Utama Blog Laman 291

[Giveaway]Emsisoft Mamutu 3

0

Emsisoft Mamutu 3 adalah sejenis anti-malware yang terbaik..Ia boleh mengesan malware yang berada di mana sahaja,tak kira berada dalam pendrive anda mahupun dalam PC anda..Emsisoft Mamutu 3 direka untuk membuat tuntutan yang minimum ke atas sumber-sumber sistem, jadi anda boleh mendapatkan perlindungan tambahan tanpa membawa PC anda menjadi tidak betul…Mamutu 3 hanya memberi anda kawalan yang anda perlu untuk memastikan PC anda selamat daripada bahaya…

Nak tengok rupa nya:

Sistem operasi:

-Emsisoft Mamutu runs on Windows XP, Vista (incl. x64) and 7 (incl. x64). Emsisoft Mamutu is full x64 compatible since version 3.0…
-In regular guard mode are approx. 30 MB free RAM required. We suggest using it on computers with at least 512 MB RAM, preferably 1 GB RAM…

Untuk mendapatkan Giveaway:
-Sesiapa yang belum register pergi ke sini Register
-Yang sudah register anda perlu log in sahaja..di sini Giveaway
-Untuk mendapatkan lesenya sila turun ke bawah..

-Untuk letakkan lesen nya anda buka setting-license dan klik pada convert coupon code..

-Giveaway ini akan tamat beberapa jam sahaja..jika ada apa-apa masaalah komen di bawah..

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] Registry First Aid For Free incl Serial Key at Avanquest

0

Pembaik pulih Registry yang terbaik di pasaran tiba kepada anda. Registry First Aid diberi nama, memulihkan Registry yang kusut adalah kerjanya. Berikut dipaparkan kaedah mendapatkan ia secara percuma!

Untuk mendapatkan Giveaway..

-Apa yang anda perlu buat adalah pergi ke laman tersebut: REGISTER

-Apa yang anda perlu buat adalah mendaftar untuk menjadi ahli newsletter Avanquest:

Itu sahaja! Silakan memuat turun sebanyak yang anda suka!

UPDATE:
-Jika anda sudah register anda perlu membubuh Email anda sahaja..jika belum register sila tengok di atas..

-Jika sudah register anda bubuh email anda di sebelah kiri..

-Pergi ke laman utama di sini Giveaway

-Untuk download di sini Downlaod

-Sedut banyak-banayk..

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Soalan Lazim : Website Hacking

0

Soalan-soalan lazim ini ialah soalan yang biasa ditanya dalam e-mel Mr.Hac, lalu Mr.Hac rangkumkan ia menjadi satu entri untuk memudahkan anda membuat rujukan pada masa hadapan.

Apa Itu Shell?

Shell biasanya ialah fail php yang diperlukan untuk dimuat naik ke dalam laman web yang digodam bagi membantu berhasilnya kerja-kerja penggodaman. Dengan adanya fail shell tersebut, anda boleh melakukan hampir apa sahaja yang dingini pada laman web yang digodam seperti memuat naik laman ‘deface’, boleh digunakan untuk membuat serangan DDoS kepada laman web lain dan pelbagai fungsi lagi.

Apa Itu Defacement?

Defacement ialah perbuatan mengubah tampilan laman web yang telah digodam dengan niat untuk menyampaikan maksud laman web tersebut tidak mempunyai sekuriti yang kukuh, dan untuk ‘memberitahu’ kepada pemilik laman web bahawasanya penggodam tersebut telah pun berjaya menggodam laman web beliau. Laman web yang telah diubah tampilannya dengan menggunakan fail tertentu dipanggil sebagai deface page, dan contohnya adalah seperti di bawah:

Apa Yang Wajib Dilakukan Sebelum Menggodam?

Anda patut tahu, jika anda ingin menggodam laman web yang berkepentingan, apa yang paling penting sekali ialah anonymity. Anda perlu menyembunyikan alamat IP asal anda sebelum melakukan apa-apa yang berkaitan dengan penggodaman. Terdapat pelbagai cara untuk menyembunyikan IP seperti menggunakan proksi, SSH Tunneling, dan juga VPN.

Apakah Kaedah Yang Biasa Digunakan Untuk Menggodam Laman Web?

Untuk soalan ini, anda boleh merujuk kepada entri Kaedah Umum Untuk Menggodam Laman Web.

Apa Yang Perlu Saya Belajar?

Apa yang penting ialah anda perlu tahu apa yang perlu anda buat, contohnya pengekodan dan pengenalpastian masalah serta menyelesaikan masalah tersebut. Antara yang anda boleh belajar ialah HTML, PHP, Javascript, C, C++, python dan lain-lain bahasa pengaturcaraan. Ini bagi memastikan anda tahu apa yang berlaku disebalik tabir penggodaman.

Apa Yang Perlu Saya Tahu?

Anda patut tahu, bahawa anda wajib untuk menjadi penggodam yang tidak dapat dikesan. Mungkin kedengaran mustahil, tetapi langkah berjaga-jaga adalah lebih baik dari merana setelah tertangkap. Contoh langkah-langkah yang anda boleh ikuti ialah:

1. Setelah berjaya menggodam sesebuah laman, pastikan anda padam log yang terhasil di panel untuk memastikan alamat IP anda (biarpun palsu) tidak direkodkan disitu.

2. Padamkan jejak pelayar anda seperti Cookies, log masuk dan keluar dan sebagainya.

3. Jika anda benar-benar mahu membantu, tidak perlu melakukan defacement sebaliknya maklumkan sahaja kepada Admin akan vulnerability laman web beliau. Kan lebih senang begitu?

Adakah Terdapat Tool Untuk Menggodam Dengan Mudah?

Jika anda mahu tool yang boleh lakukan dari A sampai Z, lebih baik anda jangan belajar apa-apa mengenai hacking. Contohnya dari proses menyembunyikan IP, melakukan suntikan SQL sehinggalah kepada memuat naik fail shell semuanya dilakukan oleh tool, habis anda lakukan apa?

Contoh tool yang boleh membantu proses suntikan SQL ialah Havij, dan Addon untuk Firefox pula adalah seperti HackBar.

Amacam? Sudah puas hati dengan artikel ini?

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Header OMG! Hackers?

0

Seorang pembaca bernama Togi Tan @ MH ialah orang yang menyumbangkan header OMG! Hackers? kepada Mr.Hac. Bukan apa, sengaja bikin entri ini untuk menghargai jasa apa yang beliau telah sumbangkan.

Beliau telah menyumbangkan 3 reka bentuk header dan 2 daripadanya sudah pernah dipasangkan:

Pendapat anda, yang mana paling cun dan ‘ranggi’?

Terima kasih daun keladi, kita jumpa lagi lain hari.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Adobe Menggugurkan Sokongan Flash Terhadap Linux

0

Adobe tidak akan lagi menyediakan rilisan terbaru pemain flash untuk Linux selepas versi 11.2, seperti mana yang diumumkan oleh syarikat tersebut, semalam.

Bagaimanapun Google, akan mengambil alih implementasi pemain flash melalui plugin API yang digelarkan sebagai Pepper.

Quote dari Adobe:

“For Flash Player releases after 11.2, the Flash Player browser plugin for Linux will only be available via the “Pepper” API as part of the Google Chrome browser distribution and will no longer be available as a direct download from Adobe.”

Sokongan terhadap versi terakhir untuk pemain flash Adobe 11.2 akan berakhir selepas 5 tahun. Ini bererti pengguna Linux masih mempunyai masa untuk mencari alternatif, selain berharapkan kepada kejayaan pemain HTML5.

Buat masa ini, jika ada yang mahu beralih, mereka mempunya pilihan iaitu Gnash atau Lightspark.

Untuk memasang Lightspark pada Ubuntu 10.04 LTS/Ubuntu 10.10 Maverick, sila gunakan baris perintah di bawah:

sudo apt-get install lightspark browser-plugin-lightspark

Untuk Ubuntu 11.04 Natty/Ubuntu 11.10 Oneiric/Ubuntu 12.04 Precise Pangolin:

sudo add-apt-repository ppa:sparkers/daily
sudo apt-get update
sudo apt-get install lightspark browser-plugin-lightspark

Bagi yang menggunakan lain-lain distro, sila ke LightSpark.

Untuk memasang Gnash:

sudo apt-get install gnash mozilla-plugin-gnash

Untuk lain-lain distro, sila ke Gnash.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kartikel.com : Ping Entri Blog Dengan Mudah

0

Bagi pemilik-pemilik blog yang sememagnya tegar (seperti Mr.Hac sendiri), pasti inginkan satu servis untuk ping setiap entri blog dengan lebih mudah, cepat, dan efisien. Salah satu servis ping entri blog yang bagus kini ialah Kartikel.com.

Kenapa cepat? Kerana anda cuma perlu daftar dengan menggunakan akaun Facebook, kemudian anda sudah boleh terus melakukan ping kepada entri-entri terbaru anda. Setiap pengguna dibenarkan untuk ping sebanyak 5 entri sehari, manakala untuk pengguna dengan tag VIP, boleh melakukan ping sebanyak 15 entri sehari.

Kenapa bagus dan mudah? Kerana anda tidak perlu menampal apa-apa jenis widget berunsurkan java script yang sudah tentunya menambahkan lagi berat dan waktu loading blog anda.

Untuk maklumat lanjut atau anda ingin terus mendaftar, anda boleh layari Kartikel.com.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ketiadaan Sambungan Internet Pada 8 Mac?

0

Sambungan internet mungkin akan terputus pada 8 Mac 2012 ini apabila sejenis virus yang digelar sebagai DNSChanger Trojan telah menjangkiti komputer-komputer dari 100 buah negara.

Virus tersebut dikatakan akan menyalurkan pengguna ke pelayan palsu, dan kemudian menghantar mereka ke laman web yang tidak diingini, dan kadangkala ke laman yang menyalahi undang-undang.

Kesan utama jangkitan ini ialah ia telah menyebabkan pelayar web dihantar ke laman web palsu dengan menukar apa yang dipanggil sebagai DNS pada tetapan internet komputer.Domain Name System (DNS) merupakan tulang belakang skim alamat Internet dan pelayan DNS merupakan komputer-komputer di seluruh dunia yang bertindak sebagai polis trafik Internet, yang akan menghalakan anda kepada laman web yang anda ingin lawati.

Pengguna Windows dan Mac berisiko dijangkiti virus ini kerana ia tidak menyebarkan ‘dirinya’ ke dalam komputer, sebaliknya hanya menjangkiti pelayar web. Berikut adalah beberapa DNS yang digunakan oleh DNSChanger Trojan:

64.28.176.1 – 64.28.191.254
67.210.0.1 – 67.210.15.254
77.67.83.1 – 77.67.83.254
85.255.112.1 – 85.255.127.254
93.188.160.1 – 93.188.167.254
213.109.64.1 – 213.109.79.254

Untuk memeriksa sama ada pelayar anda dijangkiti atau tidak, sila ke DNS-OK.

Kenapa 8 Mac 2012?

Virus ini sebenarnya telah ditemui sejak tahun 2007 lagi. FBI telah mendapat perintah dari Mahkamah untuk menubuhkan rangkaian DNSChanger Command & Control sementara. Perintah ini akan tamat pada 8 Mac 2012, dan melainkan FBI mendapatkan perintah untuk melanjutkan tempoh operasi rangkaian sementara ini, ia akan dimatikan. Ini akan menyebabkan berjuta-juta komputer tidak akan dapat mengakses internet akibat bergantung kepada DNS yang dijangkiti tersebut.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] IObit Advanced SystemCare Pro 5

0

IObit Advanced SystemCare pro telah memberi lesen secara percuma..masih banyak masa kita boleh sambar..

Untuk mendapatkan lesen nya pergi ke halaman ini: Giveaway IObit

-Apa yang anda perlu buat adalah Register dulu untuk mendapatkan lesen nya..
-selepas register anda klik pada Get Serial Code..

-Untuk download IObit Advanced SystemCare Pro 5 sila klik di sini: Download
-Masa yang diberi hanya Dua hari saja..Cepat!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline