ciri-ciri Minitunes adalah seperti berikut:

1. Mudah untuk digunakan dan paparan pemuka yang ringkas, tidak merumitkan.

2. Enjin yang memacu perisian ini adalah berkuasa, jadi ia sangat stabil.

3. Boleh melayari folder-folder dalam PC untuk memainkan muzik.

4. Single playlist. Terletak di sebelah kiri dan mudah untuk dicapai oleh anda.

5. Output bunyi yang memuaskan hati.

Kekurangan Minitunes versi 1.0 ini ialah ia tidak mempunyai equalizer, dan muzik yang dimainkan tidak dapat dipercepatkan (fast forward). Selain daripada dua masalah ini, Mr.Hac dapat rasakan ia bakal memberikan saingan kepada perisian-perisian pemain muzik yang lain pada versi-versi yang akan datang.

Ianya adalah percuma untuk pengguna Linux dan berbayar untuk pengguna Windows serta Mac OS X.

Berikut adalah beberapa paparan skrin Minitunes dari PC Mr.Hac:

Pasang Minitunes melalui PPA Webupd8:

sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8 && sudo apt-get update
sudo apt-get install minitunes

Atau boleh juga pasang dengan menggunakan fail deb di bawah:

1. Minitunes Untuk Ubuntu i386 @ 32bit

2. Minitunes Untuk Ubuntu 64bit

Views: 1

Iklan Newspaper Inline