Berminat menjadikan video sebagai kertas dinding (wallpaper) pada desktop anda? Kini anda boleh melakukannya dengan mudah menggunakan skrip dari noobsonubuntu (Kredit kepada beliau). Skrip ini boleh digunakan untuk sistem operasi Ubuntu 11.04/11.10, Linux Mint 11, Pinguy OS 11.04/11.10 dan Zorin OS 5.
1. Sebaik sahaja ia siap dimuat turun, sila klik kanan pada fail skrip tersebut dan berikan kebenaran padanya untuk menjalankan fungsinya sebagai program:
2. Kemudian klik dua kali pada skrip dan pilih ‘Run in Terminal’:
3. Setelah selesai pemasangan, klik kanan pada mana-mana ruang desktop dan pilih video-wallpaper-script:
4. Klik pada ‘Yes’ dan pilih sahaja mana-mana fail video yang anda ingini:
5. Fail video yang sesuai untuk digunakan sebagai wallpaper ada di Dreamscene.
Mr.Hac: Tolong jangan terpedaya dengan tetingkap pada paparan skrin yang telah Mr.Hac tunjukkan. Ia memang dalam bahasa melayu tetapi atas sebab telah diubah oleh Mr.Hac sendiri. Skrip asalnya tidak begitu. Hehe! Kalau nak tengok contoh pula boleh cari dalam Youtube dengan kata kunci ‘Animated Wallpaper on Ubuntu’.
Skrip ini menggunakan A-Desk untuk menjalankan video sebagai wallpaper. Sebagai alternatif anda boleh cuba gunakan anibg.
Laman perkongsian video paling terkenal di Malaysia iaitu Youtube kini sekali lagi memperbaharui reka bentuknya dan ia semakin cantik! Sila klik kanan pada gambar dan pilih ‘Open Link in New Tab’ untuk melihatnya dengan lebih jelas.
Dengan reka bentuk baru ini, ia tampak lebih kemas, teratur, dan ‘menyenangkan’ mata yang memandang. Bentuk kekotak video juga diperbaharui dan nampak lebih elegan lagi bergaya. Youtube telah melangkah maju setapak lagi ke hadapan berbanding laman-laman lain yang bergenre serupa dengannya seperti Vimeo, Daily Motion dan lain-lain lagi.
Mr.Hac berharap kita akan dapat menikmati lebih lagi kemudahan dan teknologi baru yang akan diperkenalkan oleh Youtube. Apapun cubalah lihat sendiri akan perubahannya.
Ok.. Salam semua.. Pada entri sebelum ini, penulis jemputan baru MHAH iaitu kudauXzone @ kudau telah menceritakan kepada anda mengenai ProRAT, iaitu sejenis Remote Administration Tool yang sangat popular digunakan untuk memantau PC sesiapa sahaja dari jarak jauh.
Dahulu, ada juga Mr.Hac ceritakan serba sedikit mengenai iStealer, sejenis tool seperti keylogger canggih yang akan memusnahkan dirinya sendiri (self-destruct) selepas menjalankan tugasnya. Tetapi pernahkan anda mendengar atau menggunakan program Lost®Door, sejenis Remote Administration Tool (RAT) yang dicipta khas untuk memantau PC dengan sistem operasi Windows?
Dengan menggunakan LostDoor, pelbagai perkara yang dapat kita lakukan kepada komputer yang kita kawal. Antaranya ialah memuat naik, memadam, mengubahsuai data, mengubah registry dan melancarkan virus. NAMUN, anda perlu tahu bahawa RAT ini dicipta untuk tujuan yang sesuai dengan lunas undang-undang seperti memantau komputer anak, memantau komputer pekerja dan sebagainya. TETAPI jika anda menggunakannya untuk mencuri kata laluan, nombor kad kredit, dan lain-lain hal yang melanggar undang-undang dan hak peribadi orang lain, itu bukanlah salah ibu mengandung perisian ini tetapi itu adalah salah anda sendiri!
Jika diperhatikan dari laman web rasminya, kedudukan menu sangat kemas, tersusun dengan cantik, latar belakang juga cantik, tambahan pula ada lagu rancak yang menghiburkan! LostDoor didatangkan dengan dua versi/edisi iaitu percuma dan peribadi (private). Versi percuma kebiasaannya telah dilabelkan sebagai virus oleh kebanyakan vendor antivirus terkenal, dan untuk versi peribadi pula ia hanya untuk anda dan jika ia dikesan sebagai virus/malware, kemaskini akan menyusul untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Ada sesiapa yang berminat dengan permainan berkonsepkan First-Person Shooter? Ok. Kali ini Mr.Hac memperkenalkan kepada anda semua permainan FPS yang menyeronokkan dan mengasyikkan iaitu Open Arena.
Open Arena ialah permainan sumber terbuka dari pakej Quake III Arena, permainan cross platform yang PERCUMA untuk semua, namun anda tidak perlukan Quake III Arena untuk memainkan permainan ini! Apapun Mr.Hac ingin memfokuskan kepada para pengguna Linux kerana ia telah tersedia untuk dipasangkan. Meskipun Mr.Hac bukan kaki gaming, tetapi setelah memasangnya pada komputer, terasa tidak mahu berganjak pula dari kerusi, walaupun setiap kali bermain dengan mudah dikalahkan musuh! Hahah! Malu betul!
Bagi pengguna platform yang lain seperti Windows dan Mac OS, anda boleh muat turun Open Arena di sini -> Open Arena Download Page
Untuk para pengguna Ubuntu, Pinguy OS dan Zorin pula boleh memasangnya melalui Ubuntu Software Center manakala untuk Linux Mint pula melalui Software Manager.
Berikut adalah video Open Arena dari Youtube:
Amacam? Menarik kan? Jangan risau. Akan ada lagi ulasan permainan untuk Linux akan datang. ^^
Hello dan salam perkenalan dari saya(KudauXzone).com …
saya amat berterima kasih kepada Admin kerana di beri peluang untuk menulis dan berkongsi pengetahuaan yg saya rasa patut kita pelajari bersama…..
Ok guys…Di sini saya ingin memperkenalkan satu software yang agak cukup terkenal dan cukup hebat bagi yang pernah mencubanya…PRO RAT adalah software RAT (Remote Administration Tool)…Pro RAT RAT (Pentadbiran Alat jauh) yang digunakan sebagai perisian akses pc Jauh.
Hari ini dalam artikel ini saya akan memberitahu anda tentang Pemasangan dan Penggunaan RAT PRO.
Pertama memuat turun PRO RAT DI SINI
Password Default: pro
Ekstrak fail ke desktop anda dengan letakkan ke dalam satu folder. Buka ProRat.exe. Klik butang CREATE kemudian buat pelayan Prorat. Pergi ke (no-ip.com) dan buka satu akaun.
Kemudian, dalam Pro connective notification , masukkan alamat IP (DNS), pautan yang diberikan oleh (no-ip.com) dan membiarkan ruangan yang lain tidak diusik…
Buat satu server dan hantar kepada victim utk diinstall di computer.
Kamu juga boleh BIND server dengan software lain atau tukar icon untuk mengelirukan victim..
Jika Mangsa memasang Trojan anda di Komputer, maka kerja anda 50% siap dilakukan.
Sekarang anda perlu untuk mencari IP Mangsa, anda boleh Cari IP dengan Tools Gathering Maklumat, Dengan mengesan IP mengunakan(other software) Penjejak Laman Web, melalui E-mel atau Google.
Apabila anda tahu IP Komputer Mangsa, Buka Prorat pada komputer anda dan masukkan alamat IP komputer mangsa dalam medan teks bersebelahan dengan IP.
Nombor Port kekal Sama.
Nombor Port: 5110.
Tekan butang Connect anda dan cuba untuk mewujudkan hubungan antara penyerang & Mangsa. Jika Sambungan Ditubuhkan Masukkan Password: 123456.
Sekarang anda boleh gunakan PRORAT untuk menggodam komputer dari jauh dan menggunakan semua pilihan untuk HACK Sistem Mangsa…Enjoy..
Tip Keselamatan: Untuk mengelakkan PRO RAT dikesan oleh antivirus, anda boleh menggunakan perisian Crypter dan juga Binder.
Vanilla.. Ya.. Ia adalah rasa yang sangat enak jika digandingkan bersama kek atau aiskrim. Tapi bukan vanilla versi itu yang ingin Mr.Hac kenalkan kepada anda kerana itu sudah cukup anda kenali. Sebaliknya apa yang Mr.Hac maksudkan ialah Chromium OS Vanilla, sebuah sistem operasi berkonsepkan pengkomputeran awan. Terdapat pelbagai versi Chrome OS di luar sana dan versi yang ingin diperkenalkan kepada anda ialah dari Hexxeh.
Sebenarnya tiada imej ISO dari Google yang sedia untuk dimuat turun oleh semua orang. Ia tersedia secara lalai dalam Chromebook. Namun jika kita bukanlah orang yang mampu untuk membeli Chromebook, terdapat versi sumber terbuka yang dibangunkan oleh Hexxeh iaitu Chromium OS Vanilla.
Baik pihak Google mahupun Chromium Team kedua-duanya tidak menyediakan fail ISO untuk digunakan oleh para pembangun atau pengguna akhir. Mungkin bertujuan untuk meramaikan lagi orang yang mahu membeli Chromebook. Mungkin..
Secara asasnya Chrome OS adalah sistem operasi yang apabila anda membukanya untuk digunakan, ia hanyalah berbentuk pelayar web Google Chrome. Ini berdasarkan kepada pendapat Google bahawa anda masih lagi akan menunggu beberapa lama, memberi masa kepada komputer untuk boot. Namun apabila anda sudah sampai kepada usable desktop, apa yang anda lakukan hanyalah membuka pelayar web dan melayari laman-laman kegemaran anda untuk melakukan apa yang anda suka sepeti menyunting gambar, mendengar lagu dan menonton video.
Berdasarkan kepada idea itulah terciptanya Chrome OS, masa untuk boot juga dapat dikurangkan. 100% berasaskan pengkomputeran awan, pelayar web, dan tak lebih dari itu. Namun Chrome OS hanya tersedia dalam Chromebook dan kerana itulah terhasil pula Chromium OS Vanilla. Jika anda mahu mengetahui apa perkara baharu yang ditampilkan dalam Chrome OS, dan ingin mencubanya, maka muat turunlah Chromium OS. Setakat ini ia sudah dimuat turun lebih dari 790,000 jumlahnya dan ini bererti pemuat turunnya menghampiri angka 1 juta!
Mr.Hac sudah mencuba dan jika anda mahu bertanyakan pendapat Mr.Hac mengenainya, apa yang boleh Mr.Hac katakan ialah ia adalah satu idea yang bagus, namun tidaklah bagus secara menyeluruh. Masih terlalu ramai lagi kalangan kita yang tidak tahu apa itu pengkomputer awan, dan masih ramai lagi yang mahu muat turun data atau fail lalu menyimpannya dalam cakera keras. Jika anda perkenal dan menyuruh mereka menyimpannya dalam ‘awan’, mungkin anda perlukan masa sehingga seminggu hingga setahun untuk memberi kefahaman kepada mereka.
Jika ditanyakan kepada Mr.Hac, apakah Mr.Hac akan menggunakannya lagi, jawapannya ialah, Mr.Hac lebih suka gunakan BrowserLinux 501. Meskipun versi pelayar yang digunakan agak ketinggalan di belakang, namun ia menawarkan fungsi yang serupa dengan Chrome atau Chromium OS. Buka sahaja komputer, terus terpapar pelayar web (Firefox). Apa-apapun, cubalah sendiri ya!
Chromium OS Vanilla didatangkan dalam 3 format iaitu VWware, Virtualbox dan imej USB (IMG). Untuk cara-cara merakamkan (burn) imej IMG ke dalam pendrive, anda boleh baca tutorialnya
di sini -> Cara Merakamkan Imej IMG Ke Dalam Pendrive
Bagi mereka yang biasa menggunakan fail imej CD berformat ISO, tentu anda tahu cara yang mudah untuk merakamkannya ke dalam CD, DVD atau USB. Namun bagaimana pula jika ia berformat IMG? Berikut Mr.Hac berikan anda cara untuk melakukannya sama ada melalui Windows atau Linux.
Rakam Di Dalam Windows:
Untuk Windows, kita ada satu tool bersaiz kecil bernama Win32 Image Writer.
Muat turun terlebih dahulu fail IMG yang anda mahukan. Kemudian muat turun fail Win32 Image Writer
di sini -> IMG Writer
1. Setelah itu, anda hanya perlu masukkan pendrive anda ke dalam mana-mana port USB
2. Klik pada fail Win32 Image Writer
3. Pilih fail IMG yang telah anda muat turun sebentar tadi, pilih USB pendrive anda, dan klik pada ‘Write’.
Rakam Di Dalam Ubuntu/Linux Mint/Pinguy OS:
Seperti biasa muat turun terlebih dahulu fail IMG yang diingini. Kemudian, pasangkan Ubuntu Image Writer. Pasang melalui Synaptic Package Manager atau melalui Terminal:
sudo apt-get install usb-imagewriter
1. Anda boleh melancarkannya melalui Menu iaitu Accessories -> Image Writer
2. Masukkan pendrive anda ke dalam mana-mana port USB
3. Pilih imej IMG anda, pilih USB pendrive anda dan klik pada ‘Write to device’
Sori kudutz, serius tak perasan link Youtube tu. Kalau tak dah lama masukkan dalam blog ni. Sumpah cantik video tu dan kreatif! Errr.. Lagu apa ko masukkan dalam video tu bro? Rancak habis!
Haaa.. Kepada mereka yang juga tidak perasan dengan video kudutz, ni Mr.Hac letakkan kat bawah. Jom sama-sama kita layan!
Ok..Ok.. You want it, you got it. Tips and tutorials are back! Jangan bimbang la heh. Mr.Hac mungkin merajukmarah ambil hati dengan sikap sesetengah dari kita yang suka merampok mencuri hak orang lain, namun rasanya memang tak patut anda yang kachak tidak bersalah menjadi mangsa.
Pada entri yang LEPAS, Mr.Hac ada menunjukkan kepada anda cara untuk memasang (install) XBMC pada Ubuntu 11.10, malangnya cara itu tidak berkesan. Namun hari ini lepas cari punya cari, jumpalah dengan jawapan yang sebenarnya tidaklah jauh dari laman web rasmi XBMC itu sendiri. Tetapi tutorialnya dalam bahasa Jerman. Mari Mr.Hac mudahkan anda untuk membacanya dalam bahasa Melayu, ok?
Buka terminal, dan sila masukkan baris perintah di bawah.
Untuk Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot, XBMC 10.1 tanpa PVR: