Seringkali kita mendengar sistem operasi Linux yang mempunyai pelbagai pilihan persekitaran desktop seperti KDE, MATE, Unity, Gnome Shell, XFCE, Openbox, LXDE dan sebagainya. Setiap kali selepas selesai memasang persekitaran desktop yang disukai dan kemudian ingin bertukar kepadanya, pengguna perlu terlebih dahulu log keluar dan log masuk balik dengan memilih persekitaran desktop tersebut. Bagaimana jika saya katakan hanya melalui satu menu pilihan, anda dapat bertukar desktop kegemaran dengan cepat tanpa perlu log keluar terlebih dahulu?
Ini dapat dilakukan melalui sistem operasi Hybryde Evolution 12.04, sebuah distro berasaskan Ubuntu (12.04 LTS) yang telah dimodifikasi sehingga dapat menjalankan pelbagai persekitaran desktop tanpa perlu log keluar melalui menu yang digelarkan sebagai Hy-menu.
Sistem operasi ini adalah dalam bahasa Perancis, namun anda dapat menukarnya kepada bahasa Inggeris dengan mudah. Hanya perlu ikut tutorial ini : Change the User Interface Language in Ubuntu
Berminat setelah melihat video di atas? Anda boleh muat turun fail ISO sistem operasi ini pada laman web rasminya di sini : Hybryde Linux Distribution
Tips : Untuk memudahkan anda ‘memahami’ bahasa Perancis pada laman webnya, sila gunakan Chrome yang mempunyai penterjemahan terbina dalam.
Lama sungguh rasanya saya tidak mengemaskini pos di sini kerana sibuk dengan tugasan kerja yang memerlukan saya ‘merantau’ ke negeri lain. Setelah sekian lama jari ini tidak menaip untuk blog, terasa pula banyak benda yang telah saya ketinggalan untuk kongsikan bersama. Jadi hari ini saya akan kongsikan bagaimana anda boleh pasangkan Beats Audio pada mana-mana smartphone yang dikuasakan oleh Android.
Penafian: Dengan melakukan pemasangan ini saya menganggap anda sudah jelas dan faham mengenai sistem Android. Jika sesuatu berlaku saya dan mana-mana pihak yang terlibat dalam tutorial ini tidak akan bertanggungjawab terhadapnya.]
Anda boleh tonton video di bawah dan kuatkan volume jika tidak jelas:
Atau boleh juga tonton video ini:
Kaedahnya mudah:
1. Muat turun fail zip Beats Audio (Pautan akan diberikan di bawah pada muat turun)
2. Reboot, pergi kepada ClockworkMod Recovery dan pilih ‘Install zip from sdcard’.
3. Navigasi ke fail zip tersebut lalu pasangkannya.
4. Reboot.
5. Enjoy!
P/S : Jangan lupa buat sandaran (Nandroid Backup) terlebih dahulu sebelum melakukan pemasangan.
PhotoDirector 3 menambah peningkatan keseluruhan untuk membetulkan warna dan kontras…Dan sekarang, anda boleh menikmati ciri-ciri penyuntingan dengan tepat dan satu set lengkap untuk mencantikkan alat dengan sokongan imej profesional 16-bit…PhotoDirector memberikan anda ciri-ciri baru yang menarik bagi setiap langkah dalam hasil kerja anda!..
Photo Director mempunyai ciri-ciri yang baru dan menarik seperti:
Giveaway:
1.Giveaway ini berasal dari UK,tapi kenalah ip dari UK..http://photodirector.disc.pcpro.co.uk/ register dahulu..Dan sikmati Cyberlink PhotoDirector 2011 full version..
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
EPISOD KETIGA BELAS
Encik Arif : Tetapi Retsam12345 telah menghilangkan diri. Dia telah menghilangkan diri semasa beliau pergi ke tandas. Mr. Hac sebenarnya sudah mengetahui perkara ini akan berlaku kerana sikap Retsam12345 yang begitu berubah sejak akhir-akhir itu. Di sebabkan itu, Mr. Hac telah menukar password akaun yang mempunyai sejumlah wang dari bank yang telah di ceroboh itu semasa mereka hendak keluar dari bank tersebut. Perkara itu tidak disedari oleh Retsam12345.
Dan pada keesokannya, Mr. Hac pergi ke bank tersebut dan menyatakan kepada pihak bank bahawa bank tersebut mudah untuk dicerobohi dan komputer mereka mudah digodam. Mr.Hac telah menerangkan beberapa langkah bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku. Mereka menerima kelemahan mereka dan menghargai kesudian kami untuk menguji sekuriti bank mereka. Berbalik semula kepada Retsam12345 ini, mengikut kepada panggilan yang dilakukan oleh Retsam12345, dia telah membuat panggilan ke satu nombor yang tidak diketahui, pada setiap hari terutamanya pada malam hari. Kami cuba untuk trace siapakah orang itu, tetapi tidak berjaya.
Sejak Retsam12345 itu menghilangkan diri, terdapat pelbagai jenayah siber yang telah berlaku di luar sana, terutamanya penggodaman kad kredit dan laman web. Kami seperti sudah mengesyaki bahawa di antara jenayah siber itu, pasti Retsam12345 antara penggodam yang melakukannya. Jadi Mr.Hac bekerjasama dengan pihak bank untuk menangkap Retsam12345. Tujuan Mr.Hac untuk mengetahui punca Retsam12345 meninggalkan kumpulan mereka dan adakah dia telah dipengaruhi oleh seseorang? Semasa dalam proses untuk menangkap Retsam12345, kami telah mengetahui siapakah orang yang selalu di telefon oleh Retsam12345. Orang itu adalah kawan rapat Mr.Hac sebelum mereka berdua ditangkap kerana melakukan jenayah siber suatu ketika dulu. Namanya Janjangz. Dia memang expert bab-bab godam laman web. Jadi Mr.Hac mengesyaki bahawa Janjangz telah mempengaruhi Retsam12345 untuk bersama dengannya melakukan aktiviti penggodaman. Mr.Hac tahu bahawa sukar untuk menangkap Retsam12345 jika dia telah bekerjasama dengan Janjangz. Jadi Mr.Hac telah menggunakan kepakaran dirinya untuk menggodam sistem telefon dan trace kedudukan Retsam12345 dan Janjangz semasa mereka berhubung. Tetapi tidak juga berjaya.
Ini menyebabkan kami terpaksan meminta pertolongan dari hacker-hacker yang lain untuk menangkap mereka berdua. Dan dalam masa lebih kurang sebulan, kami telah berjaya menangkapnya. Sebelum kami menghantarnya kepada pihak berkuasa, Mr.Hac telah bertanya kepada Janjangz, kenapa dia telah mengajak Retsam123345 untuk menyertai ideologi jahatnya itu? Janjangz hanya menjawab bahawa dia hanya ingin membalas dendam terhadap Mr.Hac kerana tidak dikenakan hukuman yang setimpal semasa disabitkan kesalahan jenayah siber. Jadi itulah punca semua ini berlaku. Retsam12345 yang masih muda mudah dipengaruhi oleh Janjangz. Oleh itu, mereka berdua telah dihantar ke pihak berkuasa untuk mengikut prosedur yang seterusnya.
Sejak dari peristiwa itu, Mr.Hac membubarkan kumpulan itu, padanya lebih baik kelebihan,kemahiran dan pengalaman yang ada pada kami semua ini digunakan oleh pihak berkuasa untuk menangkap penggodam diluar sana dan menolong mereka yang buta sekuriti. Disebabkan itu aku telah bekerja di syarikat ejen perisik, untuk membantu mereka dengan menggunakan kemahiran yang aku ada iaitu mengintip dan social engineering. Pr67am pula telah bekerja dengan syarikat antivirus terkemuka. Analyzer Programmer pula telah bekerja dengan Mr.Hac dengan membuka syarikat komputer mereka sendiri. Setakat ini mereka berdua telah mencipta sistem operasi mereka sendiri, software yang selalu digunakan oleh hacker juga dicipta untuk digunakan oleh penetration tester atau syarikat-syarikat yang mementingkan sekuriti. Jadi sejak itu kami membuat haluan masing-masing.
Sekarang ni.. Kenapa Retsam12345 cari kau? Pada aku mungkin dia mahu pengaruh kau seperti dia telah dipengaruh oleh Janjangz. Memandangkan dia sudah berada di luar sana, aku mahu kau sentiasa perhatikan keadaan sekeliling. Jikalau ada apa-apa yang mencurigakan, contact je aku. Faham? Dia mesti ada agenda tersendiri untuk merekrut kau sebagai ahli dia.
Hackim : Baiklah. Saya faham Encik Arif. Saya akan lebih berhati-hati lepas ini.
Hackim pun pun meletakkan telefon bimbitnya di sebelah komputer dan terus googling mengenai Retsam12345. Dia ingin mengetahui sejarah Retsam12345. Tetapi Hackim tidak dapat menggunakan komputer itu pada masa yang lama kerana keesokkannya adalah hari sekolah. Dia pun terpaksa shutdown komputernya dan terus baring diatas katil untuk tidur…
Kini kita ketahui siapakah Retsam12345 ini sebenarnya. Jadi bagaimanakah Retsam12345 ini mempengaruhi Hackim? Adakah dia akan terpengaruh? Kita tunggu untuk episod yang seterusnya.
Beberapa hari lepas saya ada menulis mengenai Linux Mint 13 ‘Maya’ RC yang telah dilepaskan kepada umum. Untuk pengetahuan anda, bagi menjimatkan masa (yang sebenarnya saya malas nak tulis pos baru), suka untuk saya umumkan bahawa Linux Mint 13 Maya rilisan stabil telah pun dilepaskan kepada umum. Ia mempunyai dua versi iaitu menggunakan MATE Desktop atau Cinnamon.
Baiklah. Kita beralih pula kepada tajuk pos. Pinguy OS, yang dahulunya melepaskan rilisan 11.10 dalam versi ‘separuh siap’, kini melepaskan versi terbaru iaitu 12.04 rilisan Beta. Disebabkan Gnome Shell sudah dikatakan mencapai proses kematangan, maka rilisan terbaru ini bakal mempunyai rilisan stabil.
Tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai rilisan ini kerana ia masih menggunakan layout dari versi 11.10. Jadi anda boleh membaca mengenai rilisan ini di sini.
Anda boleh muat turun Pinguy OS 12.04 Beta pada pautan ini : Pinguy OS Blog
Sudah lama tidak mencari distro baru yang tidak memeningkan kepada seperti Pinguy OS, baru-baru ini tergerak hati untuk mencarinya di serata Google, dan akhirnya terjumpalah dengan Voyager, sebuah distro yang sesuai untuk pemula dari Perancis.
Ia dilengkapi dengan tweak-tweak yang awesome, dan menggunakan Xubuntu sebagai asas atau tapak kepada distro ini. Xubuntu mempunyai menu seakan klasik, yang memudahkan pengguna baru untuk meneroka, selain dilengkapi dengan AWN launcher. Tak lupa juga pembangun telah memasukkan Conky Control, yang mana memudahkan pengguna baru untuk menukar pattern Conky yang disukai dengan mudah sekali.
Selain itu, ia dilengkapi dengan pelbagai perisian yang telah dipasang secara lalai (default) dan ini semestinya tidak akan memeningkan kepada jika anda tidak mahu lagi memasang sebuah distro dan kemudian terpaksa pula memasang perisian-perisian yang lain, yang akan menjamah dengan rakus masa anda yang berharga.
Berikut merupakan video pengenalan kepada Voyager 12.04 LTS:
Untuk pengetahuan anda, Voyager 12.10 berasaskan Ubuntu Quantal Quetzal sedang giat dibangunkan. Mainkan video di bawah yang merupakan pra-tonton kepada versi tersebut:
Bagaimana? Tertarik dengan fungsi dan kecantikannya? Anda boleh muat turun dan membaca dengan lebih terperinci mengenai Voyager 12.04 pada laman rasmi pembangunnya di sini : Voyager
Hari ini semua tertunggu-tunggu luqman nak wat RAT..Maaf la toturial ni tak bapa lengkap sikit sebab luqman bukan pakai wifi,lukman pakai berukband..Kalau sesiapa yang pakai berukband kena beli vpn di Sini dulu baru la setting port tu success..Tengok gambar di bawah..
1.Mulakan langkah dengan pergi http://www.No-IP.com dan Register…Kalau sudah ada akaun, log in jer… 2. Kemudian, klik “Add Host”
3. Seterusnya, tetapkan “host name” tuuu…
Hostname : Your Host Name, EG: Host Type: DNS Host (A)
Kemudian, klik jer “Create Host” kat bawah kanan tu…
Ok, host telah pun siap!!! Baru siap step pertama… Kemudian, mari kita ke No-IP Client plak… Bereh blaka tu…
STEP KEDUA :
1. No-IP Client tu, download, extract ke dekstop, kemudian install… 2. Selepas install, buka, Log In dengan No-ip Username & Password anda… 3. Apabila Log In tu, klik “Select Hosts” kemudian Check That Little Box dengan Hostname anda tadi…
Sampai di situ sahaja luqman leh tunjuk..kalau luqman pakai berukband boleh la tunjuk sampai habis..Video toturial ini dibuat oleh Masta RAt theatregelap..Dia yang banyak bantu luqman beli vpn di atas..Anda boleh rujuk blog nya di http://www.theatregelap.com…
Video toturial download di Sini..Credit to Masta theatregelap..
Bagi kipas-susah-mati permainan 3D, From Dust adalah pilihan yang sangat tepat untuk memenuhi waktu lapang. Ia dipenuhi dengan grafik yang superb, dan kepermainan bertaraf 5/5 bintang.
Berita baik buat semua pengguna sistem operasi Linux, permainan 3D ini kini boleh dimainkan pada sistem operasi anda hanya dengan menggunakan pelayar web Google Chrome.
Dalam permainan ini, anda bertindak sebagai ‘pengawal’ alam yang mampu mengawal kesemua elemen untuk memastikan kelangsungan hidup kaum/puak anda.
Anda boleh muat turun From Dust melalui Chrome Web Store. Jalankan permainan ini dan tunggu sehingga ia siap memuat turun data permainan.
Untuk menjalankan ia pada Chrome dengan baik, sila pastikan:
1. Native Client = Enable -> pada chrome://flags
2. Taipkan chrome://gpu pada URL baru Chrome, dan jika anda dapat melihat WebGL atau Compositing diwarnakan dengan warna merah pada Graphics Feature Status, sila taipkan chrome://flags pada URL bar Chrome, dan Enable pada pilihan Override software rendering list.
Setelah lama menanti kelahiran terbaru distro berasaskan Ubuntu ini, akhirnya ia dilepaskan juga dengan versi terbaru, versi 13 lepasan RC. Distro yang dimaksudkan itu ialah Linux Mint, dan kini ia dibina berasaskan kepada Ubuntu 12.04 Precise Pangolin.
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
EPISOD KEDUA BELAS
Pada satu malam, Hackim baru teringat untuk membuat panggilan pada Encik Arif bagi memberitahu akan perkembangan misi keduanya itu. Dia pun mencapai telefonnya dan mendail no Encik Arif.
Encik Arif : Ohh. Baguslah tu. Yang untuk kawan kamu lagi seorang tu, siapa nama? Yang Dragon-dragon tu.
Hackim : Bluedragon.. Encik Ariff.
Encik Arif : Tak kisah la apa nama dia. Cuba kau buat satu fail autorun yang boleh menjalankan satu program yang dia minat. Dalam program tu kau cantumkan dengan keylogger. Sebab aku pernah buat benda ni, dan menjadi.
Hackim : Oh ye ke? Okay-okay. Saya akan buat nanti. Em. Sebelum tu, saya nak tanya ni. Masa tu saya ada main komputer, bila nak shutdown komputer tu ada satu pop up keluar. Saya dah tak ingat dia tulis apa. Tak silap saya “YOU HAVE BEEN HACKED BY RETSAM12345.” dengan “STAY AWAY FROM ARIF. HAHAHA”. Lebih kurang macam tu laa. Encik Ariff kenal tak siapa?
Encik Arif : Retsam12345? Kau biar betul?? Dia hack kau ke?
Hackim : Aah. Dia hack dan nama dia memang macam tu.
Encik Arif : Aduh. Bahaya ni. Nampaknya aku kena bagitahu kau siapa dia ni. Macam ni, aku dulu ada satu team hacker, kami tak ada nama pun untuk team itu. Ada 5 orang anggota. Kesemuanya ada rekod jenayah siber. Yang pertama adalah Mr.Hac, dia ni ketua kumpulan kitorang. Dia merupakan orang penting dalam menubuhkan kumpulan ini. Yang kedua adalah pr67am. Dia adalah orang yang cekap dalam membuat virus. Yang ketiga adalah Analyzer Programmer. Dia ni pakar dalam programming. Yang keempat adalah Retsam12345. Dia ni pakar dalam godam komputer. Dan aku akhir sekali. Kumpulan ini sebenarnya ditubuhkan secara tidak sengaja. Kerana kami semua berjumpa dalam satu perjumpaan underground yang dihadiri oleh semua hacker-hacker. Semasa berborak, Mr.Hac meluahkan pendapatnya untuk menubuhkan satu kumpulan yang terdiri daripada kami berlima. Kerana dia merasakan kami berempat mempunyai kemahiran yang secukupnya untuk membuat satu team hacker yang lengkap. Dan Mr.Hac ni boleh di kira hardcore hacker kerana kemahiran dia mengatasi kami semua. Jadi dia memang layak menjadi ketua kami. Kami semua pun bersetuju untuk menubuhkan kumpulan ini. Aktiviti hacking kami pun bermula.. Dan kami ini bukannya Black hat hacker. Kami ni grey hat hacker. Kami buat mengikut kepada keperluan. Jadi secara jujurnya kami telah berjaya membantu banyak syarikat dalam memperkasakan sekuriti website mereka, bangunan mereka dan sebagainya. Kami membuat ini sekadar suka-suka. Jika ada yang memberi habuan, kami terima seadanya. Semakin lama, semakin ramai yang mengenali kami kerana aktiviti hacking kami sudah diketahui ramai. Ada yang menentang dan ada juga yang menyokong. Bagi kami, itu semua lumrah. Kerana kami tidak buat salah, kami hanya membantu mereka yang memerlukan bantuan. Emm. Banyak jugalah yang aku pelajari dari diorang semua ni. Memang ilmu diorang ni kalau jatuh ke tangan orang yang salah, memang habis laa. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, kami pun bercadang untuk menggodam satu bank ini dengan memecah masuk bank tersebut tanpa di kesan oleh orang lain. Pada mulanya aku menyamar sebagai pekerja dari syarikat lain yang tergesa-gesa untuk memberikan satu dokumen kepada salah seorang dari pekerja bank tersebut. Macam biasalah, aku dah buat kajian tentang bank ni, jadi senang jelah aku lepas dari pengawal-pengawal yang bertugas dengan menggunakan teknik social engineering. Dah masuk, aku pergi ke satu tempat dimana semua suis dalam bangunan itu berkumpul pada satu tempat. Jadi aku menghidupkan suis penggera pada tingkat dua, kerana komputer yang ingin kami godam itu berada pada tingkat 6. Penggera tersebut telah menyebabkan semua pengawal yang bertugas pergi ke tingkat dua untuk melihat apa yang terjadi. Aku pun dengan cepatnya keluar dari situ dan terus pergi ke pintu belakang untuk memberi ruang kepada Mr.Hac dan Retsam12345 untuk pergi ke tingkat enam. Mereka pun masuk ke tingkat enam dan mencari komputer yang mempunyai akses untuk ke sistem utama, dan berjaya. Mereka telah memindahkan sejulah duit ke dalam satu akaun dengan menggunakan komputer tersebut. Kemudian padamkan segala maklumat yang boleh menyebabkan mereka di berkas. Setelah aku mengetahui mereka berjaya, aku pun menjerit kuat-kuat supaya dapat menarik perhatian pengawal. Tujuannya supaya Mr.Hac dan Retsam12345 dapat keluar dari bangunan bank tersebut dengan selamat. Pengawal pun datang kepada aku, aku pun cakap yang aku ada nampak hantu. Pengawal tu pun gelak. Aku tak kisah pun diorang nak gelak, janji kawan-kawan aku tu terlepas. Kemudian pengawal itu membawa aku keluar dari bank tu. Pada masa dan ketika itu, aku bersasa sangat lega kerana dapat menjayakan misi ini. Kami pun berjumpa di tempat yang telah ditetapkan sekiranya berjaya dalam misi tersebut. Tetapi…(diam seketika)
Hackim : Tetapi apa Encik Arif?
Apakah yang ingin dicakapkan oleh Encik Arif sebenarnya? Sama-samalah kita tunggu untuk episod yang seterusnya.