Dalam folder Windows XP Home Edition tu ada 2 folder. Windows Xp Genuine Forever 100% dan XP SP3 [AntiWPA] Activator
Mula2 buka folder XP SP3 [AntiWPA] Activator, then klik AntiWPA3.cmd
Tengok ada ja ayat ” ENTER to continue “, hint Enter!
Screen anda akan mengeletar seketika lalu hint enter sekali lagi.
BINGOO!! dah Activation =P
Ini ScreenShotnya.
Dalam Windows XP Home Edition.zip tu ada 2 folder.
P/s : sila abaikan perkataan Home Edition. Kerana saya suka guna Windows HE ^^
Langkah 3
Proses ini rumit sikit, tak apa, slow2 kita handle eh ^^
Buka folder Windows Xp Genuine Forever 100%
Copy semua file yang ada dalam folder System32. ( Ada pun 5 file ja =P )
Buka My Computer>Local C ( ini bergantung letter apa windows anda )>Windows ( sesetengah CD windows Pirate, folder windows bertukar2, antaranya WINXP dan WINDOWS < yang ni tak tahu betul atau tak.hehe )>System32 dan paste 5 file tu.
Belum habis lagi. Sila tekan Start, then tekan Run.
Taip perkataan ni. ” instexnt install ” ( abaikan ” tu. Copy paste ayat tu pun boleh ^^ )
Keluar cmd tu kira berjaya 80%
Anda ada 2 pilihan. Sama ada klik file 1.reg tu atau restart PC. Ikut keselesaan masing2.
Ending Langkah 3 ni anda perlu buka Microsoft Genuine Advantage Diagnostic Tool.exe untuk check sudah Genuine ke belum.
Puff!! Selesai ^^
Ini ScreenShot folder Windows Xp Genuine Forever 100%
Itu sahaja langkah2nya.
Lebih molek jangan on Automatic Update ^^
Tips : Kalau nak cari DVD Windows XP, cari yang SP3 kerana kebanyakkan software dan game perlukan SP3. Sebagai contoh Software Samsung Kies. ( extra .net framework 3.5)
p/s : maaf sekali lagi kerana screenshot dilakukan di Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot. Sebab itu sesetengah SS tak dapat ambil
Salam semua. Ok guys, off topic pasal IT sekejap! Hari ni Mr.Hac nak cerita tentang satu dari hobi Mr.Hac yang pelbagai, kerana selain dari minat yang mendalam terhadap dunia IT, dunia mistikal, Mr.Hac juga mempunyai minat yang sama dalamnya dengan dunia haiwan! Ya. Dan salah satu dari jenis haiwan yang sedang menempatkan diri di rumah Mr.Hac ialah ikan laga atau nama saintifiknya Betta Splendens.
Sebelum ini, di apartment yang Mr.Hac duduki sekarang, telah banyak jenis haiwan yang pernah Mr.Hac pelihara. Antaranya seperti Syrians Hamster, Ikan Toman Bunga (Emperor Snakehead a.k.a Channa Marulioides), IKAN NAGA a.k.a Senegal Bichir, Kucing, dan juga Kura-kura Red Eared Slider. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Mr.Hac terpaksa jual kesemua haiwan-haiwan tersebut atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Tetapi kalau dah nama sukakan haiwan, pasti akan mencari juga penggantinya. Mr.Hac kembali membeli haiwan peliharaan terbaru iaitu Halfmoon Betta atau Ikan Laga Halfmoon. Memang super duper cantik! Jika anda merupakan salah seorang peminat Halfmoon, jangan ketinggalan untuk datang di Bazaar Larut Malam Mines, atau The Mines Downtown berhadapan dengan The Heritage Resident Mines Sri Serdang Selangor, berseberang jalan dengan The Mines Shopping Complex.
Gambar-gambar berikut ialah gambar lot kedai yang mempamerkan koleksi Ikan Laga Halfmoon, Crowntail, Veiltail, Plakat, dan juga Roundtail.
Barisan Crowntail, Veiltail dan Roundtail
Barisan Plakat dan Halfmoon
Barisan Plakat dan Halfmoon Yang Awesome!!
Gambar di bawah adalah merupakan SEBAHAGIAN dari koleksi Mr.Hac:
Halfmoon Betina
Halfmoon Jantan : Blueweey
Halfmoon Jantan : Fluffy
Bagaimana? Tertarik tak? Kalau rasa tertarik, jangan lepaskan peluang ini! Setiap satu ekor ikan laga jantan Halfmoon dijual pada harga RM15 (Beserta bekas), Crowntail RM10 dan yang lain-lain tu memang Mr.Hac belum tanyakan lagi! Haha! Cepat. Jangan terlambat. Lengkapkan koleksi anda hari ini.
Kalau anda jenis yang sukakan cabaran, cuba pelihara ikan Toman gergasi/sport atau bahasa saintifiknya Channa Micropeltes. Kenapa? Kerana selain ganas, ia boleh membesar dengan cepat dan saiznya boleh buatkan anda terpaksa bertukar akuarium selang beberapa bulan.
Selain itu, jika anda sukakan sesuatu yang unik, cuba pelihara pokok pemakan lalat atau bahasa saintifiknya Venus Flytrap. Dahulu, Mr.Hac pernah cuba memeliharanya, namun tersalah beli benih kerana ditipu peniaga dari Cameron Highlands. Jadi berhati-hati. Jika hendak membeli, cari di Forum-forum dalam talian yang establish dan popular seperti PetPitcher Forum. Kemudian jika anda inginkan panduan mengenai ikan-ikan ganas seperti Toman, sila dapatkan di forum Monster Fish Keepers.
Jika anda bertanyakan kepada Mr.Hac, ya. Dulu memang Mr.Hac aktif di forum-forum tersebut. Setelah jemu melihat forum, Mr.Hac menceburi pula dunia blog, terus tak pandang lagi dengan forum. Oh ya. Forum automotif seperti motorsikal (Contohnya Yamaha FZ 150, LC 135) dan kereta/MPV seperti Exora juga pernah Mr.Hac sertai. Mungkin kita pernah berjumpa di mana-mana dalam salah satu daripada forum-forum tersebut? Haha. Selamat malam dan semoga berjumpa lagi!
Mr.Hac: Pelan seterusnya mungkin ingin pelihara SUGAR GLIDER!!
Facebook telah memperkenalkan software yang sangat mudah iaitu “Facebook Messenger” untuk platfom window..
Ini adalah satu software yang berfungsi seperti Google Talk, MSN Messenger atau apa-apa perisian lain yang anda gunakan untuk berbual dengan rakan-rakan anda dalam talian.
Nak tengok rupa dia macam mana..tengok bawah:
Ciri-ciri Facebook Messenger:
-Sembang dan mesej dengan rakan-rakan anda di Facebook..
-Lihat maklumat terkini daripada rakan-rakan..
-Dapatkan pemberitahuan cepat tentang apa yang sedang berlaku..
Dropbox ialah satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi pengkomputeran awan sebagai nadinya. Jika anda adalah pengguna Ubuntu, anda pasti sudah biasa dengan servis seperti ini kerana Ubuntu menyediakan storan awan percuma untuk setiap penggunanya iaitu Ubuntu One. Jika anda masih belum mendaftar, silakan mendaftar sekarang. Rugi kalau tak guna, kerana Ubuntu One memberikan ruang percuma sebanyak 5GB!
Dropbox pula memberikan ruang storan percuma sebanyak 2GB setiap seorang, yang boleh ditingkatkan dengan beberapa cara. Antaranya dengan menjemput rakan-rakan anda untuk menyertai dan menggunakan Dropbox serta memasang klien Dropbox pada komputer mereka. Selain itu, dengan melengkapkan ‘misi’ yang diberikan oleh Dropbox, anda juga boleh memperolehi 250MB lagi secara percuma. Cuma lengkapkan 5 misi sahaja dan 250MB ruang storan akan menjadi milik anda.
Untuk pengguna Windows dan Mac OS, anda boleh mendaftar dan memuat turun klien Dropbox melalui pautan berikut : DROPBOX
Untuk pengguna Ubuntu, anda boleh juga menggunakan pautan di atas untuk mendaftar, tetapi untuk memasang klien Dropbox, sila gunakan baris perintah di bawah untuk memasang versi klien yang paling baru:
Kemudian, anda cuma ‘follow the flow’ untuk melengkapkan pemasangan:
PERHATIAN: Pada paparan skrin di bawah, semuanya sudah ‘clear’, tiada masalah. Tetapi jika tetingkap seperti di bawah memaparkan ada pakej yang TIDAK LENGKAP atau tiada, anda boleh terus memasangkan pakej tersebut melalui Terminal dengan baris perintah:
sudo apt-get install NAMA PAKEJ
Lengkapkan misi yang diberi untuk mendapatkan ruang storan ekstra
Alhamdulillah, niat untuk menyumbang maklumat di MHAH tercapai ^^
Nak update selalu rasanya boleh “kot”
InsyaAllah jika kelapangan saya update.
Back To Topic,
Tutorial ini boleh ikut pengguna yang pakai Sony Ericsson Xperia X8.
Tapi kena ingat, Xperia X8 ini ada dua jenis. E15i dan E15a.
E15i senang sikit kerana tidak perlu untuk menukarkan baseband version.
E15a pula kena tukar baseband version kerana sesetengah ROM tidak support E15a.
Sebarang air untuk minum ( untuk ketika menunggu =P )
Pastikan anda ada barang di atas baru boleh ikut step seterusnya na?
Attention : Sila disable antivirus anda, kerana ia detect Virus pada file ” GingerBreak “. Lepas sudah download no.2 dan no.3, hendaklah diextract dahulu yer =) dan pastikan ada berada di tempat yang ada WIFI.
p/s : maaf kerana tidak bekalkan gambar =(
Charge Handphone
Pastikan handphone anda semua “fully charged!” atau 50% ke atas. Kerana bawah 50% tidak boleh untuk update firmware dan install ROM. Pernah sekali saya lupa charge. Install ROM dalam keadaan mengantuk, sampai terpadam X8 kawan saya. Nasib ok balik, install semula update tu.
Backup Contact
Pastikan anda semua backup dahulu contact yang ada dalam X8 kerana selepas Update/Install ROM, contact akan hilang. Caranya senang sahaja. Hanya menekan Softkey ( atas softkey tu ada 4 kotak kecil) lalu memilih ” Import/Export “. Cadangan saya, pilih “Export to SD card ” kerana ia akan disimpankan dalam Memory Card anda!. Boleh anda simpan, dan jika memakai Handphone baru yang menggunakan konsep “Android” hanya tekan contact tu lalu akan di simpankan dalam contact handphone.
SD card
SD card atau bahasa manjanya, Memory Card hendaklah dipasang dalam X8 anda kerana ia sememangnya perlukan Memory Card untuk update/repair X8 anda.
Dah sedia?
Jom melangkah step seterusnya! ^^
Step 1
Cucuk/Connect cable anda pada X8 dan PC anda. ( pastikan bateri anda 50% atau full)
Tekan ” Start ” di column ” Support Zone “. Dan tunggu ia download. Tidak lama, hanya 2MB saja filenya. Kemudian anda akan masuk satu tempat, di mana ada 3 bahagian, lupakan 2 bahagian tersebut, cuma anda perlu tekan Update sahaja.
Sila pilih jenis Handphone anda. Jika X8, pilih Xperia X8, abaikan warna tu. Jika anda pakai case hitam, boleh juga. ” Tidak menjejaskan X8 anda melainkan pilih jenis lain ==” “
Jika ia mengatakan latest update, kira OK la. ^^ Kalau tidak ikut langkah2 yang keluar di screen anda.
Ini untuk yang firmware lama, selepas ia download file update, sila ikut betul2 langkah yang keluar di screen tu tau. ” Jangan lupa cucuk cable di X8 dahulu, tekan butang Back selepas cucuk cable di PC “
Jika anda pertama kali guna, lambat sedikit la. Harap sabar yer :3
Selesai update semua itu, anda dapat latest firmware pada X8 anda ^^
Extra :
Sila pergi ke Settings>Applications>” Unknown sources ” dan ✔. Sama juga ✔ ” USB debugging ” dalam Development.
Step 2
Buka file yang bernama SuperOneClick.exe. Kemudian connect X8 anda, tapi jangan tekan apa2, cuba connect sahaja X8 anda.
Selepas connect cable, anda boleh tekan Root.
Anda perlu tekan YES saja. Kecuali ending proses ada butang Donate. =P
Maka X8 anda telah diROOTkan.
p/s : Jika anda ROOT X8 anda, maka terbatallah warranty anda. Jadi, tanggungjawab anda 100% jika anda buat. Saya hanya beri langkah dan bantu jika ada kesulitan saja ^^
Step 3
Ingat lagi Step 2? Jika tidak ingat, tu lihat atas =P. Barulah boleh tekan Connect Phone. ( eh, lebih kurang la. Sebab saya tak boleh set semula X8 saya kerana petang ni balik Sg. Petani da =(. Maaf sangat2 )
Buka folder ” xperia x8 “
Copy folder xRecovery, kemudian paste dalam SD anda.
Buka folder Root Explorer, copy Root.Explorer.2.14.2.apk dan letak dalam SD anda.
Connect wifi, dan buka Market, Update/Install SuperUser dan Install Astro File Manager. Kemudian buka Astro lalu install Root Explorer yang anda copy dari PC ke SD anda..
Selepas update, reboot X8. ( Reboot tu turn off dan on balik. Stock ROM tiada Reboot )
Pastikan anda connect wifi, kemudian buka SuperUser, tekan softkey kiri dan pilih Preferences.
Scroll bawah sekali pilih Su binary #version SU anda.
Tekan Allow. ( Jangan tekan lambat, nanti failed )
Keluar Apps SuperUser, buka Apps Root Explorer.
Tekan Allow untuk guna. Jika naik Restart Apps itu kerana anda tidak update SuperUser anda.
Buka folder xRecovery dengan menggunakan Root Explorer, kemudian masuk sdcard,masuk folder xRecovery lalu tekan softkey kiri itu, pilih Multi-Select, ✔ 3 file yang ada dalam folder tu. Busybox, chargemon, dan xrecovery. Tekan Move boleh, Copy pun boleh.
Tekan softkey back 2x tau. Masuk folder system>bin. Nampak tak ada perkataan ” Mount R/* “. Cuba paste, jika tidak boleh tekan Mount R/* lagi sekali.
Sudah paste, turn off X8 anda. Tunggu 5 saat dan BINGGO! xRecovery dah install dalam X8 anda.^^
Cara2 Menggunakan xRecovery
Volume UP – Untuk tekan atas
Volume DOWN – Untuk tekan bawah
Sofkey Menu – Untuk Enter
Sila pilih ” Backup and restore “
Tekan Backup. ( ini untuk persediaan jika berlakunya pekara tidak diingini. Sediakan payung sebelum hujan ^^ )
p/s : pastikan SD anda lebih 500MB ke atas. untuk backup data. file tersebut boleh dicari di SD anda, nama xRecovery.
Extra : kalau download ROM, paste dalam folder xrecovery supaya senang nak flash^^
Untuk install custom ROM hanya melakukan Full Wipe dahulu baru pilih Install Custom Zip>Choose custom zip from sdcard>xrecovery. Full wipe lepas install ROM. Jika banyak, banyak la. Sampai last update tu tidak perlu full wipe dah ^^
Custom ROM cadangan saya GingerDX by Doixanh. Gempak! Lepas anda pakai, dalam ROM itu ada Terminal Emulator ^^
Berita Buruk : Windows 7 dan XP boleh la buat, Linux/Ubuntu saya tidak tahu =(
Jika ada keraguan dan pertanyaan sila respon yer ^^
Jika Ubuntu mempunyai Ailurus, jangan tak tahu yang Windows juga mempunyai sytem tweaker dari Uniblue.
Uniblue System Tweaker membantu anda mengubahsuai tetapan pada sistem Windows tanpa perlu teraba-raba mencarinya dalam Control Panel. Mempunyai lebih dari 50 jenis tweak, anda tidak perlu gusar lagi untuk mencubanya.
Sistem Operasi Yang Disokong: Windows XP, Vista dan Windows 7 (32 & 64 bit)
3.Anda akan dibawa ke halaman rasmi Uniblue di mana anda perlu memasukkan butir-butir anda seperti nama pertama, nama terakhir, bandar, negara dan alamat e-mel.
4.Apa yang anda perlu buat cuma tunggu.. kemudiannya akan memaparkan pautan muat turun dan lesen..
5.Lesen percuma diberi kepada orang pertama..tengok di bawah..
Program ini ialah sebuah program untuk mencipta salinan sandaran terhadap fail-fail anda yang penting. Ia bertindak secara automatik, di mana ia membuat salinan secara konsisten tanpa anda perlu memikirkan akan jadual salinan sandaran harian.
Paragon System Backup 10.5 SE ini hanya boleh digunakan pada cakera keras luaran sahaja. Cepat dapatkan perisian ini kerana ia cuma dibuka selama 24 jam sahaja!
Anda akan di bawa ke satu halaman untuk pendaftaran:
Apa yang perlu anda lakukan sesudah selesai pendaftaran ialah periksa e-mel yang anda gunakan untuk pendaftaran tersebut. Anda akan menerima lesen sah bagi perisian ini. Kemudian sila pergi ke halaman berikut untuk muat turun: DOWNLOAD
Kemudian, pasangkan ia sepertimana perisian lain lazimnya:
Masukkan lesen yang telah diberikan kepada anda:
Giveaway ini akan tamat dalam tempoh beberapa jama sahaja lagi. Cepat!
Ailurus merupakan satu tool yang paling bagus untuk melakukan pengubahsuaian, pemasangan, pemantauan dan sebagainya terhadap sistem Ubuntu (atau derivatif Ubuntu). Ia mempunyai pelbagai jenis fungsi seperti:
Membantu pengguna mempelajari dan memahirkan diri dengan Linux
Memasang beberapa aplikasi yang bagus untuk sistem
Memasukkan repositori pihak ketiga
Memaparkan maklumat perkakasan asas
Membersihkan cache APT / YUM
Membuat sandaran dan memulihkan status APT / YUM
Menukar tetapan GNOME
menguruskan repositori
Menukar nama host
Menambah atau membuang program
Mengosongkan cache Nautilus
Menghapuskan fail konfigurasi perisian yang tidak digunakan dan banyak lagi!
Untuk memasangnya pada Ubuntu, masukkan baris perintah di bawah ke dalam Terminal:
Cepat dan mudah untuk menggunakan perisian menyimpan virus, cecacing, spyware, dan laman-laman Internet yang berbahaya dari komputer anda. Anda boleh meneroka keajaiban web tanpa merasa bimbang. Menyimpan virus, pencuri identiti dan hacker jauhnya dan menikmati ombak…
-Perlindungan lengkap menentang virus dan spyware..
-Firewall untuk menghalang serangan-serangan penggodam..
-Melayari perlindungan yang mengenal pasti laman web yang tidak selamat…
-Perlindungan terhadap kecurian identiti..
-Menyekat spam dan phishing e-mel..
-Yang ni penting,kawalan ibu bapa untuk melindungi anak-anak anda dalam talian..
Sistem Operasi Yang Disokong:
Windows 7 (all editions)
Windows Vista (all editions)
Windows XP Home Edition
Windows XP Professional
Windows XP Media Center Edition
Microsoft® Windows® 7* or Windows Vista*:
Processor: Capable of running Windows 7 or Windows Vista
Memory requirements: 512 MB (1 GB recommended)
Disk Space: Maximum 600 MB during installation
Browser: Minimum Internet Explorer 6.0
CD-ROM & High speed internet connection
* Sistem ini mesti memenuhi keperluan minima Vista Windows 7 / Windows sebagaimana yang dinyatakan oleh Microsoft..
Sapa yang tak pernah tengok rupa F-Secure Internet Security macam ini lah rupanya..
Cara untuk mendapatkan GIVEAWAY
1.Apa yang anda perlu buat adalah register macam biasa la…
Anda akan menerima kunci lesen anda dan pautan muat turun untuk F-Secure Internet Security 2011..
2. F-Secure Internet Security 2011 akan tamat pada September 2011 hingga Ogos 2012, anda boleh mendapatkan lesen percuma, yang anda boleh gunakan F-Secure Internet Security 2011 sebanyak 12 bulan percuma.
12 bulan percuma kasi sedut banyak2..
3.Apa yang anda perlu buat dapatkan kod buka kunci percuma anda untuk F-Secure Internet Security 2011 di sini:Luqman man
Nak tau macam mana rupa nak register F-Secure Internet Security 2011..
Sapa yang tak tau nak register macam mana sila komen di bawah..
FiMOS ialah sebuah distro Linux berasaskan Ubuntu yang telah dicipta oleh rakyat Malaysia. Ia merupakan singkatan dari The First Malaysian Operating System. Kod namanya yang pertama ialah Transformasi, dan untuk pengetahuan anda nama asalnya ialah MY1OS. Namun begitu, atas sebab-sebab tertentu ia telah ditukar kepada FiMOS, walaupun ia bukanlah distro Linux yang pertama dari Malaysia!
FiMOS bukanlah percuma. Anda perlu membelinya dari laman sesawang rasmi di sini -> FiMOS.
Dengan harga sebanyak RM111, anda boleh memiliki sistem operasi Linux ini. Berikut adalah paparan video FiMOS Transformasi:
Komen Mr.Hac:
1. FiMOS bukan Linux Malaysia yang pertama, jadi nama The First Malaysian Operating System itu memang sangat ‘tidak kena’.
2. Harga RM111? Adakah anda rasa ia berbaloi untuk dibeli? Terpulang. Apapun alasan anda, Mr.Hac tetap katakan tidak. Harga letak nombor 1,1,1, ada unsur-unsur 1 Malaysia a.k.a politik lagi ke? Tahulah dahulu nama asalnya MY1OS, tak kanlah harga juga nak letak nombor 1? RM11 boleh? Lihat gambar dibawah, gambar asal MY1OS:
3. Bukan tidak mahu menyokong produk buatan Malaysia, tetapi Mr.Hac lebih rela menyokong Revamp Linux atau Oshirix mahupun simpleLinux dan Narloo Ribbon. Kerana apa? Kerana ia bebas dari unsur meragukan. Contoh? Lihat pada laman web rasminya di bawah. Langsung tidak dikemaskini (lihat pada tulisan di dalam kotak hitam):