Thursday, 6 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 272

Hackim Si Penggodam – Episod 5 (Kuala Lumpur)

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

EPISOD KELIMA

“Assalamu’alaikum Tuan,

Kami nak bagitahu yang kami amat memerlukan bantuan dari syarikat tuan

untuk membiayai kos perbelanjaan kami semasa di United States. Kami

amat menghargai jika tuan dapat membantu kami. Tidak kisah jika bantuan itu cepat atau

lambat. Kerana kami amat memahami kesibukkan tuan dengan jadual harian tuan.

Akan tetapi, jika tidak dapat membantu, di harap dapat mendoakan kami semua.

Lupa untuk saya katakan bahawa syarikat tuan memiliki ramai pekerja yang bagus.

Usah di fikir pasal gaji jika mereka dapat membuat kerja dengan bagus. Mereka ini

memerlukan orang yang macam tuan untuk membimbing mereka. Jadi sila

pastikan tuan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Kerana ianya

untuk kemajuan syarikat juga. Jika tuan tidak berusaha dari sekarang,

rasanya mungkin syarikat tuan akan mengalami bankrap.

Sekian. T3mp@t B1@5@.”

Itulah emailnya, dari situ bila aku tengok huruf pertama setiap baris, bila dicantumkan ianya akan menjadi Kuala Lumpur. Aku pun tengok semula jadual meeting CEO tersebut dan ianya memang betul yang CEO itu akan berjumpa dengan seseorang di StarBucks, Kuala Lumpur pada hari esok. Dan di situ juga aku dapati bahawa United States merujuk kepada StarBucks kerana ianya berasal dari United States dan Starbucks ini merupakan tempat yang selalu di kunjungi pleh CEO tersebut kata pekerja-pekerja bawahan. T3mp@t B1@5@ pula hanyalah untuk mengelirukan orang lain sahaja. Petang itu aku cuba untuk memikirkan cara bagaimana untuk memasuki akaun bank CEO tersebut. Setelah lama berfikir, aku cuba dapatkan maklumat dari akak setiausaha tu. Aku tanya la semua perkara yang berkaitan dengan diri CEO itu dan nombor akaun CEO tersebut.

Inilah maklumat yang aku dapat

nama : Nasaki

tarikh lahir : 29/04/1965

tempat tinggal : 123, taman cantik, bandar hensem, 12345, Selangor.

email : nasaki@email.com

nombor plat kereta : AAA 12345

Selepas aku dapat semua ini, aku cuba meminta pertolongan rakan aku, nama samaran dia MixDotCom.

“Bro, aku da dapat maklumat semua pasal CEO ni, kau boleh tolong aku cantumkan semua maklumat ni supaya ianya menjadi password. Aku sekarang ni tengah sibuk dengan kerja la.”

MixDotCom membalas :

“Bro aku pun sibuk sekarang ni. Maklum la kena buat program hacking untuk syarikat kita ni. Pecah kepala otak aku sekarang ni. Apa kata kau tanya silent boy si budak paling senyap kat dalam ofis kita ni. Dia tu diam-diam ubi berisi. Takpun nanti aku bagi semua maklumat ni kat dia, biar dia buat semua tu. Okay?”

Aku membalas :

“Okay thanks bro. Bila da siap hantar kat aku. By the way kau buat program apa bro? Habaq la kat aku.. Hehehe.”

MixDotCom menjawab :

“Program yang boleh mencari nombor dan segala maklumat kad kredit dalam sistem. Ianya amat merbahaya sebab boleh bypass firewall dan antivirus. Kalau jatuh ke tangan orang lain, mungkin boleh membawa padah.”

Aku membalas :

“Oh okay juga tu. Nanti aku nak guna la. Okay bro aku kena pergi ni. Nanti aku call kau lagi.”

Dalam lebih kurang setengah jam aku mendapat email dari silent boy. Dia telah menghantar senarai password yang aku minta. Pergh! Banyak betul. Cara yang digunakan oleh silent boy itu boleh lihat dibawah, dia menggunakan BackTrack 5:

Cara-Cara Untuk Menjana Password Menggunakan BackTrack 5

Untuk membukanya, anda boleh tekan pada Applications >> Backtrack >> Privilege Escalation >> Password Attacks >> Offline Attacks >> cupp

Bagi mereka yang ingin membukanya menggunakan perintah. (saya lebih gemar cara menggunakan perintah)
Anda boleh buka terminal anda dan taipkan perintah ini :

root@bt:~#cd /pentest/passwords/cupp

Kemudian akan keluar seperti ini

root@bt:/pentest/passwords/cupp#

Okay kita mulakan aktiviti kita sekarang. Anda taipkan perintah ini :

root@bt:/pentest/passwords/cupp# ./cupp.py -i

Ianya akan keluar seperti di bawah ini. Dan anda taipkan segala maklumat yang anda ada diruang yang di sediakan.

[+] Insert the informations about the victim to make a dictionary

[+] If you don’t know all the info, just hit enter when asked! 😉

>Name:

>Surname:

>Nickname:

>Birthdate (DDMMYYYY):

>Wife’s(husband’s) name:

>Wife’s(husband’s) nickname:

>Wife’s(husband’s) birthdate (DDMMYYYY):

>Child’s name:

>Child’s nickname:

>Child’s birthdate (DDMMYYYY):

>Pet’s name:

>Company name:

>Do you want to add some key words about the victim? Y/[N]:

>Do you want to add special chars at the end of words? Y/[N]:

>Do you want to add some random numbers at the end of words? Y/[N]:

>Leet mode? (i.e. leet=1337) Y/[N]:

Selepas anda isi kesemua maklumat, anda akan dapat seperti ini

[+] Now making a dictionary…

[+] Sorting list and removing duplicates…

[+] Saving dictionary to (nama fail kamu).txt, counting 12000 words.

[+] Now load your pistolero with (nama fail kamu).txt and shoot! Good luck!

root@bt:/pentest/passwords/cupp#

Sudah siap! Sekarang kamu taipkan perintah ini untuk melihat kata laluan yang dijana :

root@bt:/pentest/passwords/cupp#vim (nama fail kamu).txt

Dan ianya akan senaraikan segala kata laluan yang berkaitan dengan maklumat yang diberi. Tetapi jika anda tidak dapat membukanya, anda boleh pergi ke Places >> Home Folder >> File System >> pentest >> passwords >> cupp >> (nama fail anda).txt

Dia juga ada gunakan crunch kerana ianya mungkin berguna jika password yang digunakan oleh CEO itu tidak ada kena mengena dengan maklumat dirinya. Jadi boleh tengok video kat bawah ni bagaimana Silent Boy menjana password menggunakan crucnh :

Jadi aku cuba gunakan program bruteforce yang di cipta oleh MixDotCom untuk memecah masuk dalam akaun CEO itu. Aku gunakan semua password yang diberikan oleh Silent Boy. Tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba aku terfikir, kenapa aku tak godam saja komputer CEO tu masa dia kat StarBucks nanti. Confirm dia guna wifi kat situ. Jadi pada keesokannya aku mengekori kereta CEO itu dengan hanya menggunakan motor RXZ aku. Hee. Dalam masa 15 minit sampai di destinasinya. Aku pun cepat-cepat pergi ke kedai bersebelahan dengan StarBucks dan godam wifi kat situ. Selepas itu tunggu apa lagi aku pun godam la dengan menggunakan cara Man In The Middle.

Tengok video kat bawah ni :

Dalam masa lebih kurang sejam, aku telah berjaya. Dan aku masuk ke akaunnya untuk mencari maklumat yang berguna. Dan dari situ ada beberapa transaksi yang mencurigakan. Dan setelah beberapa minit aku mencari jawapan kepada perasaan curiga aku ini, baru aku tahu yang CEO ni berhubung dengan seorang hacker perempuan yang bernama Anne. Hacker ini bekerja dalam satu syarikat yang mempunyai hubungan dengan syarikat CEO ni. Jadi CEO ni merasuah Anne untuk menggodam setiap komputer di syarikat itu dan berikan segala maklumat dalam syarikat tersebut terutama sekali yang berkaitan dengan projek-projek bernilai jutaan ringgit. Jadi di pendekkan cerita aku cari segala bukti. Setelah itu aku bagi semua maklumat itu kepada bos aku untuk mendakwa mereka berdua atas kesalahan rasuah.

Itulah ceritanya. Jadi kau kena pandai “ayat” untuk dapatkan maklumat yang kau nak. Dan gunakan perisian yang berkaitan dengan tujuan untuk membantu kau mendapat maklumat semaksima mungkin. Faham?

Hackim menjawab :

Faham cik Arif.

p/s : Sori da lama tak update entri. Untuk episod lepas Retsam12345 telah meneka dengan betul dan cepat. Iaitu kuala lumpur. Jadi kita tunggu apakah yang akan berlaku dalam episod seterusnya!

Hackim Si Penggodam – Episod 1 (Introduction)

Hackim Si Penggodam – Episod 2 (Hacking Wifi WEP/WPA)

Hackim Si Penggodam – Episod 3 (Tujuan Yang Jelas)

Hackim Si Penggodam – Episod 4 (Social Engineering)

Sekian.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Download Album Maher Zain

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saja la luqman nak mempekenalkan Maher Zain “Full Album”..

Jom kita kenali Maher Zain dengan lebih dekat..

Biodata Maher Zain:

>Name: Maher Zain..
>Age: 29 years old..
>Nationality: Swedish (of Lebanese origin)..
>Education: BA in Aeronautical Engineering..
>Previous Job: Music Producer..
>Worked with in the past: RedOne: Akon, Lady Gaga, etc..
>Album Name: Thank You Allah..
>Number of Tracks: 13..
>Release Date: 1st of November 2009…
>Record Label: Awakening Records..

Kisah Hidup Nya..

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan…Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik…Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik…Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik…Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia…

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden… Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York…Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’…

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher Zain rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “…

Download..

Album:Forgive me..

192 kbps | 44 khz | MP3
Tracklist :

01 – I Love You So..
02 – Number One For Me.
03 – Mawlaya..
04 – My Little Girl..
05 – Forgive Me..
06 – One Big Family..
07 – Assalamu Alayka..
08 – Paradise..
09 – Masha Allah..
10 – Radhitu Billahi Rabba..
11 – Freedom..
12 – So Soon..
13 – Muhammad (pbuh)…
14 – Guide Me All The Way..
15 – Mawlaya (Arabic Version – Bonus Track)..
16 – Assalamu Alayka (Arabic Version – Bonus Track)..
17 – Radhitu Billahi Rabba (Arabic Version – Bonus Track)..

Download di Mediafire..

Album:Thank You Allah

Maher Zain –Always be there..
Maher Zain – Awaken..
Maher Zain – Baraka Allahu Lakuma..
Maher Zain – For the Rest of My Life…
Maher Zain – Hold My Hand..
Maher Zain – Open Your Eyes..
Maher Zain – Palestine Will Be Free..
Maher Zain – Salam Alayka..
Maher Zain – Sepanjang Hidup..
Maher Zain – Thank You Allah..
Maher Zain – The Chosen One..
Maher Zain Feat Fadly Padi – Insha Allah..
Maher Zain Feat Irfan Makk – Allahi Allah kiya karoi..

Download di sharebeast

Credit to:mydownload2u dan anakmudakini

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Modifikasi Ubuntu 12.04 Dengan Alat Konfigurasi

0

Assalamualaikum.

Nampaknya banyak lagi yang akan diketengahkan mengenai Ubuntu 12.04 kerana sebaik sahaja keluarnya ia secara rasmi, laman web Ubuntu ‘tersentak’ dengan trafik yang berjuta-juta sehingga ia dalam keadaan seperti dilanggar todak terkena serangan DDoS. Ini bererti sambutan pengguna dan orang ramai terhadap Ubuntu telah bertambah meskipun Ubuntu telah menukar persekitaran desktopnya kepada Unity.

Buat masa ini, secara lalainya (default) anda boleh membuat modifikasi pada Ubuntu 12.04, namun untuk memodifikasinya secara ‘ekstrim’, seperti menukar tema, ikon tema, konfigurasi Unity, dan sebagainya lagi, anda perlukan alat (tool) konfigurasi yang tidak tersedia dalam Ubuntu tetapi tersedia sama ada dalam repositori rasmi ataupun PPA dari pembangun alat tersebut.

Gnome Tweak Tool


Ini ialah sebuah alat yang memudahkan anda untuk mengubahsuai tema, ikon tema,dan beberapa tetapan yang lain. Ia tersedia dalam repositori rasmi Ubuntu 12.04, dan anda boleh pasangkan ia dengan mudah melalui Terminal dengan menggunakan baris perintah:

sudo apt-get install gnome-tweak-tool

Ubuntu Tweak [0.7]

Ketika entri ini ditulis, Ubuntu Tweak baru sahaja melepaskan versi terbaru alat ini iaitu versi 0.7. Ini adalah alat serba guna, yang membolehkan anda mengubahsuai pelbagai tetapan. Ia tersedia dalam PPA rasmi pembangunnya:

sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install ubuntu-tweak

MyUnity

MyUnity ialah alat khas yang dicipta untuk mengubahsuai persekitaran desktop Unity. Anda boleh ubah pelbagai pilihan untuk menjadikan desktop Unity sesuai dengan kehendak anda. Ia juga seperti Gnome Tweak Tool, tersedia dalam repositori rasmi Ubuntu 12.04:

sudo apt-get install myunity

Untuk pengetahuan anda, versi yang akan datang bakal membawa kepada kaedah penetapan secara visual, yang dapat anda lihat pada video di bawah:

Unsettings

Unsettings ialah alat yang seakan-akan MyUnity, tetapi mempunyai fungsi yang lebih sedikit dari MyUnity, dan kurang sedikit dari Ubuntu Tweak. Ia adalah alat yang amat berguna untuk mengubah tetapan Unity desktop.

Pasangkan ia melalui PPA dan baris perintah di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:diesch/testing
sudo apt-get update
sudo apt-get install  unsettings

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu Online Demo/Tour Updated For 12.04 Precise Pangolin!

0

Seperti biasa, buat mereka yang ingin melihat ke dalam teknologi sistem operasi Linux yang bernama Ubuntu ini dari ‘luar’ tanpa perlu memasangnya ataupun mencubanya melalui live USB/CD/DVD, anda boleh mencubanya secara LIVE dalam laman web rasminya di URL ini : http://www.ubuntu.com/tour/en/

Dari situ anda boleh melihat gambaran bagaimanakan rupanya Ubuntu 12.04 Precise Pangolin yang dinanti-nantikan selama ini. Bagaimanapun untuk merasai teknologi sebenar, sudah tentu anda perlu muat turun ia dan cuba sendiri pada PC anda!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 12.04 Precise Pangolin

0

Pening kepala mengenai apa yang perlu dilakukan selepas siap memasang Ubuntu 12.04? Anda tidak perlu pening seperti itu, kerana di sini tersedia panduannya. Walaupun bagi saya, ia masih tidak lengkap, tetapi boleh dikira sebagai ‘cukup-cukuplah’. Kalau ada lagi, InsyaAllah saya kemaskini entri ini.

1. Pasang Codec

sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras

sudo apt-get install non-free-codecs libxine1-ffmpeg gxine mencoder
totem-mozilla icedax tagtool easytag id3tool lame
nautilus-script-audio-convert libmad0 mpg321 mpg123libjpeg-progs

 2. Kemaskini Sistem Operasi
Baru pasang bukan bererti ‘up-to-date’. Mungkin ada pakej yang telah dinaiktaraf? Gunakan baris perintah ini untuk melakukannya:

sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade

3. Pasang Pemain Flash Untuk Pelayar Web

sudo apt-get install flashplugin-installer

4. Pasang Ubuntu Tweak

sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa

sudo apt-get update

sudo apt-get install ubuntu-tweak

5.  Pasang MyUnity

sudo add-apt-repository ppa:myunity/ppa

sudo apt-get update

sudo apt-get install myunity

Sebenarnya MyUnity telah pun ada dalam repository rasmi Ubuntu 12.04. Jadi jika anda tidak mahu menggunakan PPA, cukup sekadar menggunakan baris perintah sudo apt-get install myunity.

6. Pasang Gnome Tweak Tool (Advance Settings)

sudo apt-get install gnome-tweak-tool

P/S : Dengan memasang Gnome Tweak Tool, bererti anda telah memasang Gnome Shell pada sistem operasi Ubuntu anda.

7. Pasang Synaptic Package Manager

sudo apt-get install synaptic

8.  Berikan Sokongan Global Menu Pada Libre Office

sudo apt-get install lo-menubar

9.  Pasang uGet Download Manager

sudo add-apt-repository ppa:plushuang-tw/uget-stable

sudo apt-get update && sudo apt-get install uget

P/S : Sila ambil perhatian, jika PPA di atas masih belum dikemaskini untuk Precise Pangolin dan anda mendapati ralat terjadi, anda boleh cuba pasangkan dengan baris perintah sudo apt-get install -f atau anda boleh cuba gunakan uGet Development PPA ini:

sudo add-apt-repository ppa:plushuang-tw/uget-devel

sudo apt-get update && sudo apt-get install uget

Kalau tak boleh juga? Hanya gunakan ‘sudo apt-get install uget

atau Pasangkan JDownloader!

10. Pasang XBMC

Rujuk pautan ini

Anda mahu pasang apa lagi? Mahu pasang tema? Mahu pasang MATE Desktop? Mahu pasang Wine? JDownloader? Atau VLC? Ahhh. Namakan saja, hampir semuanya ada dalam blog ini! Anda cuma perlu rajinkan diri menggunakan kotak carian yang terdapat diatas atau gunakan OMG! Sitemap?. Terima kasih!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 12.04 Precise Pangolin Review

0

Akhirnya kita merasa juga menggunakan teknologi terbaru dari Ubuntu apabila pelbagai penambahbaikan pada sistem operasi itu telah diimplementasi oleh para pembangunnya. Kita bukan hanya menunggu ‘kosong’. Kita telah merasai versi alpha dan beta, dan juga telah membantu pembangun untuk membaiki bugs serta membuat penambahbaikan pada kod sumber. Oleh itu, kita berhak untuk merasai apa yang baru dan apa yang bagus pada Ubuntu 12.04. Berikut adalah reviu/rebiu beberapa ciri baru yang dapat kita lihat secara nyata:

1. Unity 5.8 yang superb
Antara yang boleh kita lihat dan rasai ialah Unity Dash yang telah diperbaharui. Ia tidak lagi menunjukkan ikon super besar pada Home Lens, sebaliknya ia akan menunjukkan Recent Apps, Recent Files, dan Recent Downloads.

2. HUD
Heads Up Display ialah cara baru untuk anda melakukan kerja-kerja anda. Sekarang ia telah menjadi lalai (default) dan ia kini mengikut gerak laku pada Unity Launcher/Dock seperti auto-hide dan saiz ikon.

3.  Unity Quicklist
Quicklist amat memudahkan apabila anda tidak perlu terkial-kial mencari menu pada ikon Unity. Anda cuma perlu klik kanan dan pilih sahaja apa yang anda perlu. Home Folder juga mempunyai Quicklist nya sendiri.

4.  Video Lens
Anda mahu mencari video yang ada dalam cakera keras anda? Video Lens mempermudahkan pencarian. Hanya perlu taip sahaja nama video dan ia akan segera terpapar. Terdapat pelbagai pilihan sama ada dari cakera keras mahupun pada laman video streaming.

5. Saiz Semula Unity Launcher
Anda tidak perlu lagi menggunakan CompizConfig Settings Manager untuk menetapkan semula saiz Unity Launcher/Dock. Anda boleh lakukan ia melalui menu tetapan Wallpapers.

6. Unity Launcher ‘Always Visible’
Anda tidak akan dapat semula ‘dodge windows’, sebaliknya Unity Launcher akan sentiasa ‘ada’. Sekiranya anda mahu ia ‘auto-hide’, anda boleh lakukan ia melalui menu Appearance -> Behaviour.

7. Ubuntu One Desktop Client – Qt based
Klien Desktop Ubuntu One telah di rekabentuk semula dengan menggunakan asas Qt. Ia menjadi semakin menarik dan kini telah disokong oleh sistem operasi Windows. Pengguna Windows boleh muat turun aplikasi ini dan pasangkannya pada Windows anda. Kini, pengguna Windows juga adalah pengguna storan awan Ubuntu One!

8. Pemain Muzik Rhythmbox
Pemain muzik Banshee yang telah dikritik hebat oleh para peminat Ubuntu kini telah mendapat kembali pemain muzik lalai yang terdahulu iaitu Rhythmbox. Anda tidak perlu gusar akan kehebatan dan fungsinya. Ia setanding dengan mana-mana pemain muzik yang ada pada Windows.

9. Firefox dan Libre Office Versi Terkini
Dalam bab perisian pejabat dan perisian internet, anda sentiasa mendapatkan yang terkini. Tak perlu bimbang untuk kesukaran memasangnya kerana ia sudah tersedia secara lalai.

10. Privacy Menu
Anda bimbangkan maklumat peribadi anda ‘dihidu’ oleh mana-mana orang yang menggunakan PC anda? Kini tidak lagi apabila anda boleh memilih untuk memadam kesemua rekod aktiviti pada PC anda.

Mahu tahu lagi apa yang terbaru? Cuba sendiri dan rasai perbezaannya sekarang! Oh.. Reviu di atas tiada gambar? Sebab sudah ada video! Sila tonton video-video dibawah.

Berikut adalah reviu dari Jupiter Broadcasting, The Linux Action Show!:

Ini adalah reviu dari quidsup:

Ini pula adalah video 10 ciri Ubuntu 12.04 yang terbaik dari OMG! Ubuntu!:

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 12.04 Precise Pangolin Telah Dilepaskan!

0

Setelah sekian lama kita menunggu selama 6 bulan lamanya, kini tibalah masa kita merangkul dan menikmati teknologi Ubuntu 12.04 yang telah dilepaskan pada hari ini!

Anda boleh muat turun Ubuntu 12.04 Precise Pangolin di sini : Ubuntu Official Website
Nantikan reviu Ubuntu 12.04 yang akan menyusul selepas ini!

P/S : Buat masa ini, pada laman web rasmi Ubuntu, versi yang diberikan masih lagi 11.10. Tetapi anda boleh dapatkan Ubuntu 12.04 Precise Pangolin versi stabil di URL http://releases.ubuntu.com/precise/

UPDATE:

Ubuntu 12.04 telah dikeluarkan secara rasmi pada laman web rasmi!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[ Sedut ] Windows Vista & 7 Activation Crack

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Kenai or ingat tak saya? hehe
I’m back with special entri.
Iaitu Activation Windows Vista dan 7

Saya syorkan anda format la PC anda sendiri kerana kedai2 yang buat tak semua jujur =)
Ada sesetengah kedai menanam virus dalam pc anda, dengan mengharap anda akan datang lagi jika pc anda masalah.
(* saya pun buat gak servis format2 ni. tapi saya jujur na ^^ )
Modal CD or DVD tak mahal mana pun.
Nak cari CD or DVD tu kena teliti..
Jika PC anda 32-bit, cari cd/dvd yang tertulis x86 or 32-bit
Jika PC anda 64-bit, cari cd/dvd yang tertulis x64 or 64-bit
( jangan leka, silap beli, install. rugi masa ^.P )
*make sure anda download dahulu driver pc anda untuk kesenangan masa depan anda ^^

Activation ini boleh dikatakan bergunalah.
Kerana apa?
Selepas install windows vista or 7 apa2 sahaja version ( Professional or Ultimate ka )
Install semua driver yang ada,
Install windows update yang ada,
KECUALI satu update ni
Update for Windows 7 ( KB971033 )

Kerana apa?
Kerana itu update yang akan check windows anda original or lanun,
Jika lanun, akan jadi screen hitam tu ( windows not genuine ^^ )

Untuk menghindari masalah itu,
Klik kanan kat update yang berkod ( KB971033 ) itu dan pilih ” Hide Update
Selepas itu, ada boleh update windows anda seperti biasa =)

Uih, jauh gila keluar topik..hehehe
Sorry =(

Mula2 anda kena sedut dulu.
Bukan sedut air, tapi sedut perisian ni ^^
Windows Loader

Kemudian?
Extract file tersebut dan klik file bernama Windows Loader.
Selepas itu akan keluar perisian tersebut.
Saya puji perisan ini kerana tidak perlu menekan ” Rus as Admin*bla2 “
Just tekan install dan tunggu.
Kemudian lihat sama ada dia suruh restart or tak =)

p/s : hanya untuk orang yang baru format windows lanun. Untuk windows yang dah install, susah. saya dah cuba =(

Ini contoh screenshot

klik gambar untuk kejelasan maksima ^.P

Mudah, hanya tekan Install.
* saya guna balik windows vista with ubuntu 12.04 ^^

Itu sahaja entri kali ini,
harap dapat memberi manfaat pada anda semua.
saya tengah bersedih kerana pointer saya 1.64 =(
Harap anda semua doakan saya dapat bangun dari kejatuhan ni dan berjaya =)

Maaf jika ada kekurangan dalam entri ni dan penulisan saya ini.
Selamat mencuba,
Selamat menyedut,
Selamat maju jaya =)

Gambar santai =)

uniknya =)

p/s : sila matikan antivirus anda takut2 ia detect sebagai virus =)

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

2 Bulan Selepas Tukar Domain, OMG! Hackers? Peroleh Google Sitelinks

0

Umum yang mengikuti blog ini tahu ranjau dan duri yang saya hadapi untuk mengekalkan blog ini sebagai blog IT yang paling diminati. Dari domain yang sudah kukuh jenamanya iaitu My Hackers Are Here, ia terpaksa dijenamakan semula kepada OMG! Hackers? atas masalah-masalah dengan pendaftar.

Namun begitu, atas semangat untuk memajukan industri IT di Malaysia yang tak pernah padam, atas dasar mahu membantu anak Melayu supaya mengenai serba sedikit mengenai IT, blog ini diteruskan dengan domain baru tersebut. Belum pun sampai usianya mencecah 2 bulan, kini Google menghadiahkan Google Sitelinks untuk OMG! Hackers?:

Bandingkan ia dengan blog yang lebih terkenal, OMG! Ubuntu!

Bagaimana? Sama bukan? Bukan hendak mendabik dada, tetapi ini adalah bukti hasil kerja keras saya dan para penulis jemputan di sini. Terima kasih kerana menyokong kami. Sokongan anda amat dihargai.

Sekali lagi Mr.Hac memetik artikel dari Suffer8zine mengenai Google Sitelinks:

So, Apa itu Google Sitelinks?
Menurut ishakhasimi.com, sitelinks adalah links-links dibawah nama blog
atau web yang muncul di hasil carian Google,sitelinks ini sebenarnya
untuk pengetahuan rakan-rakan blogger akan dihasilkan secara
automatik,jika sebuah blog atau web memenuhi algoritma sitelinks yang
dimiliki oleh google. Sitelinks diberikan kepada sebuah blog atau web
agar pengguna lebih mudah menavigasi sebuah blog atau web.

Bagaimana nak mendapatkan Google Sitelinks pada sesuatu blog atau
website? Sebenarnya ramai blogger yang berpendapat Google Tidak
Menjelaskan Bagaimana Kita Boleh Mendapatkan Sitelinks. Namun berikut
merupakan terjemahan petikan dari blog agusale.com (Indonesia) mengenai
kelebihan yang perlu ada pada sesuatu blog atau website bagi memiliki
Google Sitelinks ;

1. Blog atau website yang mendapat kedudukan teratas bagi sesuatu carian Google.
2. Blog atau website mudah diakses oleh spider.
3. Blog atau website mengalami aliran traffic yang tinggi.
4. Mempunyai high natural search traffic.
5. Outbound links yang useful.
6. Inbound link dari site berkualiti tinggi (bertraffic tinggi).
7. Blog atau website yang berusia setahun atau lebih.

So, Apa pula kelebihan memiliki Google Sitelinks pada sesuatu blog atau
website? Sudah semestinya visitor lebih mudah untuk mencari blog atau
website tersebut dari carian Google. Malah peratus carian oleh
spider-spider Google akan lebih tinggi. Kalau korang perasan bukan semua
Google Sitelinks pada sesuatu blog atau website mempunyai jumlah
bilangan link yang sama. Ia mengikut traffic sesuatu entri, ada yang 3
links, ada yang 6 links, ada juga 8 links seperti Blog Kapal Karam ni.

Tapi perlu diingat, Google Sitelink juga sama seperti seperti pagerank
iaitu sentiasa di update oleh Google. Links pada Google Sitelink
berkemungkinan akan bertambah, berkurang mahupun hilang jika blog yang
dinilai itu tidak diupdate. Aku harapkan informasi ini berguna untuk
semua.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ezad Lazim – Mengharap Bintang (2011) Full Album Download

0

Tracklist:

1. Ezad – Mengharap Bintang (4:27)
2. Ezad – Gambaran Sebuah Rindu (4:47)
3. Ezad – Kau Dan Aku Yang Dulu (4:23)
4. Ezad – Tiba-Tiba Teringat (4:38)
5. Ezad – Alasanmu (5:30)
6. Ezad – Rindu Serindu Rindunya (6:20)
7. Ezad – Dirantai Digelangi Rindu (4:30)
8. Ezad – Masih Terserlah Ayu Mu (5:36)
9. Ezad – Mencintai Dari Tirai Kamar (4:59)
10. Ezad – Percintaan Ini (5:00)

Muat turun di sini : Ezad Lazim – Mengharap Bintang

Sekiranya anda sukakan album ini, sokonglah beliau dengan membeli produk asli, seperti yang saya telah lakukan. Muat turun memang percuma, tetapi beliau nak makan apa? Maggie pun belum tentu der!

Sumber Muat Turun Asal : The Kingdoms of Local MP3 Albums & MVs

Views: 4

Iklan Newspaper Inline