Utama Blog Laman 278

Internet Download Manager 6.11 Beta Build 3 Full Cracked

0

IDM mengemaskini perisiannya dan kini tiba masa ia melepaskan rilisan Beta ketiga bagi versi 6.11. Apa yang baru?

What’s new in version 6.11 beta build 3?

(Released: Apr 12, 2012)

Improved Advanced browser integration
Improved HTML5 video detection in IE 9 & 10 on youtube

Muat turun : IDM 6.11 Beta Build 3 Full Cracked Silent Installation

Mr.Hac: Kepada copy paster, hentikanlah perbuatan anda sebelum blog anda dipadam seperti yang terjadi kepada BLOG INI. Cari idea dan identiti anda sendiri. Orang lain berpenat lelah menaip, bersengkang mata mencari idea. Anda tidak berhak untuk menyalin dengan senang hati.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Mengawal Kelajuan Internet Seseorang

2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada warga OMG!!Hackers..

Hari ini luqman akan mengajar anda untuk melambatkan internet orang..Toturial ini hanya untuk pengguna wifi sahaja dan satu network dengan kita..Contoh kita berada di kedai makan..

Toturial ini kera baik sedikit la dari Netcut..kalau Netcut potong terus line orang..Sekarang kita mula belajar cara untuk kawal internet dengan menggunakan software “P2POWER”…Korang boleh setkan speed pengguna internet yang lain,paling minimum pun 10kbps…10kbps nak bukak facebook pun tak boleh pa..

1.Mula-mula sekali anda perlu download dahulu software P2power di sini

2.Selepas korang habis download,install software tersebut..

3.Korang pilih settings >>> Schedules Setting >>> New..

4.Selepas itu namakan jadual tersebut dan klik kanan pada box dibawah dan pilih Select All…akhir kali klik OK..

5.Korang pergi ke Settings > Rules Setting > New..

6.Yang ini pula untuk namakan Rules korang..Tulis ja nama apa-apa pun..selepas itu setkan jadual korang itu..akhir kali klik next..

7.Korang boleh setkan speed mereka paling minimum 10kbps sahaja..Seterusnya Next..

8.Ini pula untuk menyekat service P2P..Select All dan Next..

9.Sampai di IM,Select All dan Next je..
10.Sampai di HTTP/FTP download just klik next je..Juga dengan WWW just klik next..Akhir sekali di ACL Setting just klik Finish..
Bermulalah proses untuk mengawal internet orang..
1. Scan untuk mengesan siapa yang sedang menggunakan nerwork atau WiFi tersebut…
2. Start untuk melihat speed internet mereka (akan keluar di tab Incoming(KB/S)…
3. Control All untuk pilih semua IP…

4.Lihat di tab Incoming(KB/S) ada 1 user sedang menggunakan internet. Untuk kawal internet dia cuma tekan kanan pada IP nya dan Apply Rule to Hosts Selected > Pilih nama rules yang korang buat tadi dan OK…

Akhirnya siap juga,barulah laju internet korang..Sekarang ni masih tiada jalan untuk melindungi dari serangan p2pover ni, jikalau ada sila share dengan comment kat bawah nie ya…Jangan bagi kantoi tau,kalau kantoi korang tanggung..

Credit to Abg XLAWS -> Sharing Knowledge

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu TCP/IP ?

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Sebelum saya mulakan. Ingin saya beritahu entri ini adalah hanya penerangan basic sahaja. Jika ada kesalahan harap ditegur. Dan jika inginkan lebih maklumat, anda boleh la google sendiri.

Berbalik kepada tajuk kita iaitu TCP/IP ni .TCP/IP Protocol juga dipanggil Routable Protocol. Apakah Routable Protocol ini? Routable Protocol adalah komunikasi protocol yang mempunyai network address dan juga device address. Ianya memebenarkan packet di hantar dari satu network ke network yang lain. Contoh routable protocol selain TCP/IP adalah IPX, AppleTalk, SNA, XNS dan DECnet. Ianya amat berbeza dengan non-routable protocol.

Non-routable protocol adalah komunikasi protocol yang hanya mempunyai device address sahaja. Ianya tidak akan bekerjasama dalam menghantar packet ke network lain, ianya hanya boleh menghantar ke device sahaja. Contoh non-routable protocol adalah NetBIOS dan DEC’s LAT protocols.et.

Jadi apa pula TCP/IP ini? TCP adalah singkatan kepada Transmission Control Protocol. IP pula adalah singkatan kepada Internet Protocol. Apakah kaitan kedua-dua ini iaitu TCP dan IP ni dalam internet kita? IP adalah satu protocol yang membenarkan kita untuk mencari komputer lain atau server lain dengan menggunakan IP Address. Contoh IP Address adalah 168.23.14.45. IP ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Default Gateaway, DNS Server, Subnet Mask dan IP Address. Manakala TCP pula adalah satu protocol di mana ianya akan menyambungkan komunikasi kita dengan komputer lain atau server lain supaya kita boleh menghantar packet. Jadi singkatannya adalah IP ni untuk mencari, lepas dah cari, TCP yang akan sambungkan komunikasi kita dengan komputer atau server yang kita ingin hubungkan.

Dalam TCP ini ada satu proses yang dinamakan Windowing. Ianya akan menghantar packet mengikut peringkat. Sebagai contoh, ada dua komputer iaitu komputer A dan B. Komputer A ingin berkomunikasi dengan Komputer B, jadi komputer A akan menghantar satu packet untuk menguji sama ada komputer boleh berkomunikasi dengan komputer B. Jika komputer B memberikan respon, ianya akan membalas dengan memberikan semula packet tersebut kepada Komputer A. Jadi komputer A tahu bahawa komputer B boleh berkomunikasi dengannya, dia pun menggandakan packetnya dengan menghantar dua packet pula. Dan komputer B menerima packet tersebut dan dia menghantar semula packet yang terakhir ke komputer A. Dan komunikasi ini berterusan berganda hingga kedua-dua komputer tidak dapat menampung packet tersebut, apabila ini berlaku, ianya akan balik semula kepada mula-mula cara mereka berkomunikasi iaitu dengan menghantar satu packet semula. Itu la cara komputer kita berhubung dengan komputer lain. Tak faham?

Mari kita tengok dialog di bawah:

Komputer A : Komputer B! Aku nak hantar satu packet ni, namanya “Hai” kat kau. Kalau kau terima, kau reply lah balik eh.

Komputer B : Oh. Aku terima packet “Hai” kau tu. Okay sekarang ni aku bagi balik packet ni kat kau dengan namanya ditukar kepada “Hai balik”.

Komputer A : Oh thanks. Okay sekarang ni aku hantar dua packet pula sebab komunikasi kita berada dalam keadaan baik sekarang ni. Dua packet tu namanya “Kau apa khabar?” dan “Tengah buat apa?”.

Komputer B : Oh. Aku terima dua-dua packet tu. Okay aku membalas packet kau tu dengan namanya “Khabar baik. Aku tak buat apa pun.”

Komunikasi berterusan sehinggalah mereka tidak dapat menampung packet tersebut. Perlu diingat, komputer B hanya membalas satu packet sahaja walaupun Komputer A menghantar packet lebih dari satu.

Komputer B : Komputer A aku rasa kau kena hantar packet kepada satu balik sebab 128 packet yang kau hantar kat aku ni terlampau banyak.

Komputer A : Oh okay. Kita mula balik dari satu packet.

Itu lah lebih kurang apa yang berlaku, tapi jangan percaya bulat-bulat perbualan mereka, ianya hanya sebagai gambaran sahaja. Kalau ada salah apa apa bagitahu ya.

Ini adalah permulaan kepada bagaimana komputer kita mencari Uniform resource locator(URL) yang kita taip dalam browser seperti https://www.omghackers.com ke tempat yang sepatutnya dicari.

Sekian.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cara nak lajukan Google Chromium

0
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada pengunjung OMG Hackers? . Saya ni penulis jemputan je, biasa-biasa je orangnya. Pada post kali ini, saya nak share-kan sedikit info tentang web browser Chromium untuk Operating System (OS) GNU/Linux ni.

Untuk pengetahuan , sistem operasi yang digunakan adalah Ubuntu 11.10

(Kalau kecil sangat, click gambar)

Web browser Chromium mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna internet pada masa kini
kerana ‘efficiency’ dan ‘stability’ yang disediakan web-browser ini.

Pada post ini, saya nak paparkan sedikit bagaimana nak tambahkan kelajuan dalam Chromium (bukan Google Chrome) dalam sistem operasi LINUX.

Pada address URL Chromium anda, type-kan chrome://flags atau about://flags pun boleh juga

(Kalau kecil sangat, click gambar)

Kemudian , kat bawah paparan tu ada list banyak-banyak. Untuk memudahkan, anda hanya perlu ENABLE list ini :

– GPU compositing on all pages
– GPU Accelerated SVG and CSS filters
– Disable GPU vsync
– Disable hyperlink auditing
– HTTP pipelining

Ok , selepas itu click relaunch di bahagian bawah Chromium anda

(Kalau kecil sangat, click gambar)

Itu sahaja yang perlu dilakukan. Enjoy your surfing ya kawan-kawan 🙂

P/S : Saya menggunakan OS ubuntu , sekiranya list chrome://flags anda tidak sama seperti saya . Anda cuba-cubalah sendiri ya godek bagi dia laju 🙂 . Untuk pengetahuan , chrome://flags atau about://flags juga boleh digunakan untuk Google Chrome pada windows 7 . Sekian….

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Google Chrome Canary

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Apa berbezaan dengan google chrome biasa??
Tidak ada apa-apa yang berbeza cuma ia lebih laju dan tidak menyusahkan..
Untuk lebih tahu tentang google chrome canary sila ke http://www.downloadcrew.com/article/22271-google_chrome_canary

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Minus.com : Laman Perkongsian Fail Terbaik (10GB Ruang Storan Percuma)

7

Laman perkongsian fail adalah satu keperluan yang sering digunakan oleh para bloggers mahupun orang biasa pada masa kini. Storan awan juga menjadi satu trend dan fenomena apabila servis seperti Mediafire juga beralih kepada kaedah storan awan (konsep seperti Dropbox).

Minus.com ialah salah satu servis storan/laman perkongsian fail yang semakin mendapat tempat di hati pengguna. Ia menawarkan ciri-ciri mudah guna seperti pendaftaran tanpa memerlukan pengesahan e-mel, serta aplikasi yang disokong oleh sistem operasi Windows, Mac OS X dan Linux.

Selain itu, ia juga mempunyai ekstensi (Addon) untuk pelayar web Chrome dan Firefox yang berfungsi sebagai pengambil paparan skrin pada pelayar web. Sebelum terlupa, ia menawarkan 10GB ruang storan percuma, dan setiap rakan-rakan anda yang menyertai Minus.com melalui pautan jemputan dari anda, kedua-dua anda dan rakan anda akan mendapat ruang storan 1GB secara percuma juga!

Aplikasi desktop memudahkan anda untuk memuat naik fail, dan Minus.com menawarkan ciri ‘Following’ iaitu setiap rakan yang anda ikut, anda akan dapat melihat fail yang mereka muat naik atau kongsikan (kecuali ia di-set sebagai private). Anda juga boleh meneroka fail-fail gambar yang dimuat naik ke laman ini pada pautan Explore.

Jadi jangan lepaskan peluang ini. Dapatkan satu akaun sekarang dan mulakan menyimpan fail anda di Minus.com! 10GB tu! Oh ya. Lupa pula. Kalau Mediafire anda perlu pisahkan fail yang besar untuk muat naik bukan? dengan Minus.com tidak perlu berbuat begitu kerana anda boleh muat naik fail bersaiz besar (tapi tak pasti lagi berapa saiz paling besar). Kalau hendak muat naik dengan pantas, gunakan aplikasi desktopnya. Pasti hidup lebih ceria!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Permainan RPG Flare Memasuki Ubuntu Software Center [12.04]

0

Flare, singkatan dari Free Libre Action Roleplaying Engine, ialah sebuah enjin permainan yang dibina untuk mengendalikan permainan spesifik iaitu pemain tunggal aksi 2D RPG. Flare bukan binaan semula dari permainan sedia ada (Contohnya Diablo), cuma ia dibina atas dasar sumbangan kepada genre permainan RPG.

Berikut adalah paparan skrin dari versi 0.15:

Ini pula video dari versi 0.15:

Flare masih lagi dalam proses pembangunan yang pesat. Meskipun ia merupakan sebuah enjin kepada permainan, ia telah berevolusi menjadi permainan penuh seperti yang dapat anda lihat pada video di atas. Flare masih belum terdapat untuk Linux pada laman web rasminya. Cuma buat mereka yang bakal menggunakan Ubuntu 12.04, ia telah berada dalam repository rasmi, jadi anda cuma perlu mencari Flare dalam Ubuntu Software Center.

Untuk memasangnya pada Ubuntu 11.10 ke bawah, anda boleh cuba cara ini:

1. Muat turun kod sumbernya dari SINI.

2. Permainan ini memerlukan dependencies -> SDL, SDL image, dan SDL mixer. Buka Terminal dan jalankan baris perintah di bawah untuk memasangnya:

sudo apt-get install libsdl1.2-dev libsdl-image1.2-dev libsdl-mixer1.2-dev cmake

3. Kemudian, arahkan ke folder kod sumber yang telah anda ekstrak dan jalankan:

cd build
cmake .
make

4. Setelah siap, anda akan memperoleh satu fail executable dalam folder tersebut. Jalankan ia dan anda sudah sedia untuk bermain!

5. Tunggu apa lagi ni? Dah, dah.. Takde lagi dah.. Pergi la main!

Mr.Hac: Jika ada antara pembaca yang merasakan blog ini sudah tidak lagi menarik (seperti yang dikatakan seorang hamba Allah pada shoutbox), sila beredar dengan segera dari sini. Mr.Hac mengalu-alukan kedatangan orang yang ingin membaca, manakala yang tidak ingin, jangan kata apa-apa, senyum..dan tutup segera tab pelayar web anda. Blog ini tidak menjana keuntungan pun kepada Mr.Hac. Jadi tak perlu nak demand tinggi dengan para penulis di sini. Ia diasaskan oleh Mr.Hac, dan kalau Mr.Hac nak tukar genrenya kepada BLOG LINUX atau BLOG PERIBADI sekalipun, anda tidak berhak mempertikai keputusan yang dibuat. Terpulang kepada penulis jemputan untuk memeriahkan lagi blog ini dengan artikel mereka. No more hacking for newbies, kerana Mr.Hac sudah serik dipijak kepala oleh anak Melayu yang tak sedar dek untung.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway]Colasoft Capsa Pro 7 For free

0

Capsa Pro menawarkan semua ciri-ciri yang perlu pada rangkaian untuk menganalisis & memantau pegerakan internet anda…Ia memantau trafik rangkaian dan analisis protokol…

Capsa pro memberikan maklumat yang lebih terperinci tentang trafik rangkaian anda..Ia juga mempunyai ciri statistik dan graf membolehkan anda untuk melihat rangkaian komunikasi dalam pelbagai cara dan membawa kesan keseluruhan visual rangkaian anda..

Key Features:

*Real-time capture and save data transmitted over local networks, including wired network and wireless 
network like 802.11a/b/g/n;
*Identify and analyze more than 300 network protocols, as well as network applications based on the protocols;
*Monitor network bandwidth and usage by capturing data packets transmitted over the network and providing summary and decoding information about these packets;
*View network statistics at a single glance, allowing easy capture and interpretation of network utilization data;
*Monitor Internet, e-mail and instant messaging traffic, helping keep employee productivity to a maximum;
*Diagnose and pinpoint network problems in seconds by detecting and locating suspicious hosts;
*Map out the details, including traffic, IP address, and MAC, of each host on the network, allowing for easy identification of each host and the traffic that passes through each;
*Visualize the entire network in an ellipse that shows the connections and traffic between each host…
Sistem operasi..:
*OS: Windows XP (SP 1 or later)/Server 2003/ Vista /2008/7 (32-bit & 64-bit)..
*Relied Browser:Internet Explorer 6.0 or higher..
*Minimum Requirements: CPU: P4 2.8GHz; RAM: 2GB; Internet Explorer 6.0..
*Recommended System: CPU: Intel Core Duo 2.4GHz; RAM: 4GB or more; Internet Explorer 6.0 or higher..
*Wireless:Colasoft has tested adapters based on Atheros, Ralink, Marvell and Intel chipsets. Other wireless cards may work with this version to the same degree that they worked in prior versions…
Giveaway:
1.Pergi ke halaman promosi dan download di Sini

2.Colasoft Capsa pro berharga $699..kalau duit malaysia berharga RM2446..wow mahal nya..Hari free je..

P/s:sila cuba dahulu perisian ini baru anda merasa kelainan..Harap-harap membantu..Sila cepat giveaway ini akan tamat beberapa jam lagi..

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Sedut] Software Waktu Solat

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Entri kali ni lain sikit,
Mengenai software waktu solat.
Ia amat berguna untuk orang yang merantau jauh, segan silu bertanya waktu solat,
Jadi ada penyelesaiannya =)

Saya akan senaraikan 2 versi iaitu Mobile dan PC
Saya mulakan dengan PC dulu.

1. Waktu Solat 13 Beta 2

Pernah dengar software ni?
Ia mudah dan lokasi hanya di Malaysia sahaja.
Dilengkapkan waktu azan dan timetable waktu solat selama 1 bulan =)
Serta dibekalkan hadis2 ( tapi tak banyak la =( )

Contoh Screenshot :

klik untuk kejelasan maksima ^.P

Anda boleh download di sini
Waktu Solat 13 Beta 2

2. Athan Pro

Pernah dengar?
Software ni terkenal dengan lengkapnya element2.
Dilengkapi doa selepas azan, azan subuh, kiblat ( mengikut kompas tak silap saya )
terdapat 6 Juta bandar di seluruh dunia. ( terasa bangga kerana Kuala Nerang tersenarai jua ^.P )
Keunikan software ini bila kita on laptop, akan ada suara bismillah ^^
Cara nak setting pun simple, tak merumitkan dan mudah diguna.

Ini contoh Screenshot :

klik untuk kejelasan maksima ^.P

Untuk download sila klik di sini
Athan Pro 4.1

p/s : anda boleh cari di pakcik Google untuk versi latest ^^. Desktop serabut sikit, baru lepas tukar OS, ^^

itu antara 2 software azan yang saya pernah pakai dan bagus digunakan. PC dah story, mari kita masuk story mobile pula.

1. MySolat

Ia apps terbaik yang pernah saya gunakan dalam phone android saya. Senang digunakan, ia perlu download data 1 bulan 1x =)
dibekalkan dengan GPS kiblat ( saya agak ragu2 dengan itu ==” )

Ini contoh screenshot :

klik untuk kejelasan maksima ^.P

Untuk download, tekan link ni
MySolat ( Android )

2. Muslim Pro

Apps ini boleh dikatakan multifunction lah. Kerana dibekalkan Azan, Kiblat dan juga Al-Quran ( translate malay tak ada. Indonesia ada la. huhu ). Malah ada hari2 penting dalam islam pun ada ^^
Al-Quran boleh download versi audio setiap surah.

Ini contoh screenshot :

klik untuk kejelasan maksima ^.P

untuk download, klik sini
Muslim Pro ( Android  )

Extra :
Apps Al-Quran yang translate dalam Bahasa Melayu ^.P
Lampiran :

klik untuk kejelasan maksima ^.P

berminat, boleh download di sini :
Al Quran Malay

Itu sahaja yang saya nak kongsi apa yang saya dah guna, dan berkesan ^^
Semua terletak di hujung jari saja, ( klik @ touch )
Harap sama2 kita gunakan untuk masa akan datang

p/s : jika download kat phone, sebelum masuk tandas haruslah matikan telefon tersebut. sebab ada apps al-quran kan? sesetengah orang cakap macam tu. Wallahualam.

extra p/s : maaf jika entri ni ada kekurangan, moody sikit, gaduh dengan beloved =( . Ayat tunggang terbalik kot. ^.P

Gambar hilang stress

Indahnya ciptaan Illahi =)

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Perisian Patut Dipasang Selepas Memasang Windows 8 Consumer Preview

0

Mr.Hac sebenarnya tak pernah tergerak hati untuk menggunakan Windows 8 CP, sehinggalah ‘dirachon’ oleh Admin Penasihat iaitu bro Juaratempur. Bukan apa, kalau pakai sorang-sorang jadi bosan, tak tau nak ‘bercerita’ dengan siapa akan kelebihan yang ada padanya.

jadi berikut Mr.Hac buat sedikit kompilasi akan perisian-perisian yang patut dipasang selepas siap memasang Windows 8 Consumer Preview yang canggih-manggih ini.

Perisian Patut Dipasang:

Patut dipasang bukan bererti wajib, tetapi bermaksudkan kepada pilihan (optional).

1. VLC Media Player

Sememangnya Windows Media Player masih lagi tidak efisien. Oleh itu anda perlu kepada sebuah pemain video/media yang ringkas tetapi berkesan dan sentiasa boleh diharapkan.

2. Pemain Muzik Winamp

Ya, ya, ya. Mr.Hac sukakan muzik dan juga pemain muzik dalam Windows 8. Cuma untuk lebih pilihan atau variety, anda boleh pasangkan Winamp untuk kepuasan maksima.

3. Foxit Reader

Ok. Memang betul Windows 8 ada menyediakan pembaca fail PDF terbina dalam. Cumanya untuk netbook Mr.Hac ia gagal untuk berfungsi atas alasan kekurangan resolusi. Jadi untuk tidak membuang masa, dengan pantasnya Foxit Reader dimuat turun.

4. Pelayar Web Firefox

IE10 ialah pelayar web yang ‘diberikan’ oleh Windows 8. Mr.Hac tidak menafikan ia telah ditambah baik. Cuma dalam bab ini, pelayar web Firefox menjadi pilihan sebagai pelayar web lalai (default) kerana dalam versi-versi akan datang, kita akan dapat melihat kepada revolusi Firefox. Nantikan kemunculannya.

5. Adobe Flash Player

Untuk menunggu implimentasi teknologi HTML5 pada pelayar web moden seperti Firefox dan Chrome serta Opera, anda perlu menunggu lagi 5 tahun. Jadi sementara itu anda perlu juga memasang pemain Flash Adobe. Untuk setiap plugin pada Firefox anda boleh periksa akan versinya di laman INI.

6. Internet Download Manager

Perlukah lagi Mr.Hac menerangkan mengenai perisian ini? Apa? Perlu? Ok. Buat mereka yang tidak tahu, Internet Download Manager atau IDM digunakan untuk mengakselarasi atau melajukan muat turun. Jika anda memang tegar muat turun, apa salahnya mencuba perisian ini. ia melengkapkan lagi sistem operasi anda.

7. Perisian VPN

Dalam hal ini, Mr.Hac cuma dapat mencadangkan jika anda mahu keselamatan data dan internet anda terjaga,gunakanlah VPN. Jika anda mahukan VPN yang laju, cuba servis OpenVPN. Jika anda mahu servis berbayar yang murah, laju, dan boleh dipercayai, gunakanlah MYTUNNEL.US.

8. Perisian WinRAR [32-bit] [64-bit]

Last but not least, perisian WinRAR untuk membantu kerja-kerja anda mengekstrak dan mengkompres fail. Jangan bimbang, pautan yang Mr.Hac beri itu adalah versi terbaru (pada waktu entri ini ditulis) dan ia sudah pun crack.

Buat mereka yang mahukan perisian Office 2010 (full, cracked), anda boleh muat turun pada pautan ini : 2010 Full Cracked

Jika anda bimbang akan isu pemacu, Windows 8 boleh dikatakan amat memuaskan hati dari segi pemacunya yang lengkap. Cuma jika ada yang tidak lengkap, anda boleh cuba menggunakan Driverpack Solution. Jika tak dapat selesaikan masalah juga, anda boleh cuba gunakan Driver Identfier. jika tak dapat juga, anda bolehlah Google secara manual. Pasti jumpa punya! Haha!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline