Saturday, 8 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 262

ML.MY – Domain Percuma Malaysia + Perlindungan Cloudflare

0

Saya terjumpa dengan laman ml.my ini secara kebetulan (tak ingat bagaimana). Pada mulanya, saya tidak menjangka akan ada servis seperti ini. Namun, setelah cuba mendaftar, saya akhirnya percaya. Tahukah anda, ada servis domain Malaysia yang diberikan secara percuma? Ya, itulah dia ML.MY.

Kepada pemilik laman ini, jangan marah ya kalau saya katakan pada mulanya saya rasa rasa hendak ketawa melihat kepada reka bentuk laman ini yang kelihatan semacam kurang meyakinkan. Tampak seperti ‘sangat percuma’. Saya rasa seperti ia tidak akan dapat ‘bertahan lama’, mungkin dalam dua atau tiga tahun lagi apakah ia masih ada? Tetapi selaku seorang rakyat Malaysia, saya bertindak mendaftar untuk mencuba.

Masuk saja ke dalam bahagian Control Panelnya, ia kelihatan ringkas, dan mudah difahami. Bagus! Satu permulaan yang baik untuk mereka yang telah mendaftar. Kemudian saya tinjau pula ke bahagian-bahagian yang lain. Juga sama, ringkas dan tidak memeningkan kepala. Senang cerita saya hendak cuba mendaftar satu domain, namun di situlah saya terhenti. Sememangnya satu akaun diberikan hanya SATU domain yang percuma. Jika anda mahu domain lain? Daftar lain la!

Baiklah. Komen saya tidak banyak. Cuma kalau boleh, pemilik laman ml.my ini tambahlah bilangan domain yang boleh didaftarkan, paling kurang pun 3 domain. Seperkara lagi, reka bentuk laman itu seboleh-bolehnya jangan buat tampak ‘biasa’ seperti blog saya ini. Buat ia tampak profesional kerana anda juga menawarkan domain yang berbayar bukan? Apa yang bagusnya ia mempunyai perlindungan dari Cloudflare. Hmm.. boleh tahan.

Ok lah! Cukuplah sampai di sini ngomelan saya. Dah lama tak menulis beginilah jadinya! Jika anda berminat, jangan lupa layari ML.MY sekarang.

Saya sudah mendaftarkan Jangan Tutup Lampu dengan menggunakan domain ini (biarpun tak tulis apapun lagi!). Anda bila pula?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

OsemSpace : Web Hosting Yang Awesome

0

OsemSpace – Sebuah laman yang menyediakan perkhidmatan web hosting dan pendaftaran domain. Apa yang menjadikan ia berbeza dan ‘awesome’?

OsemSpace menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Shared Hosting, VPS, Dedicated Server SSL Cert, Domain Registration dan sebagainya. Mereka telah bekerjasama dengan beberapa syarikat besar yang memberikan perkhidmatan terus melalui pelayan tanpa perlu klien melakukannya sendiri seperti Cloudflare, GlobalSign dan beberapa nama lain.

“Paling laris setakat ini adalah SSL Cert serendah RM35 setahun sahaja dan domain TLD .info RM20/tahun dan juga pakej hosting yang boleh dibayar secara bulanan.” Kata Mr.Osem, selaku pengasasnya.

Quote dari e-mel beliau kepada saya:

Use this promocode (4VU87COXWB) to get 15% off for ANY web-hosting plan.. Valid untill 31/07/2012.
Terms and Conditions are applied:
– Available just only for YEARLY price.
– Available for any Web-Hosting plan.
Free domain for Business Web Hosting plan (.com, .net, .biz, .org.)

Apa yang ‘awesome’? Ia awesome kerana menawarkan pakej hosting yang murah berbanding plan hosting dari laman terkenal yang lain, dan juga kerjasama mega dengan syarikat terkenal dunia menjadikan ia kukuh meskipun baru bertapak sejak Januari lalu.
Jangan berlengah lagi. Buat anda yang mahu mencuba, silakan ke OsemSpace – Complete Web Solution sekarang.

Mr.Hac : Mr.Osem, takde saguhati ke, cenderamata ke, gula-gula ke untuk entri ni?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

elementary OS Luna + Android Jelly Bean Style

0

Anda pernah melihat Android Jelly Bean beraksi pada telefon bimbit pintar? Sememangnya style. Tetapi bagaimana pula jika elementary OS Luna beraksi dengan tema Jelly Bean? Begitulah yang anda boleh lihat pada paparan skrin di bawah

elementary OS Luna

Menu Slingshot semakin stabil

Pelayar web Google Chrome menjadi pilihan pelayar web default

Apa yang saya lakukan cuma menggunakan wallpaper Android Jelly Bean untuk paparan desktop dan juga tema Jelly Bean untuk Plank (dock).
Anda boleh muat turun kedua-dua fail tersebut pada pautan berikut:
Kemudian, pasangkan appearance.plug untuk membantu anda menukar tema dan wallpaper:

sudo apt-get install switchboard-plug-appearance

Beginilah bagaimana ia kelihatan pada elementary OS Luna:

Untuk menukar wallpaper, apa yang anda perlu lakukan ialah salin kesemua wallpaper yang telah anda muat turun, kemudian buka Files dengan cara ‘New Window as Administrator’, pergi ke direktori usr/share/backgrounds dan tampal (paste) wallpaper tersebut di situ. Cara ini lebih mudah untuk anda jika anda pemula (beginner) dalam menggunakan sistem operasi Linux.

Setelah itu, ekstrak folder tema Jelly Bean untuk Plank dan salin tampal ia ke dalam direktori usr/share/plank/themes. Untuk menukar wallpaper dan tema Plank, anda cuma perlu gunakan Switchboard -> Appearance (seperti gambar di atas).

Kredit : Eaters Updates

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

The Amazing Spiderman v1.1.4 APK

0

Permainan The Amazing Spiderman telah dikemaskini kepada versi 1.1.4, membawakan pembaikan kepada bugs. Tiada pembaharuan baharu yang dapat dilihat dari segi reka bentuk dan kepermainan. Mungkin cuma isu-isu kecil sahaja yang diselesaikan.

Jika anda masih belum mempunyai fail SD Data untuk permainan ini, anda boleh muat turunnya pada entri yang lepas, untuk versi sebelumnya, di sini. Untuk memuat turun fail apk bagi versi terbaru ini, anda boleh dapatkannya di Mydin yang berhampiran SINI.

Panduan pemasangan adalah sama seperti versi sebelumnya. Silalah mencuba dan selamat berpuasa semua! Olleeeyyy!

Kredit : SnappzMarket

Edit (24/7/2012) :

Baru pagi tadi saya cuba permainan ini, tiada masalah. Rupa-rupanya pada waktu itu saya masih belum tutup sambungan WiFi. Jadi apabila saya mencubanya semula, habis dipadamnya SD Data. Terpaksa saya bermain semula akibat ‘ter’padam data yang disimpan pada Titanium Backup. Jadi pada mereka yang inginkan panduan untuk versi terbaru, anda boleh cuba layari laman ini : APK Mania

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

The Dark Knight Rises v1.0.6 APK/SD Data

0

Belum pun filemnya rasmi ditayangkan di Malaysia, Gameloft memang betul-betul pantas membuat kerja-kerja mereka. The Dark Knight Rises, filem epik ketiga Batman dari siri trilogi sadis yang diarahkan oleh Christopher Nolan, mengisahkan mengenai… ada sesiapa yang tak kenal dengan Batman lagi ke?

Pada asalnya saya enggan mencuba permainan ini meskipun teruja kerana ia dikatakan tidak serasi (compatible) dengan peranti yang saya gunakan sekarang iaitu HTC One X. Tetapi hati saya mengatakan kalau mencuba pun tidak rugi, kerana biasalah, faham-faham sajalah, bukan saya bayar pun.. errr..

Jadi apa yang saya lakukan ialah dengan memuat turun fail apk The Dark Knight Rises di sini, kemudian saya muat turun pula fail Titanium Backup (untuk rooted device sahaja) di sini, dan setelah itu saya muat turun pula SD Data part 1, part 2, part 3 dan part 4.

Setelah itu, fail apk dipasang (tetapi tidak dilancarkan), fail Titanium Backup dikembalikan (restore – data only), fail-fail sdcard disimpankan di sdcard/Android /obb, dan setelah itu barulah permainan TDKR dilancarkan. Komen saya? Terbaik!

Untuk non-rooted device, anda boleh gunakan fail apk INI, dan fail sdcard pula adalah yang sama dengan rooted-device.

Terima kasih kepada APK MANIA.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Dead Trigger v1.10 APK/SD Data

0

Sekadar mahu berkongsi, selepas pengemaskinian dalam versi terbaru ini, permainan Dead Trigger telah dirilis secara percuma oleh MADFINGER Games. Sakit sungguh hati, sudah lah saya memang tak suka dengan warez, saya sentiasa beli aplikasi dan perisian, tahu-tahu diberi secara percuma pula. EH? Macam terbalik je! Keh keh keh..

Baiklah. Dalam versi terbaru Dead Trigger ini, anda akan dapat lihat pembaharuan yang berikut:

  • New weapons: Chain Saw, Lewis Machine Gun, Marine Engine with blades and American West Rifle
  • New gadget: Head-Flator X100 to inflate the heads of zombies to XXXL size!
  • New zombies: mutated mobsters or armoured SWAT members
  • New environments: underground car park or secret research base
  • Survival arena, that is tailor-made for massacre of hordes of zombies
  • Daily rewards
  • Casino: try your luck with a slot machine
  • Save game data with cloud backup
  • Support Adreno 205, including Sony Xperia Play

Pembaharuan yang paling penting dah tentulah apabila ia diberikan secara percuma! Entah kenapa MADFINGER Games teruja untuk ‘mempercumakan’ permainan ini, yang bagi saya agak baik dari segi rekabentuk grafik, jalan cerita dan tahap kepuasan kepermainan.

Jika anda mempunyai sambungan internet yang perlahan di rumah, dan enggan merisikokan telefon bimbit anda daripada kepanasan akibat memuat turun permainan yang mempunyai data yang besar, maka silakan memuat turun permainan ini melalui pautan di bawah:

1. APK File
2. SD Data /sdcard/Android/obb

Terima kasih kepada APK MANIA.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

LINE vs WhatsApp Messenger

0

Saya diperkenalkan kepada WhatsApp oleh seorang teman sepejabat. Pada mulanya memang ia tampil sebagai medium untuk chatting/free sms yang paling ideal untuk telefon pintar masa kini. Saya yang juga suka mengubahsuai mula menjadikan WhatsApp dengan pelbagai tema dan kertas dinding (wallpaper). Memang menarik dan menyenangkan hati.

Kemudian, beberapa hari terkebelakang ini saya diperkenalkan pula dengan LINE, oleh bos saya (haha!). Balik rumah sahaja saya terus mencubanya. Yeah, akhirnya aplikasi ini mempunyai satu ‘wow factor’ yang lebih menarik berbanding WhatsApp. Kerana apa? Kerana ia 100% percuma, tidak seperti WhatsApp yang hanya percuma pada tahun pertama. Seperti biasa, siapa yang bencikan barang percuma? Anda? Huh.. barangkali anda tergolong dengan orang kaya, sebab itu pakai Nokia (pantun ke?).

LINE juga mempunyai beberapa lagi perkara yang menyebabkan ia lebih menarik seperti penggunaan ‘sticker’ dan ’emoji’ untuk menunjukkan emosi anda. Ia juga mempunyai aplikasi sampingan seperti LINE Camera, LINE Card dan LINE Birzzle untuk melengkapi aplikasi ini.

Tak lupa juga anda boleh buat panggilan suara percuma melalui LINE. Sama ada pesanan ringkas mahupun panggilan suara, kedua-duanya boleh digunakan tanpa had masa, dan tanpa had bilangan. Anda boleh terus guna selagi anda bernyawa. Anda juga boleh terus tambahkan senarai rakan melalui senarai yang tertera setelah anda siap mendaftar atau boleh juga tambahkan apabila anda duduk bersebelahan dengan rakan anda dengan cara menggoncangkannya telefon anda (What?). Awas, jangan sampai tercampak pula.

Apa lagi yang anda mahu dari aplikasi percuma ini? Cukuplah tu kan? Baiklah, anda boleh mencuba aplikasi ini dengan memuat turunnya pada laman Google Play Store. Klik di sini untuk memuat turun dan memasangnya. 9/10 bintang saya bagi! Ewah!

Beberapa paparan skrin LINE dari Google Play Store:

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

0

Beberapa hari lagi semua umat Islam akan menyambut bulan yang paling mulia, bulan Ramadan. Sedar atau tidak, pejam dan celik, pejam tak celik-celik pun dah ramai, tahu-tahu sahaja dah masuk bulan Ramadan kembali. Kepada yang masih lagi celik tu, puasa lama yang dituang akibat ketagihan ubat gegat rokok tu sudah diganti atau masih belum? Apapun, mari kita sama-sama mengimarahkan masjid dengan memenuhi jemputan Ilahi ke rumahnya itu untuk bersembahyang terawih, bersolat jemaah dan pelbagai lagi aktiviti berfaedah.

Bersempena dengan bulan Ramadan ini, banyaklah juadah yang mampu menggoda nafsu. Aiii.. terkadang geram juga dengan karipap kentang panas, kuih sarang lebah, kiuh-muih lain (lupa nama-namanya), memang menggiurkan mata. Tapi bila dikenang balik memang tak akan habis semua tu. Baki dari sahur ke tong sampahlah jawabnya kalau tak dimakan juga pada pagi itu. Jadi moralnya jangan ikutkan sangat rasa mahu makan di bazar Ramadan, kerana semuanya enak belaka ketika perut kita tiada tetamu yang bertandang.

Kalau boleh kurang-kurangkan juga usyar-mengusyar gadis cantik di bazar tu, baik yang sedang membeli juadah mahupun yang sedang menjualnya. Kalau tak mahu diseligi, tak mahu ditomoi, lebih baik jalan sambil tengok kuih saja. Kuih tak tahu bubuh penampar kalau usyar dia lama-lama kan?

Jija Yanin

Berkenaan dengan entri, kalau hilang kesibukan duniawi di pejabat ini, ada masa kita pasti akan bertemu lagi dalam artikel seterusnya. Blog ni pasti akan dikemaskini. Maaf kepada mereka yang lama menunggu, kerana kadang bukan kesibukan semata, tapi mood juga tiada untuk menulis. Jadi hilang ‘feel’ yang baik untul blog, tulisan pun caramarba jadinya nanti, oleh itu lebih baik bersabar saja sehingga mood dan feel tu datang semula.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA PEMBACA OMG! HACKERS?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kesilapan-Kesilapan Umum Orang Awam Berkenaan IT/PC

0

Bicara biasa, aku bukan sekadar bercerita,
Kongsi pengalaman, kongsi biar semua satu rasa.

Assalamualaikum.

Pernahkah anda terfikir bahawa sebenarnya IT ini bukan hanya bicara untuk orang-orang IT sahaja?
Tahukah anda IT tidaklah sukar untuk dikuasai andai anda punyai minat yang cukup kuat.

Kali ini saya ingin mengutarakan beberapa kesilapan yang biasa, sangat biasa dilakukan oleh orang-orang kita mengenai dunia IT dan juga PC yang digunakan. Mari saya ungkap beberapa daripadanya, sebagai contoh:

1. Terlalu mengharapkan orang lain khususnya ‘orang IT’ untuk membaiki, memperbetulkan komputer, mahupun perkara-perkara remeh lain yang berkaitan dengannya.

Ini adalah perkara yang kerap berlaku dalam masyarakat kita, meski orang tersebut berpangkat Pegawai sekalipun. Boleh dikatakan semua benda yang berkaitan IT/PC hendak mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain. Sepatutnya diri sendiri yang perlu menguasai masalah-masalah kecil seperti tetapan pelayar web, cara menyelesaikan masalah menggunakan Google, dan sebagainya. Jangan serahkan segalanya kepada orang lain, tiba masa anda berseorangan, anda nak cari siapa pula?

2. Menganggap mereka yang menggunakan Linux sebagai ‘techie’, ‘geek‘, ‘technician’, Ultraman.. What?

Ya. Ini satu lagi ‘masalah’ minda masyarakat kita. Mungkin ia juga masalah universal. Cuma ingin saya tegaskan di sini, sebelum saya dapat memahirkan diri dengan sistem operasi Linux, saya juga adalah insan biasa, sama seperti anda. Tak tahulah kalau-kalau anda insan luar biasa, ada tanduk di dahi, tapi yang pasti saya memang orang yang biasa-biasa sahaja. Jadi kalau orang yang ‘biasa-biasa’ seperti saya juga mampu untuk kuasai Linux, mengapa tidak anda? Oh ya.. anda punya tanduk di dahi.. lupa pula.

3. Dekstop diserabutkan dengan pintasan-pintasan (shortcuts) setiap kali selepas memasang perisian.

WOW! Perlu ke desktop tu serabut dengan pintasan? Perlu sangat ke pintasan tu, yang kononnya nak cepatkan kerja? Kan lebih bagus kalau paparan desktop anda kosong, dan anda boleh menikmati wallpaper yang indah, seperti paparan desktop saya di bawah:

Keh keh keh.. Indah kan pemandangan? Sebenarnya pintasan-pintasan yang menyerabutkan mata itu juga boleh jadi menyusahkan. Kalau anda berserabut otak melihatnya, begitu juga komputer anda. Jangan susahkan ia kerana anda yang mahu senang. Apalah guna ada Start Button kalau anda tak mahu tekan dan cari perisian yang telah anda pasang di situ? Kalau perut anda sudah gemuk kerana malas mahu bersenam, tak kan jari anda juga mahu digemukkan kerana anda malas menggerakkan mouse?

Tips-nya di sini setiap kali anda memasang sesuatu perisian, sila nyah tanda kotak untuk menyediakan pintasan pada desktop. Sekiranya kotak tersebut tiada dan ia dipasangkan secara lalai (default), sila padamkan ia dan masukkan terus ke dalam Recycle Bin untuk dinyah-kan dari hidup.

4. Pelayar berserabut pula dengan toolbar!

Huwoiii! Kalau satu atau dua toolbar yang betul-betul digunakan pada kebanyakan masa memang masih boleh diterima, seperti toolbar Cocoon! Tapi kalau dah macam gambar di bawah, guna Internet Explorer pula tu, memang aneh dan tak masuk dek akal!

Tips-nya di sini, setiap kali memasang perisian yang menyarankan anda untuk memasang juga toolbar yang disediakan, maka sila nyah-tanda kotak untuk memasangkannya. Tak perlu lah!

5. Tidak mengambil tahu perihal komputer, tetapan-tetapannya, dan komponen-komponennya.

Come on lah bro.. Kalau orang sebut ‘processor’ pun anda kata “Apa? apa benda tu?”, itu teruk sangat dah tu. Sekurang-kurangnya dah buka komputer, paling kurang kenalah tahu bagaimana cara untuk ‘bersihkan’ sampah sarap yang anda lakukan di dalamnya, format semula, atau sekurang-kurangnya tahu menjaga komputer dari dimasuki virus. Kalau sekarang umur anda 80 tahun dan mata sudah rabun jauh-dekat tahap maksima, boleh lah kita consider tak perlu ambil tahu. Ini umur baru masuk 28 tahun, bila buka PC cari Internet Explorer dulu, bila IE tak boleh buka mana-mana laman web, terkebil-kebil, macam siput sedut.

Eh, Firefox tahu tak, Google Chrome kenal tak? Apa? Tidak? Tu pun silap juga! Cuba baca entri INI, takut terbuntang pula mata tu..

Baiklah. Cukup sampai setakat ini saja. Entri ini mungkin akan jadi entri bersiri kalau ada idea yang masuk dalam kepala hotak saya. Apa pun, baiki diri, muhasabah hati, kita jumpa lagi! Ollleeeyyy!

“Bila jumpa orang lama , jangan malu bersoal,
Jika mahu kunci kuasa , harus ada modal” – Joe Flizzow

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kesan Buruk Tutup Laptop Tanpa SHUT DOWN

0

Mesti ada di antara korang yang suka tutup komputer/laptop tanpa
tekan butang Shut Down atau Turn Off terlebih dahulu bukan? yaa. memang
ada, ni kerana disebabkan malas hendak menunggu proses shut down yang
agak mengambil masa. Tetapi tahukah anda, ada kesan buruk jika tutup
komputer/laptop tanpa shutdown komputer..Mari baca info ini antara kesan
buruknya, dipetik dari forum Gempak.

Antara kesan buruk menutup laptop/komputer tanpa shutdwon ialah :-

Awas! Kesan Buruk Tutup Laptop Tanpa Shut Down

1. Kehilangan data pada registry dimana semasa komputer dalam proses
pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau
registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang
telah digunakan, ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak
dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery
tidak berfungsi sebaiknya.

2. Akan mengurang jangka hayat komponen komputer dimana semasa
komputer dishutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan
kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang
terdapat,ianya jugak mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda
mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda
akan cepat rosak.

3. Processor akan mudah rosak dimana semasa shutdown bios akan
memainkan peranan penting bagi mematikan fun cooller pada processor,
jika ianya dimatikan secara mengejut maka tersentak processor.

4. Memory mudah rosak dimana semasa shutdown sistem memory atau cache
akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memory.

5. Hard disk rosak dimana jika sistem operasi tidak ditutup secara
shutdown dan betul mengikut langkah, makan berkemungkinan cakera yang
terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat
dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.

P/S: lama btol aku x singgah sini 😀

Sumber

Views: 0

Iklan Newspaper Inline