Utama Blog Laman 307

[Windows] KuaiZip : Aplikasi Zip/Rar Sempurna

0

Salam…

Alah bisa…tapi kalau dah biasa akan jadi perkara biasa juga akhirnya. Merangkak dari tempurung itulah paling payah. Mengubah minda dan perpepsi sememangnya memerlukan semangat dan aderenalin yang luar biasa. Tidak salah berakit-rakit dahulu yang senang pasti menyusul kemudian.

Perisian zip / rar merupakan aplikasi mesti ada dalam komputer kita. Berfungsi untuk memampat saiz fail yang besar supaya menjadi lebih kecil dan mudah disimpan. Begitu jugalah fungsi sebaliknya untuk membuka atau merungkai fail yang mempunyai sokongan zip / rar. Sekiranya anda kaki muat turun anda pasti selalu menemui format fail sedemikian. Harus diketahui fail yang telah dimampat ke dalam format zip / rar juga merupakan salah satu langkah paling terjamin untuk melindungi fail anda dari gangguan virus. Dan satu lagi fungsi penting yang boleh dilakukan oleh aplikasi zip / rar ialah mengunci atau memasang kata kunci ke atas fail kesayangan anda dengan selamat.

7-Zip, WinZip, WinRAR adalah diantara perisian yang gah di pasaran. Sebenarnya banyak lagi yang sepertinya di luar sana tapi mungkin kerana kekurangan beberapa fungsi atau tidak mesra guna maka kurang mendapat tempat di hati pengguna. Pada September 2011 yang lepas lahir satu lagi perisian dengan fungsi yang sama. KuaiZip ciptaan dari China yang dilepaskan 100% percuma untuk semua pengguna Windows di muka bumi ini.

Serius saya katakan selepas berbulan menggunakan KuaiZip memang tidak mengecewakan. Dengan kemampuan menyokong lebih daripada 40 format fail seperti KZ, ZIP, 7Z, ACE, ARJ, BZ2, CAB, GZ, ISO, JAR, LZH, TAR, UUE dan Z. Rasanya dah cukup dalam satu untuk melancarkan semua kerja. Satu lagi kelebihan terbaik KuaiZip ialah fungsi virtual drive yang tidak ada pada 7-Zip. Dengan adanya virtual drive maka kita boleh mount fail imej untuk CD/DVD yang biasanya berformat *.iso, *.mdf, *.mds, *.nrg. Serius lagi…semenjak adanya KuaiZip maka selamat tinggallah PowerISO dan yang sedarjah dengannya.

Banyak lagi fungsi lain sebenarnya yang ada pada KuaiZip. Anda boleh rujuk [ pr67am™ ] untuk mendalami pengajian disana. Jangan kata semua produk China tak berkualiti…KuaiZip memang terbaik! Cakap siang toleh kiri dan kanan, cakap malam – kahsian…mengigaulah sorang-sorang!

Sekian.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] Advanced SystemCare PRO 4 : Terbaik!

0

Salam…

Ladang durian meruntuh lagi. Jom kita kutip ketika ia masih lagi membau. Simpan dan peram, kelak esok jadilah gulai enak yang bisa dijamah ketika lapar. Pipi dah tersorong-sorong, sayang sekali dek oiii! …nak katakan tidak pada yang bulat bergolek didepan mata.

Sekali kilas ikan di hulu anda tentu tahu maksud tajuk entri diatas. Dua kali kilas ikan di hilir anda sudah kenal lagak IObit Advanced SystemCare. Di antara perisian System Tweaks popular dalam sejarah komputer dunia. Yang pastinya merupakan diantara perisian paling ramai penggunanya di muka bumi ini. Ianya juga dianggap di antara yang terbaik dalam kelasnya.

Rasanya tak payah saya huraikan fungsi perisian yang satu ini. Ramai yang sudahpun tahu atau tengah menggunakannya sekarang. Kepada yang belum tahu anda boleh rujuk [ Analyzer Programmer ]. Hari ini saya cuma ingin berkongsikan satu lagi lesen sah percuma bersama pembaca [ My Hackers Are Here ].

Lesen sah berharga USD19.95 ini hanyalah untuk Advanced SystemCare PRO 4 sahaja dan anda TIDAK BOLEH menaiktarafnya (upgrade) ke versi terkini Advanced SystemCare PRO 5. Kenapa? Tak memadai lagi…? Baiklah pr67am™ nak buat kenyataan disini bersandarkan pengalaman sendiri. Beberapa bulan lepas saya menggunakan Advanced SystemCare 4. Memang terbaik dan komputer pun menjadi lebih ringan dan aman. Tetapi selepas dinaiktaraf ke Advanced SystemCare 5 terasa agak annoying dan berlaku bebanan kerja dalam sistem svchost.exe. Kesimpulannya Advanced SystemCare 5 bukan dicipta untuk core duo dengan ram bawah 1.5GB. Atau mungkin ia belum lagi mencapai fasa akhir ciptaannya.

Sebenarnya Advanced SystemCare PRO 4 sudah dikira ciptaan terbaik. Namapun dah final version. Adat orang berdagang saja nak jual lesen baru. Atau saja mencipta versi baru demi menawan enjin kuasa baru seperti i5 dan i7. Kepada anda yang mempunyai komputer yang masih lagi dibawah kuasa alaf baru, Advanced SystemCare PRO 4 amat disyorkan. Berminat? Sila daftar dengan nombor siri ini:

F31C7-DC165-BBBD3-1F7FA

Ini adalah lesen sah percuma yang dibenarkan untuk Awam oleh pengedar produk tersebut. Bermakna anda tidak perlu rujuk melalui email. Tetapi dingatkan juga tawaran ini berakhir sehingga 31 Disember 2011. Agaknya selepas tarikh itu…tak boleh activated lagi kot…

Terjelepok depan monitor je dah dapat USD19.95 percuma. Haisshh…Siapa yang nak bagi? Semakin kaya-rayalah Tawkey Piramid kita. Jual dan jual lagi…siap buka cawangan kat Sg. Wang pulak…hehehe…

Sekian.

Muat turun: Advanced System Care PRO 4

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] Ashampoo® : USD109.95 Percuma Aje!

0

Salam…

Oh! Pocottt…! USD109.95 di beri percuma? Entah pokok mana pula yang bergoncang sebar angin tak masuk dek akal. Makcik yang jual karipap satu hari satu malam siap ketuk pintu rumah lagi belum tentu dapat sebanyak itu. Haisshh…Ingat! Ini bukan channel 1001 malam. Ini cuma cerita tuah si ayam. Ragu-ragu? Jom kita rungkai satu-satu…

Ashampoo® adalah diantara jenama terbesar pencipta perisian di alam siber. Ia telah menghasilkan 65 jenis perisian yang setiap satunya berada dalam kelas berkualiti antarabangsa. Dengan reputasi yang hebat maka tidak hairanlah setiap produknya dilabel dengan harga berperisa 5 bintang. Bahkan setiap produknya juga dipantau dan dikawal dengan amat ketat bagi menjamin hak ekslusif pengguna lesen sah nya. Jadinya…Ashampoo bukanlah santapan enak untuk kerabat Jack Sparrow. Inilah satu penyebab mengapa jenama Ashampoo tidak banyak digunapakai oleh kalangan marhaen.

Hari ini Ashampoo masuk kampung mempromosikan 5 jenis produknya dengan memberi lesen sah percuma. Ya! Anda akan menjadi pengguna berlesen sah dan layak mewasiatkannya sebagai pusaka keturunan keluarga. Tapi harus di ingat anda ditegah sama sekali menaiktaraf (upgrade) dari versi asal. Dan juga no…no…no…technical support sekiranya anda perlukan sebarang bantuan dari server. Pandai-pandai buat pandailah ya!

1. Langkah pertama klik [ pr67am™ ] dan masukkan coupen code: merryxmas kemudian klik Get downloads now.

2. Anda akan dibawa ke laman muat turun. Pilihlah yang mana satu idaman kalbu lalu teruskanlah proses memuat turun.

3. Lakukan pemasangan perisian yang telah anda muat turun tadi. Dan selepas siap pemasangan akan keluar pop up seperti dibawah, klik Request FREE full version key.

4. Kemudian anda akan dibawa ke laman web Ashampoo untuk memasukkan email seperti dalam imej.

5. Sila periksa kotak email anda kemudian klik link yang telah diberikan sebagai tanda pengesahan. Selepas itu sekali lagi anda akan dibawa ke laman Ashampoo untuk mengisi profil seperti dalam imej. Selesai semua perkara dalam beberapa saat anda akan diberi nombor siri pendaftaran untuk perisian.

Taa…daa! Dah siap dah! Tapi ingat dan ingat anda kena explore sendiri, pr67am™ bukanlah seorang pengujicuba jenama Ashampoo…huhuhu! Tapi saya sempat cekup satu Ashampoo Photo Commander 8…haisshh! Teruja amat! Kiranya terlebih minat anda boleh merebut kesemua tawaran diatas dengan mengikuti langkah yang sama. Sekaligus USD109.95 siap masuk percuma ke dalam poket anda. Hah!…lagi-lagilah kaya anak bangsaku!

Sekian.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] Zentimo xStorage Manager : Pengurus Peranti USB

0

Salam…

Jumaat penghulu segala hari. Jumaat itu indah. Jumaat itu pemurah. Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk tidak lupa dicicah. Yang terbaik cuba kami sampaikan. Yang tidak baik anda sendiri fikir-fikirkan. Kami disini bukan nak jadi Jebat, mengamuk bila di agah. Pun kami tidak meminta anda menjadi Tuah, mengangguk tanpa membantah. Kami bukan pencipta perisian dan kami bukan pelaris aplikasi. Sekadar membantu anda berkongsikan pilihan. Pilihlah ikut kesesuaian dan kemampuan.

Apakah yang anda gunakan sebagai pengurus peranti USB di dalam pc anda? Sekiranya tiada atau tengah tercari-cari, apa kata anda mencuba Zentimo xStorage Manager. USB adalah satu lubang terbuka paling mudah untuk virus meresap ke dalam pc anda. Apabila unsur luar di bawa masuk seperti pemacu mudah alih (pendrive), cd/dvd atau card reader maka berpusu-pusulah virus autorun.inf atau malicious cuba menerjah masuk ke pc anda. Maka disinilah Zentimo xStorage Manager memainkan peranannya bertindak segera menyekat dan membuat pemeriksaan keatas data sebelum disahkan selamat dan bebas dari anasir perosak. Tindakan yang sama juga akan berlaku ketika anda mencabut keluar pemacu USB. Dalam bahasa mudah Zentimo xStorage Manager ibarat Doktor di Pusat Imigresen yang melakukan check-up bagi memastikan perkakas anda lebih selamat dan sihat sepanjang waktu.

Zentimo xStorage Manager didatangkan dengan tempoh percubaan selama 30 hari. Dan untuk kekal terus sebagai pengguna anda perlu membayar USD29.90. Haishhhk! Lagi-lagi mahal…mana tahan ini macam! Nakkan yang percuma? Nakkan yang bebas Virus? Nakkan yang asli dari ladang? Yeah…khabar baik! Zentimo xStorage Manager memberi lesen sah percuma sehingga 21 Disember 2011. Bermakna ada 5 hari lagi untuk anda menjadi lipas kudung…Bergegaslah ke pr67am™ untuk mendapatkan tuah anda. Gapailah ketika langit masih lagi terbuka. Kali ini anda tidak payah jadi orang hitam putih kerana promosi ini sememangnya bersifat antarabangsa.

Lesen yang bakal diperolehi anda boleh gunakannya sampai ke anak cucu cicit pian. Tapi dengan syarat anda tidak boleh menaiktaraf Zentimo xStorage Manager dari version 1.4.1. Adoohhh…! Eh! Dah disorong bantal ketika mengantuk. Diselimut ketika sejuk. Diberi bantal peluk ketika merengkok. Tak cukup lena ke…? Anda boleh dapat sebanyak mungkin lesen tersebut dengan email yang berbeza. Haisshk!… Sekali lagi syarikat piramid…kaya-raya-kaya! Apa macam…bisnes? 😉

Sekian.

Rujukan: USB Disk Security

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ultimate Edition 3.0 : Gempak, Gemok, Gila lah!

0

Salam semua. Haha! Jangan gelak kuat sangat bila baca tajuk tu! Memang sengaja Mr.Hac mengejanya begitu supaya anda tidak berasa ‘tertekan’ sangat atau ‘serius’ bila membaca entri mengenai Linux.

Mr.Hac membawakan kepada anda satu lagi distro Linux yang amat sesuai untuk para pemula. Kenapa? Kerana ia penuh dengan aplikasi-aplikasi serta perisian-perisian yang sedia terpasang untuk anda gunakan. Ia adalah Ultimate Edition 3.0, sebuah distro Linux yang berasaskan Ubuntu 11.04 Natty Narwhal. Menggunakan paparan Gnome Desktop (2.32) sepenuhnya, ia didatangkan dengan ciri-ciri kesan visual yang hebat hasil penggunaan Compiz contohnya 3D Desktop Cube, Burn, Beam Up, Dream, Magic Lamp, Wobbly Windows, Leaf Spread, Explode dan sebagainya yang sekiranya ingin disebutkan semua di sini, panjang berjela jadinya!

Mr.Hac katakan ia ‘Gempak’ kerana ia penuh dengan perisian-perisian hebat, ‘Gemok’ (Gemuk) kerana saiz ISO yang mencapai 3.5GB dan ‘Gila lah’ kerana ia penuh dengan tweaking dan kesan visual, wallpaper serta theme yang cantik lagi menarik untuk anda gunakan. Jika anda sukakan tema yang gelap, distro ini banyak tema seperti itu untuk anda!

Tonton video di bawah untuk mendapatkan gambaran mengenai distro ini.

Buat mereka yang ingin bertanya, sebelum anda bertanya lebih baik Mr.Hac jawab dulu. Video ini telah direkod menggunakan Desktop Recorder (gtk-recordMyDekstop), disunting menggunakan perisian Openshot Video Editor, dan ditukar format Mp4 kepada Webm menggunakan Arista Transcoder.

Anda boleh muat turun fail ISO UE 3.0 di sini -> Ultimate Editon 3.0

Oh.. Lupa nak disebutkan, bahawa UE 3.0 juga ada versi GAMERS, dengan LXDE Desktop sebagai tampilan untuk prestasi gaming yang terbaik (kerana LXDE, seperti yang kita tahu sangat ‘ringan’). Ia mempunyai lebih dari 50 jenis permainan yang anda boleh cuba sendiri setiap satu darinya. Tak termampu untuk Mr.Hac ulas satu demi satu!

Anda boleh muat turun UE 3.0 Gamer di sini -> Ultimate Editon 3.0 Gamers

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Webfreer – Melayari Web Dengan Menyembunyikan IP

0

Dah lama tak menulis ni rasa kekok pulak.

OK lah, korang pernah dengar pelayar web Comodo Dragon? pelayar yang berasas dari chrome. Ape beza Chrome tu dengan Comodo Dragon?
Ya dari segi privasi.

Kini 1 lagi pelayar dengan ciri privasi dan asas yang sama menggunakan chrome telah muncul. Mungkin pelayar ni dah lama ada, tapi Janjang baru perasan. Mungkin juga ada diantara korang pernah pakai. Nama pelayar tu Webfreer.
Jadi ape beza antara Comodo Dragon dengan Webfreer ni?

Webfreer ni didatangkan dengan extension proxy. Install jer dah ada dan terus pakai. Kawan Janjang pakai dapat IP Canada, Janjang try plak dapat IP US. Maknenyer memang dia bagi random IP. Boleh pilih ke tidak nak pakai IP yang mane tu Janjang tak pasti, korang kena cuba explore 🙂

Setakat ni semua laman yang opis Janjang blocked boleh lepas kecuali facebook. Power sangat kot firewall kat opis ni.

Kalau dibagi pilihan, janjang lebih suka guna Comodo. sebab? Comodo ade kelebihan dengan menggunakan DNS dari developer tu sendiri. Jadi setiap kali kita melayari web, web tu akan rujuk pada pangkalan data Comodo sama ia selamat atau tidak. pishing ker, ade malware ker.

Tapi kalau kita nak cepat pakai proxy, Webfreer ni senang, pasang dan guna jer.

dapatkan webfreer disini : Webfreer

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

WBC Channel : Saluran TV Percuma Baru Untuk Anda

0

Semalam sahabat Mr.Hac, bro Apexg2 telah mewar-warkan satu berita menarik untuk kita semua iaitu Malaysia bakal mempunyai sebuah lagi saluran television yang baru selain TV9 dan TV Al-Hijrah iaitu WBC. (Kredit kepada beliau untuk gambar dan berita ini. Malas nak ambil screenshot sendiri.)

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Pasang Kazam Screencaster Pada Ubuntu 11.10 (PPA)

0

Sebelum kita teruskan entri ini, eloklah Mr.Hac pesan awal-awal kepada pemilik blog theart untuk MENGHENTIKAN KEGIATAN COPY PASTE anda dari blog ini.. Aku penat mencari idea dan itu bukan kerja mudah apabila aku perlukan sehari suntuk untuk mendapatkan jawapan kepada pelbagai masalah. HENTIKAN AKTIVITI KAMU ITU.

Aku juga tahu ada satu lagi blog yang URL-nya ‘hackers-malaysia.blogspot.com’, juga menyalin entri di sini. Seronok nampak?? Makanlah duit haram kamu ketika kamu mampu..

Baiklah. Dalam entri sebelum INI, kita belajar cara memasang Kazam Screencaster yang gantang pada Ubuntu 11.10 dengan cara yang agak sukar bagi para pemula. Tetapi Alhamdulillah, ada seorang pengguna Ubuntu 11.10 telah membuat PPA untuk Kazam Screencaster ini dan melengkapkan kesemua dependencies agar ia boleh dipasang tanpa masalah.

Ya, memang tiada masalah. Mr.Hac telah mencubanya pada Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot dan ia berfungsi seperti selalunya.

Anda boleh memasangnya melalui Terminal dengan menggunakan baris perintah di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:vanhoof/kazam-scratch

sudo apt-get update

sudo apt-get install kazam

Terima kasih kepada Chris Van Hoof untuk PPA anda ini!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Mozilla] gTranslate : Kamus Firefox

0

Salam…

Dunia tanpa sempadan. Hidup tanpa batasan. Bodoh bukan lagi alasan. Aliran bukannya perbezaan. Bahasa bukan halangan. Selagi mahu di situ ada jalan. Dimana ada persoalan di situ jualah tersimpannya jawapan. I don’t know jangan dijadikan kesimpulan. Yang pasti jangan dibiarkan diri anda tercungap keseorangan. Carilah peneman…Ya! gTranslate bisa merungkai segala permasalahan.

Anda pengguna Mozilla Firefox? Jangan sesekali lupa sisipkan gTranslate sebagai extension mesti ada pada pelayar anda… gTranslate adalah kamus yang bekerja secara real time mampu menterjemahkan 52 bahasa utama dunia. Yang kembang hidungnya…Bahasa Melayu juga termasuk dalam senarai tersebut. Berasaskan Google Translation Services yang cuma bersaiz 41.7KB di jamin tidak akan melembabkan prestasi Mozilla Firefox anda.

Cara guna yang teramat mudah. Cuma highlight kan pada perkataan atau ayat target kemudian klik kanan. Pergi ke logo gTranslate dalam klik kanan tersebut…Nah! Siap…Sampai disini untuk lanjutan anda juga boleh terus ke laman Google Translate dengan klik pada terjemahan tersebut. Ringkas, mudah, ringan, pantas dan santai…terungkai sudah kebuntuan bahasa. Jangan di tipu lagi Belalang dek nujum anda…biarkan gTranslate mainkan peranannya.

Sebenarnya ada satu lagi extension yang fungsinya sama seperti gTranslate. Anda pilihlah salah satu daripadanya : gTranslate atau Gesture Translate. Pilihan di tangan…dan gunakanlah tangan kanan. Mudahan dengan adanya gTranslate anda tidak lagi buta dalam meraba makna yang tak sudah-sudah.

Sekian.

Rujukan Tambahan: Ace Translator

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Budak Gigi Rabbit : Jenayah Siber Terancang?

0

Sebelum anda membaca keseluruhan entri ini, sila baca terlebih dahulu entri blog Budak Gigi Rabbit
di sini -> Kpop?euww (Selepas ini dirujuk sebagai BBGR)

Baca pula ulasan dari Mazidul Akmal Sidik di sini -> 1 ENTRI LEBIH 1700 KOMEN WOW!

Baca juga LAPORAN POLIS yang dibuat oleh saudaranya di sini -> Hazrey.com

Sekarang anda sudah fahamkan fakta-fakta PENTING yang perlu anda ketahui? Baik.. Lets move on. Kita telusuri kes ini bersama Mr.Hac pula, sekali lagi.

Amira Afiqah, seperti gambar di bawah, adalah mangsa kepada KECURIAN IDENTITI (Identity Theft). Gambar beliau telah digunakan untuk tujuan yang tidak baik, iaitu impersonasi identitinya dengan meletakkan gambar beliau dalam sebuah blog, yang mana entri pertamanya adalah satu pengutukan terhadap K-POP.

Ternyata, pengutukan itu membawa padah apabila beliau menerima beribu kutukan dan UGUTAN dari para peminat K-pop yang benar-benar fanatik.

Persoalan yang aneh, kenapa Mr.Hac katakan ia adalah satu kecurian identiti:

1. Blog itu telah dicipta pada 5 Disember 2011. Baru lagi derrr..

2. Entry pertama dipos pada 5.01 petang dan menerima komen yang pertama 10 MINIT setelah ia dipaparkan! HUH??

3. Setakat ini lebih 2000++ komen diterima pada entri tersebut! Wah! Hebat!

Terdapat dua ‘kesalahan’ yang mungkin berlaku ketika ini. Pertamanya jika benar Amira Afiqah BUKAN pemilik blog BBGR, individu yang paling hampir kepada kes kecurian identiti ini ialah orang yang memberikan KOMEN PERTAMA pada blognya. Kenapa? Kerana bagaimanakah beliau, secara JELAS, dapat menjumpai BBGR dengan entri pertama yang kontroversi itu?

Baiklah. ‘Kesalahan’ kedua pula, katakan Amira Afiqah dengan sengaja menerbitkan entri itu, kemudian menggunakan kemudahan blog atau laman ping entri untuk PING entri beliau yang komtroversi itu, dan kemudian melakukan pinging secara berterusan, ianya masih tetap mustahil untuk menerima kunjungan luar biasa dari para K-popers ini dari widget pinging pada blog-blog yang menggunakannya, kerana adalah penting untuk anda tahu, para pembangun servis ini pastinya memerlukan masa untuk memproses permohonan blog beliau. Tak lupa juga pasti ada syarat-syarat tertentu yang diperlukan contohnya jumlah trafik dalam sehari.

Masalahnya blog beliau ketika itu baru sehari derrr.. Sempat pula beliau membuat permintaan (Request) pada blog atau laman yang menyediakan servis ping entri. Hebat..

Dapat dilihat ramai peminat K-pop yang tiba-tiba menjadi alim ulama’ wal umara apabila menasihati beliau supaya bertaubat, pakai tudung dan bla bla bla. Mungkin mereka terlepas pandang K-pop itu adalah hiburan yang LAGHA dan melalaikan. Ahh.. fikir sendiri. Aku hacker, bukan ustaz.

Tetapi apa yang paling penting ialah UGUTAN yang diterima beliau sangat tidak musabah. Sudahlah kamu membela sesuatu yang LAGHA, kamu ugut BUNUH pula mereka yang membencinya!

Ingat, seperti kata Mazidul Akmal Sidik, negara ini ada UNDANG-UNDANG dan anda boleh diheret ke mahkamah sivil atas kesalahan ugutan jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Tak lupa juga anda melakukan PENCURIAN IDENTITI dengan NIAT JAHAT.

Kepada PEMILIK SEBENAR BBGR, anda tidak akan TERLEPAS dari undang-undang!

Mr.Hac: AMARAN. Jika ada diantara anda merupakan K-popers dan kemudian membuat komen yang tidak sepatutnya di sini, anda tersalah rumah! Mr.Hac tidak akan teragak-agak untuk memberikan identiti anda kepada pihak berkuasa!

If you like this article, please press Google PlusOne button above and hit subscribe! Hahah! Tang mana nak subscribe tuuu.. -> Follow atau langgan FeedBurner!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline