Utama Blog Laman 274

Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 12.04 Precise Pangolin

0

Pening kepala mengenai apa yang perlu dilakukan selepas siap memasang Ubuntu 12.04? Anda tidak perlu pening seperti itu, kerana di sini tersedia panduannya. Walaupun bagi saya, ia masih tidak lengkap, tetapi boleh dikira sebagai ‘cukup-cukuplah’. Kalau ada lagi, InsyaAllah saya kemaskini entri ini.

1. Pasang Codec

sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras

sudo apt-get install non-free-codecs libxine1-ffmpeg gxine mencoder
totem-mozilla icedax tagtool easytag id3tool lame
nautilus-script-audio-convert libmad0 mpg321 mpg123libjpeg-progs

 2. Kemaskini Sistem Operasi
Baru pasang bukan bererti ‘up-to-date’. Mungkin ada pakej yang telah dinaiktaraf? Gunakan baris perintah ini untuk melakukannya:

sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade

3. Pasang Pemain Flash Untuk Pelayar Web

sudo apt-get install flashplugin-installer

4. Pasang Ubuntu Tweak

sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa

sudo apt-get update

sudo apt-get install ubuntu-tweak

5.  Pasang MyUnity

sudo add-apt-repository ppa:myunity/ppa

sudo apt-get update

sudo apt-get install myunity

Sebenarnya MyUnity telah pun ada dalam repository rasmi Ubuntu 12.04. Jadi jika anda tidak mahu menggunakan PPA, cukup sekadar menggunakan baris perintah sudo apt-get install myunity.

6. Pasang Gnome Tweak Tool (Advance Settings)

sudo apt-get install gnome-tweak-tool

P/S : Dengan memasang Gnome Tweak Tool, bererti anda telah memasang Gnome Shell pada sistem operasi Ubuntu anda.

7. Pasang Synaptic Package Manager

sudo apt-get install synaptic

8.  Berikan Sokongan Global Menu Pada Libre Office

sudo apt-get install lo-menubar

9.  Pasang uGet Download Manager

sudo add-apt-repository ppa:plushuang-tw/uget-stable

sudo apt-get update && sudo apt-get install uget

P/S : Sila ambil perhatian, jika PPA di atas masih belum dikemaskini untuk Precise Pangolin dan anda mendapati ralat terjadi, anda boleh cuba pasangkan dengan baris perintah sudo apt-get install -f atau anda boleh cuba gunakan uGet Development PPA ini:

sudo add-apt-repository ppa:plushuang-tw/uget-devel

sudo apt-get update && sudo apt-get install uget

Kalau tak boleh juga? Hanya gunakan ‘sudo apt-get install uget

atau Pasangkan JDownloader!

10. Pasang XBMC

Rujuk pautan ini

Anda mahu pasang apa lagi? Mahu pasang tema? Mahu pasang MATE Desktop? Mahu pasang Wine? JDownloader? Atau VLC? Ahhh. Namakan saja, hampir semuanya ada dalam blog ini! Anda cuma perlu rajinkan diri menggunakan kotak carian yang terdapat diatas atau gunakan OMG! Sitemap?. Terima kasih!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 12.04 Precise Pangolin Review

0

Akhirnya kita merasa juga menggunakan teknologi terbaru dari Ubuntu apabila pelbagai penambahbaikan pada sistem operasi itu telah diimplementasi oleh para pembangunnya. Kita bukan hanya menunggu ‘kosong’. Kita telah merasai versi alpha dan beta, dan juga telah membantu pembangun untuk membaiki bugs serta membuat penambahbaikan pada kod sumber. Oleh itu, kita berhak untuk merasai apa yang baru dan apa yang bagus pada Ubuntu 12.04. Berikut adalah reviu/rebiu beberapa ciri baru yang dapat kita lihat secara nyata:

1. Unity 5.8 yang superb
Antara yang boleh kita lihat dan rasai ialah Unity Dash yang telah diperbaharui. Ia tidak lagi menunjukkan ikon super besar pada Home Lens, sebaliknya ia akan menunjukkan Recent Apps, Recent Files, dan Recent Downloads.

2. HUD
Heads Up Display ialah cara baru untuk anda melakukan kerja-kerja anda. Sekarang ia telah menjadi lalai (default) dan ia kini mengikut gerak laku pada Unity Launcher/Dock seperti auto-hide dan saiz ikon.

3.  Unity Quicklist
Quicklist amat memudahkan apabila anda tidak perlu terkial-kial mencari menu pada ikon Unity. Anda cuma perlu klik kanan dan pilih sahaja apa yang anda perlu. Home Folder juga mempunyai Quicklist nya sendiri.

4.  Video Lens
Anda mahu mencari video yang ada dalam cakera keras anda? Video Lens mempermudahkan pencarian. Hanya perlu taip sahaja nama video dan ia akan segera terpapar. Terdapat pelbagai pilihan sama ada dari cakera keras mahupun pada laman video streaming.

5. Saiz Semula Unity Launcher
Anda tidak perlu lagi menggunakan CompizConfig Settings Manager untuk menetapkan semula saiz Unity Launcher/Dock. Anda boleh lakukan ia melalui menu tetapan Wallpapers.

6. Unity Launcher ‘Always Visible’
Anda tidak akan dapat semula ‘dodge windows’, sebaliknya Unity Launcher akan sentiasa ‘ada’. Sekiranya anda mahu ia ‘auto-hide’, anda boleh lakukan ia melalui menu Appearance -> Behaviour.

7. Ubuntu One Desktop Client – Qt based
Klien Desktop Ubuntu One telah di rekabentuk semula dengan menggunakan asas Qt. Ia menjadi semakin menarik dan kini telah disokong oleh sistem operasi Windows. Pengguna Windows boleh muat turun aplikasi ini dan pasangkannya pada Windows anda. Kini, pengguna Windows juga adalah pengguna storan awan Ubuntu One!

8. Pemain Muzik Rhythmbox
Pemain muzik Banshee yang telah dikritik hebat oleh para peminat Ubuntu kini telah mendapat kembali pemain muzik lalai yang terdahulu iaitu Rhythmbox. Anda tidak perlu gusar akan kehebatan dan fungsinya. Ia setanding dengan mana-mana pemain muzik yang ada pada Windows.

9. Firefox dan Libre Office Versi Terkini
Dalam bab perisian pejabat dan perisian internet, anda sentiasa mendapatkan yang terkini. Tak perlu bimbang untuk kesukaran memasangnya kerana ia sudah tersedia secara lalai.

10. Privacy Menu
Anda bimbangkan maklumat peribadi anda ‘dihidu’ oleh mana-mana orang yang menggunakan PC anda? Kini tidak lagi apabila anda boleh memilih untuk memadam kesemua rekod aktiviti pada PC anda.

Mahu tahu lagi apa yang terbaru? Cuba sendiri dan rasai perbezaannya sekarang! Oh.. Reviu di atas tiada gambar? Sebab sudah ada video! Sila tonton video-video dibawah.

Berikut adalah reviu dari Jupiter Broadcasting, The Linux Action Show!:

Ini adalah reviu dari quidsup:

Ini pula adalah video 10 ciri Ubuntu 12.04 yang terbaik dari OMG! Ubuntu!:

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 12.04 Precise Pangolin Telah Dilepaskan!

0

Setelah sekian lama kita menunggu selama 6 bulan lamanya, kini tibalah masa kita merangkul dan menikmati teknologi Ubuntu 12.04 yang telah dilepaskan pada hari ini!

Anda boleh muat turun Ubuntu 12.04 Precise Pangolin di sini : Ubuntu Official Website
Nantikan reviu Ubuntu 12.04 yang akan menyusul selepas ini!

P/S : Buat masa ini, pada laman web rasmi Ubuntu, versi yang diberikan masih lagi 11.10. Tetapi anda boleh dapatkan Ubuntu 12.04 Precise Pangolin versi stabil di URL http://releases.ubuntu.com/precise/

UPDATE:

Ubuntu 12.04 telah dikeluarkan secara rasmi pada laman web rasmi!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[ Sedut ] Windows Vista & 7 Activation Crack

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Kenai or ingat tak saya? hehe
I’m back with special entri.
Iaitu Activation Windows Vista dan 7

Saya syorkan anda format la PC anda sendiri kerana kedai2 yang buat tak semua jujur =)
Ada sesetengah kedai menanam virus dalam pc anda, dengan mengharap anda akan datang lagi jika pc anda masalah.
(* saya pun buat gak servis format2 ni. tapi saya jujur na ^^ )
Modal CD or DVD tak mahal mana pun.
Nak cari CD or DVD tu kena teliti..
Jika PC anda 32-bit, cari cd/dvd yang tertulis x86 or 32-bit
Jika PC anda 64-bit, cari cd/dvd yang tertulis x64 or 64-bit
( jangan leka, silap beli, install. rugi masa ^.P )
*make sure anda download dahulu driver pc anda untuk kesenangan masa depan anda ^^

Activation ini boleh dikatakan bergunalah.
Kerana apa?
Selepas install windows vista or 7 apa2 sahaja version ( Professional or Ultimate ka )
Install semua driver yang ada,
Install windows update yang ada,
KECUALI satu update ni
Update for Windows 7 ( KB971033 )

Kerana apa?
Kerana itu update yang akan check windows anda original or lanun,
Jika lanun, akan jadi screen hitam tu ( windows not genuine ^^ )

Untuk menghindari masalah itu,
Klik kanan kat update yang berkod ( KB971033 ) itu dan pilih ” Hide Update
Selepas itu, ada boleh update windows anda seperti biasa =)

Uih, jauh gila keluar topik..hehehe
Sorry =(

Mula2 anda kena sedut dulu.
Bukan sedut air, tapi sedut perisian ni ^^
Windows Loader

Kemudian?
Extract file tersebut dan klik file bernama Windows Loader.
Selepas itu akan keluar perisian tersebut.
Saya puji perisan ini kerana tidak perlu menekan ” Rus as Admin*bla2 “
Just tekan install dan tunggu.
Kemudian lihat sama ada dia suruh restart or tak =)

p/s : hanya untuk orang yang baru format windows lanun. Untuk windows yang dah install, susah. saya dah cuba =(

Ini contoh screenshot

klik gambar untuk kejelasan maksima ^.P

Mudah, hanya tekan Install.
* saya guna balik windows vista with ubuntu 12.04 ^^

Itu sahaja entri kali ini,
harap dapat memberi manfaat pada anda semua.
saya tengah bersedih kerana pointer saya 1.64 =(
Harap anda semua doakan saya dapat bangun dari kejatuhan ni dan berjaya =)

Maaf jika ada kekurangan dalam entri ni dan penulisan saya ini.
Selamat mencuba,
Selamat menyedut,
Selamat maju jaya =)

Gambar santai =)

uniknya =)

p/s : sila matikan antivirus anda takut2 ia detect sebagai virus =)

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

2 Bulan Selepas Tukar Domain, OMG! Hackers? Peroleh Google Sitelinks

0

Umum yang mengikuti blog ini tahu ranjau dan duri yang saya hadapi untuk mengekalkan blog ini sebagai blog IT yang paling diminati. Dari domain yang sudah kukuh jenamanya iaitu My Hackers Are Here, ia terpaksa dijenamakan semula kepada OMG! Hackers? atas masalah-masalah dengan pendaftar.

Namun begitu, atas semangat untuk memajukan industri IT di Malaysia yang tak pernah padam, atas dasar mahu membantu anak Melayu supaya mengenai serba sedikit mengenai IT, blog ini diteruskan dengan domain baru tersebut. Belum pun sampai usianya mencecah 2 bulan, kini Google menghadiahkan Google Sitelinks untuk OMG! Hackers?:

Bandingkan ia dengan blog yang lebih terkenal, OMG! Ubuntu!

Bagaimana? Sama bukan? Bukan hendak mendabik dada, tetapi ini adalah bukti hasil kerja keras saya dan para penulis jemputan di sini. Terima kasih kerana menyokong kami. Sokongan anda amat dihargai.

Sekali lagi Mr.Hac memetik artikel dari Suffer8zine mengenai Google Sitelinks:

So, Apa itu Google Sitelinks?
Menurut ishakhasimi.com, sitelinks adalah links-links dibawah nama blog
atau web yang muncul di hasil carian Google,sitelinks ini sebenarnya
untuk pengetahuan rakan-rakan blogger akan dihasilkan secara
automatik,jika sebuah blog atau web memenuhi algoritma sitelinks yang
dimiliki oleh google. Sitelinks diberikan kepada sebuah blog atau web
agar pengguna lebih mudah menavigasi sebuah blog atau web.

Bagaimana nak mendapatkan Google Sitelinks pada sesuatu blog atau
website? Sebenarnya ramai blogger yang berpendapat Google Tidak
Menjelaskan Bagaimana Kita Boleh Mendapatkan Sitelinks. Namun berikut
merupakan terjemahan petikan dari blog agusale.com (Indonesia) mengenai
kelebihan yang perlu ada pada sesuatu blog atau website bagi memiliki
Google Sitelinks ;

1. Blog atau website yang mendapat kedudukan teratas bagi sesuatu carian Google.
2. Blog atau website mudah diakses oleh spider.
3. Blog atau website mengalami aliran traffic yang tinggi.
4. Mempunyai high natural search traffic.
5. Outbound links yang useful.
6. Inbound link dari site berkualiti tinggi (bertraffic tinggi).
7. Blog atau website yang berusia setahun atau lebih.

So, Apa pula kelebihan memiliki Google Sitelinks pada sesuatu blog atau
website? Sudah semestinya visitor lebih mudah untuk mencari blog atau
website tersebut dari carian Google. Malah peratus carian oleh
spider-spider Google akan lebih tinggi. Kalau korang perasan bukan semua
Google Sitelinks pada sesuatu blog atau website mempunyai jumlah
bilangan link yang sama. Ia mengikut traffic sesuatu entri, ada yang 3
links, ada yang 6 links, ada juga 8 links seperti Blog Kapal Karam ni.

Tapi perlu diingat, Google Sitelink juga sama seperti seperti pagerank
iaitu sentiasa di update oleh Google. Links pada Google Sitelink
berkemungkinan akan bertambah, berkurang mahupun hilang jika blog yang
dinilai itu tidak diupdate. Aku harapkan informasi ini berguna untuk
semua.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Ezad Lazim – Mengharap Bintang (2011) Full Album Download

0

Tracklist:

1. Ezad – Mengharap Bintang (4:27)
2. Ezad – Gambaran Sebuah Rindu (4:47)
3. Ezad – Kau Dan Aku Yang Dulu (4:23)
4. Ezad – Tiba-Tiba Teringat (4:38)
5. Ezad – Alasanmu (5:30)
6. Ezad – Rindu Serindu Rindunya (6:20)
7. Ezad – Dirantai Digelangi Rindu (4:30)
8. Ezad – Masih Terserlah Ayu Mu (5:36)
9. Ezad – Mencintai Dari Tirai Kamar (4:59)
10. Ezad – Percintaan Ini (5:00)

Muat turun di sini : Ezad Lazim – Mengharap Bintang

Sekiranya anda sukakan album ini, sokonglah beliau dengan membeli produk asli, seperti yang saya telah lakukan. Muat turun memang percuma, tetapi beliau nak makan apa? Maggie pun belum tentu der!

Sumber Muat Turun Asal : The Kingdoms of Local MP3 Albums & MVs

Views: 21

Iklan Newspaper Inline

Firefox 12 Kini Dilepaskan!

0

Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia.

Di keheningan malam ini, Firefox dengan bangganya melepaskan versi yang ke 12 untuk dirilis kepada para pengguna. Setakat ini, apa yang Mr.Hac dapat lihat, ia masih belum mengadaptasi pembaharuan dari segi antaramuka pengguna yang terdapat pada Firefox UX. Jika anda lihat pada paparan di bawah, ia masih seperti versi sebelumnya (11).

Namun begitu, pelbagai pembaharuan dari segi penambahbaikan kod sumber dan pembaikan bugs serta ciri-ciri sekuriti adalah yang menjadi nadi utama dalam kemaskini kali ini. Antara yang pembaharuan yang dapat anda lihat adalah pada URL INI dan di sini. Selain itu terdapat 85 penambahbaikan yang dibuat khusus untuk Developer Tools. Tak lupa juga ia semakin terasa prestasinya, tambah lagi jika anda menggunakan pemproses dengan sokongan 64-bit. Fuhhh..

Anda boleh muat turun Firefox 12 di sini.

Untuk para pengguna Ubuntu, anda boleh tunggu sehingga pakej Firefox versi 12 ini selesai dimuat naik ke dalam repository rasmi dan anda boleh kemaskininya melalui Update Manager. Ini adalah kerana PPA rasmi bagi Firefox (Firefox Stable PPA) telah pun dimansuhkan untuk versi-versi terbaru. Apa yang boleh anda cuba ialah Firefox Security PPA seperti yang tertera di bawah:

  • sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-security/ppa
  • sudo apt-get update
  • sudo apt-get install firefox

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Google Drive Kini Dilancarkan!

0

Seperti yang telah diwar-warkan pada pos yang terdahulu, Google kini melancarkan storan awan yang diberi nama sebagai Google Drive. Storan awan dari Google ini menawarkan 5GB ruang penyimpanan percuma kepada mereka yang mendaftar.

Cuma buat masa ini, meskipun telah dilancarkan pada URL https://drive.google.com/start, ia belum ‘bersedia’ untuk digunakan (Dalam kes Mr.Hac). Pun begitu, anda masih boleh mengakses laman Google Drive pada URL tersebut. Jika anda sudah mendapat akses kepadanya, sila ke URL https://drive.google.com/ dan anda boleh muat turun klien Google Drive untuk PC atau Mac anda. Tak lupa juga terdapat klien untuk telefon pintar.

Anda boleh memilih untuk menaiktaraf ruang storan dengan membelinya pada harga:

1. 25GB = $2.49/sebulan
2. 100GB = $4.99/sebulan
3. 1TB = $49.99/sebulan

Anda juga boleh menaiktaraf sehingga 16TB!

Dengan menaiktaraf ruang storan Google Drive, ruang e-mel anda juga akan bertambah kepada 25GB. Apa yang Mr.Hac harapkan dari Google Drive ialah, yang pertama harapnya ada program affiliate supaya dapatlah dikembangkan ruang penyimpanan tanpa perlu mengeluarkan ‘modal’, dan yang kedua biarlah ada sokongan aplikasi desktop untuk Linux. Dengarnya, aplikasi desktop untuk Linux sedang giat dibangunkan.

Dengan ini, Google Drive pasti akan jadi lebih cemerlang dan berdaya saing kerana pelbagai produk sudahpun dihubungkan dengan Google seperti Gmail, Youtube, Google Plus dan sebagainya. Google Drive bakal menjadi satu lagi produk kebanggaan Google.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Revo Uninstaller Pro 2.5.8 Full Cracked

0

Revo Uninstaller merupakan Software Uninstall alternatif yang jauh lebih cepat dan lebih kuat daripada Uninstall Windows standart.kalau anda menggunakan Revo Uninstaller maka setelah melakukan uninstal sebuah program dari Window anda, Revo Uninstaller akan menghapus semua data yang yg berkaitan dengan program tersebut sperti folder nya, registry nya, dan lain-lain.
kalau mengunakan Uninstall Windows sisa tersebut hanya akan menjadi sampah untuk sistem operasi Windows anda.

Features:
Easy and accurate Uninstalling applications
Ability to view details of all installed applications
Innovative mode “Hunter” to uninstall and remove applications
Support the method «Drag & Drop»
View and manage applications that automatically start when Windows starts
Removal of unnecessary and temporary files from your system
Quick access to the built-in Windows tools
Cleaning up the history in browsers Internet Explorer, Firefox, Opera and Netscape
Delete files without any possibility of recovery
And more …

Changelog:
Fixed minor bugs
Updated language files

Patch :-

Bagi Patch: – Beberapa anti-virus  akan bagi anda warning dengan fail jenis ini, Walau bagaimanapun hanya yang “Warning Salah”. PERGI KE: http://www.virustotal.com/ untuk mengetahui tentang ia…

Download Revo Uninstaller Pro 2.5.8 | UploadUR
Download Revo Uninstaller Pro 2.5.8 | MediaFire
Download Revo Uninstaller Pro 2.5.8 | Sharebeast

Jika ada masalah, hubungi saya di :

Views: 85

Iklan Newspaper Inline

Internet Download Manager 6.11 Build 5 Full Cracked

0

Assalamualaikum kepada Umat beragama Islam..
Salam 1 Malaysia untuk semua rakyat Malaysia..
Saya Charly Dari admin Sedut Software Sampai Lebam and Group Sedut Software Sampai Lebam
Arya Putra telah invited Charly to contribute to the blog: OMG! Hackers

Hari nie Charly nak kongsi  Internet Download Manager 6.11 Build 5.
Banyak perbaikan di IDM 6.11 Build 5 Final ini, dan ia versi final tidak beta seperti sebelumnya.

What’s new in version 6.11 Final Build 5:
Fixed false interception of web ads
Added Socks traffic monitoring for Google Chrome & Opera
Added compatibility with address hiding programs

Cara Install IDM 6.11 Build 5 Final :

Install IDM.
Kalau anda sudah pernah install IDM, jangan lupa di close terlebih dahulu IDM yang ada di system tray.
Setelah install anda akan mendapatkan notification “Fake serial number ..Close je..
Extract file patch di mana saja, lalu jalankan file patch. Untuk Windows Vista/7/8 klik kanan dan ‘Run as administrator. Klik patch, kemudian anda search file installer IDM yang ada di folder tempat anda menginstall IDM. Default (windows 7 64bit) : C:Program Files (x86)Internet Download Manager.
Selesai, kini IDM anda sudah full version!!

Bagi Patch: – Beberapa anti-virus  akan bagi anda warning dengan fail jenis ini, Walau bagaimanapun hanya yang “Warning Salah”. PERGI KE: http://www.virustotal.com/ untuk mengetahui tentang ia…

Download Internet Download Manager 6.11 Build 5| UploadUR
Download Internet Download Manager 6.11 Build 5| MediaFire
Download Internet Download Manager 6.11 Build 5| Sharebeast

Jika ada masalah, hubungi saya di :


Views: 171

Iklan Newspaper Inline